Assalamu'alaikum.
 
Selepas lebih 22 tahun, kini baru sedar ke? Alhamdulillah. Semoga kesedaran itu membuka hatinya untuk benar benar menjadi pemimpin Islam yang disegani.
 
Menyentuh sedikit katanya, soalan tertimbul pula kepada rakyat Malaysia: Mengapa harus kita tengok seberang Selat Johor itu? Kita di Malaysia ini, apa yang sebenarnya BN telah lakukan? Kenaikan minyak .30sen telah membuktikan bahawa duit rakyat Malaysia yang diamanahkan kepada mereka telah habis hampir kesemuanya. Kemanakah pergi duit itu?
 
Mungkin soalan yang patut ditanya: Bagaimanakah duit itu diperhabiskan?
 
Antara jawapannya: Putrajaya, KLIA, KLCC, Bakun, dan pelbagai lagi projek mewah yang sewaktu pembinaan mereka tertulis di papantanda: SATU LAGI PROJEK BARISAN NASIONAL. Kini, mereka tersipu malu pula untuk mengakuinya.
 
Kepada anda yang mula merasakan keperitan kehidupan terutama kerana kenaikan harga mintak ini, dapatkah projek projek ini membantu anda sekarang? Ini ditujukan terutama kepada mereka yang menyokong penindasan terhadap rakyat. Semoga Allah membuka mata mu dan melembutkan hati mu untuk menegakkan kebenaran.


From:dunia-politik
Subject: Moga berjaya...Singapura bagi kita.kosong - Dr Mahathir

Moga berjaya...Singapura bagi kita…kosong – Dr Mahathir

Tun Dr Mahathir mendoakan kerajaan sekarang berjaya dalam dasar berbaik-baik dengan Singapura selepas beliau sebagai Perdana Menteri Malaysia selama 22 tahun gagal berunding dengan negara jiran itu untuk menyelesaikan isu antara kedua negara.

"Sekarang mereka minta pasir dan ruang udara sebelum bersetuju membina jambatan baru menghubungkan kedua-dua negara bagi menggantikan Tambak Johor, tapi apa yang dia bagi pada kita? tiada...kosong," katanya.

Ketika menjawab soalan peserta forum "Cabaran Masa Depan Orang Melayu" anjuran Dewan Perhimpunan Melayu Kedah (DPMK) mengenai dasar untuk berbaik-baik dengan Singapura, Dr Mahathir berkata Singapura tidak mahu memberi sedikit pun lebih daripada apa yang diperolehinya.

"Malah ia akan meminta dua atau tiga kali lebih daripada apa yang diberikannya," katanya.


Dr Mahathir berkata terpulang kepada kerajaan sekarang untuk mengamalkan dasar berbaik-baik dengan negara jiran itu dan beliau berdoa barangkali pendekatan orang lain lebih berkesan dan berjaya selepas beliau gagal selama 22 tahun berunding dengan Singapura.

Beliau mengakui beliau gagal berunding dengan Singapura kerana negara itu tidak langsung memberikan kerjasama untuk menyelesaikan sesuatu isu.

"Masa mula-mula menjadi Perdana Menteri pada 1981, saya pergi ke Singapura untuk berbaik dengan Perdana Menterinya Lee Kuan Yew tetapi mereka tidak ikhlas untuk berbaik dengan kita," katanya.

Beliau berkata memandangkan
Malaysia sendiri mempunyai pendirian, beliau ketika itu perlu membuktikan boleh membangunkan negara ini tanpa bekerjasama dengan Singapura.


Dr Mahathir berkata keangkuhan Singapura jelas apabila menarik diri daripada menganggotai Pertubuhan Menteri-menteri Pelajaran Asia (SEAMEO) kerana enggan menyumbang $10,000 dollar yang diputuskan pada mesyuarat badan itu di Filipina walaupun ia sebuah negara kaya.


Beliau berkata selama dua setengah tahun Malaysia berunding untuk menaikkan harga air yang dibayar negara itu sebanyak 3 sen bagi 1,000 gelen, tetapi tidak berhasil, sedangkan Singapura jual dengan harga $20 dollar atau RM40 bagi 1,000 gelen.

Beliau berkata selepas 2011 apabila perjanjian tamat, Singapura mempunyai cara supaya tidak perlu membayar walau sesenpun kepada
Malaysia daripada apa yang telah dibayar sejak 1927 semasa rundingan dibuat.

"Tiga sen itu nak beli
nasik lemakpun tak boleh. Kalau kita naik 6 sen, dia juga naikkan harga jualan balik air itu kepada kita daripada 50 sen kepada RM1 setiap 1,000 gelen.

"Sewa pangkalan tentera laut kita di Woodlands, kita bayar dia (Singapura) naik dan naik, sehingga kita terpaksa serah balik...tapi pernah dia kata ambil balik hak kita? soal beliau.


Win a BlackBerry device from O2 with Yahoo!. Enter now.

--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".




SPONSORED LINKS
Divine inspiration Islam


YAHOO! GROUPS LINKS




Kirim email ke