| KUALA LUMPUR, 27 Mac (Hrkh) - Pesuruhjaya Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam), Dato' Siva Subramaniam mengutuk tindakan polis menghalang laluan kira-kira 500 penunjuk perasaan ke pejabat Suhakam di sini, bagi membantah kenaikan harga minyak, pagi tadi. Siva ketika menerima kunjungan mereka yang diketuai Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Syed Shahrir Syed Mohamad, berkata Suhakam merupakan satu badan bebas yang ditubuhkan oleh Parlimen di bawah Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia 1999, Akta 597 serta tidak mempunyai kaitan dengan pihak polis. "Tindakan polis
menghalang pintu untuk menyekat masuk ke Suhakam itu tidak patut dilakukan kerana Suhakam adalah tempat untuk rakyat mengadu perkara berkaitan hak-hak mereka. Sesiapapun berhak bertemu Suhakam dan ia bukan urusan mereka (polis)," tegas Siva di hadapan 15 wakil penunjuk perasaan dan wartawan, di bilik perbicaraan Suhakam, pagi tadi. Sementara itu, Syed Shahrir melahirkan rasa kesal dengan tindakan pihak polis terhadap penunjuk perasaan di KLCC semalam, dan di Parlimen serta Suhakam, pagi tadi. Katanya, pihak polis tidak seharusnya bertindak mengasari penunjuk perasaan kerana demonstrasi yang dianjurkan itu merupakan perhimpunan aman dan melibatkan kepentingan semua pihak yang terbeban dengan kenaikan harga minyak. Beliau juga berkata, tindakan polis itu tidak mencerminkan integriti yang dinyatakan oleh Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi, malah lebih kepada bersikap 'antirakyat'. Dalam pada itu,
Syed Shahrir mendesak Suhakam agar membuat inkuiri awam mengenai aduan mereka, serta mengeluarkan kenyataan media mengenai keganasan polis dan menyokong penubuhan suruhanjaya polis. Sebelum ini, penunjuk perasaan berarak dari Parlimen setelah gagal menyerahkan memorandum bantahan kenaikan harga minyak kepada Perdana Menteri, Abdullah Ahmad Badawi dan timbalannya, Najib Tun Razak. - lanh | Kesemua 19 tahanan demo KLCC dibebaskan jam 5.30 petang | | | Sun | Mar 26, 06 | 06:53:53 PM Oleh Wan Nordin Wan Yaacob KUALA LUMPUR, 26 Mac (Hrkh) - Kesemua 19 aktivis yang ditahan di hadapan Menara Berkembar Petronas (KLCC) dalam demonstrasi membantah kenaikan harga minyak anjuran MTUC pagi tadi telah dibebaskan dari Balai Polis Pudu pada jam 5.10 hingga 5.35 petang tadi. ![Image Image]() Tepat jam 5.10 petang Azmi Ali, Mohd Zai Mustaffa dan Mohd Fiqtrey Al Hakimi dibebaskan dan lima minit selepas itu Aiman Atirah Al Jundi dan Khairul Anwar Khusairi dibebaskan. Dr Hatta Ramli serta dua anaknya, Amirah dan Atiqah pula dibebaskan pada jam 5.17 petang disambut oleh Naib Presiden PAS, Mohammad Sabu; Setiausaha Agung PAS, Dato' Kamaruddin Jaffar dan pimpinan Parti KeADILan Rakyat (PKR), Tian Chua, Sivarasa Rasiah dan Xavier Fernandes. Menyusul selepas itu Yusoff Ahmad, Hamid Bahrawi Omar
Tan Abdullah, Salmah Abdul Rashid, Sanussi Saidin, Rosli Yusoff dan Hariss Ebrahim dibebaskan pada jam 5.20 petang. Sementara Mohd Asril Nasruddin, Mohd Salihin Johari, Kamal Mohammad, Zulkarnain Khalid dan Faizal Ahmad dibebaskan pada jam 5.35 petang. Selepas dibebaskan semua tahanan berkumpul di hadapan Balai Polis Pudu sambil melaungkan supaya harga minyak diturunkan serta kepimpinan Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi meletak jawatan kerana menyusahkan rakyat dengan kenaikan harga minyak 30 sen 28 Februari lalu. ![Image Image]() Dr Hatta dalam ucapannya selepas dibebaskan berharap semua yang ditahan dalam demonstrasi hari ini (26 Mac 2006) akan lebih bersemangat lagi untuk terus membantah kenaikan harga minyak ini. "Kena tangkap ini semua
perkara kecil sahaja, yang penting perjuangan membela rakyat.Ini akan memberi semangat kepada pejuang.Turun minyak...turun PM, hidup rakyat...hidup rakyat," laungnya sambil disahut semua penyokong yang setia menanti di hadapan balai polis sejak jam 2.00 petang lagi. Dalam pada itu Kamaruddin yang yang bercakap bagi pihak PAS mengutuk keras tindakan polis menahan peserta perhimpunan aman pagi tadi. Beliau yang ditemui ketika menunggu tahanan dibebaskan menyifatkan tangkapan yang dibuat telah dirancang terlebih dahulu setelah sebelum ini dua demonstrasi atas isu yang sama dianjurkan PAS dan PKR di KLCC. "Kita akan teruskan protes kenaikan harga minyak ini demi memastikan hak rakyat terus diperjuangkan," katanya. Sementara itu beberapa aktivis yang ditahan mendakwa mereka telah diperlakukan secara kasar oleh pihak polis. Seorang dari mereka, Mohd Fiqtrey berkata, semasa ditahan di hadapan KLCC
polis bertindak kasar dengan memijaknya. Beliau yang masih berasa sakit mahu membuat laporan polis di atas tindakan kasar polis menahannya itu. "Saya akan ke Hospital Besar Kuala Lumpur untuk membuat pemeriksaan kesihatan dan selepas itu akan membuat laporan polis," katanya./wn
| |