http://www.bharian.com.my/m/BHarian/Tuesday/Sastera/20060321071644/Article/

Tuhfat al-Nafis - Bahagian 6


RAJA Ali Haji melalui Tuhfat al-Nafis merakam kisah perjuangan fi sabilillah Raja Haji, pahlawan terbilang Bugis, anak Opu Daeng Celak yang diangkat menjadi Yang Dipertuan Muda Riau, menentang Belanda.

Diceritakan Raja Haji membuat perjanjian dengan Belanda di Melaka tetapi Belanda memungkiri janji hingga timbul perselisihan dan Raja Haji memulangkan surat perjanjian kepada gabenor Melaka.

Belanda marah dengan tindakan Raja Haji dan keadaan dihuruharakan lagi dengan fitnah orang yang mengatakan Raja Haji sudah mempersiapkan kelengkapan untuk menyerang Melaka.

Oleh sebab itu, gabenor memberi perintah kepada Piter Jacob Pemberam untuk menyerang Riau lebih dahulu dan terjadi pertempuran yang mengakibaktan Belanda kalah apabila kapalnya terbakar.

Sementara itu, Yang Dipertuan Selangor, putera Raja Haji yang mendengar Belanda menyerang Riau, datang hendak menyerang Melaka tetapi ketika tiba di Batang Tiga, Belanda menyerang angkatannya.

Bagaimanapun angkatan Selangor berjaya menumpaskan serangan itu dan memaksa angkatan Belanda berundur semula ke Melaka manakala Raja Selangor yang tiba di Riau, mengajak Raja Haji ke Melaka.

Bagaimanapun raja-raja Melayu berselisih sama ada membenarkan atau tidak Raja Haji pergi ke Melaka untuk berperang tetapi dengan hasrat untuk berjuang fi sabilillah, Raja Haji kemudiannya bersetuju belayar ke Melaka.

Beliau berkubu di Teluk Ketapang untuk mengatur serangan ke atas Semabuk dan sesudah pertempuran sengit, Semabuk dapat diambil oleh Raja Haji selain beliau turut bermesyuarat dengan raja Selangor untuk mengatur serangan dari darat.

Setelah beberapa lama bertempur, Raja Haji dapat mengambil beberapa daerah di sekeliling Melaka tetapi kotanya masih dikuasai Belanda manakala gabenor Melaka berada dalam kesusahan kerana bantuan dari Betawi belum sampai.

Gabenor Melaka kemudian mengirim surat kepada raja-raja Melayu agar membantunya dan memberi jaminan kompeni akan memberi pertolongan kepada mereka, lalu Raja Siak, Muhammmad Ali serta sepupunya, Sayid Ali, pergi ke Melaka membantu Belanda.

Tidak lama selepas itu, bantuan dari Betawi dengan 30 kapal perang dan beberapa ribu askar orang putih serta hitam tiba untuk membantu Melaka hingga membolehkan Belanda menyerang Teluk Ketapang.

Diceritakan, apabila Belanda semakin hampir, Raja Haji menghunus badiknya sambil berwirid Dala'il al-Khayrat tetapi terkena peluru, lalu rebah, syahid fi sabilillah dan apabila Belanda melihat Raja Haji mangkat, bedilan dihentikan.

Kemudian seluruh keluarganya diarahkan keluar dari kubu tanpa ditangkap dan Kapitan Melayu serta orang tua-tua diminta menyempurnakan jenazah Raja Haji dengan adat istiadat.

Belanda berhasrat membawa mayat Raja Haji ke Betawi untuk dikebumikan tetapi pada malam sebelum bertolak, terjadi peristiwa api keluar memancar daripada peti jenazah lalu membakar kapal yang sedia hendak membawanya dan kapal itu meletup.

Maka terbatallah hasrat Belanda itu dan jenazah Raja Haji kemudian dikebumikan di belakang kebun kompeni, sebelum diambil oleh anak-anaknya dan disemadikan di bukit Pulau Penyengat, Riau.



--
Posted by Pak Ngah to Bicara Bersama Pak Ngah at 3/28/2006 07:57:00 AM


--
"Sesungguhnya Solatku, Ibadatku, Hidupku dan Matiku adalah kerana Allah Tuhan Semesta Alam"

Bicara Pak Ngah
http://pakngah70.blogspot.com/




--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".




YAHOO! GROUPS LINKS




Kirim email ke