| Kerajaan diminta tangguh hasrat meterai FTA dengan Amerika |
| Pengerusi Lajnah Pengguna dan Alam Sekitar PAS Pusat, Haji Mahfuz Omar berkata, kerajaan perlu membuat kajian khas berhubung implikasi terhadap ekonomi rakyat sekiranya termeterainya FTA dengan Amerika. Beliau berkata demikian sebentar tadi ketika menghubungi Harakahdaily dalam mengulas kenyataan tokoh ekonomi negara, Tan Sri Ramon Navaratnam mengenai hilang upaya kerajaan melindungi sektor perolehan sekiranya FTA dimeterai. "Kami bimbang jika FTA dengan Amerika ini dilaksanakan, dalam sektor perolehan (sektor kontrak kerajaan) kemungkinan besar akan mengakibatkan pembida kontrak dari Amerika akan berpeluang mendapat kontrak kerajaan," katanya. Kemasukan pembida dari Amerika memungkinkan kontraktor dan ahli perniagaan tempatan tidak mampu bersaing malah hilang punca pendapatan yang selama ini dijamin kerajaan, katanya. Tindakan ini sedikit
sebanyak mendedahkan negara kepada bahaya malah menutup ruang perniagaan kepada golongan peniaga di negara ini, katanya. Terdahulu Ramon Navaratnam dalam laporan akhbar antara lain berkata,ahli-ahli perniagaan tempatan perlu bersiap sedia untuk `kehilangan' kontrak kerajaan ke tangan syarikat-syarikat dari Amerika sekiranya Malaysia memeterai FTA dengan negara itu. Ramon juga dilaporkan berkata, persediaan itu perlu kerana sektor pemerolehan kerajaan tidak akan dilindungi selama-lamanya dalam era globalisasi. "Kalau diberi semua sekali gus apa yang tinggal untuk ahli-ahli perniagaan Malaysia terutama usahawan bumiputera yang selama ini bergantung kepada kerajaan?," katanya. Sebelum ini ketika ura-ura mengatakan kerajaan bercadang memeterai FTA dengan Amerika, para usahawan bumiputera mendesak kerajaan berhati-hati dalam membuat rundingan FTA dengan Amerika terutamanya membabitkan sektor pemerolehan
kerajaan. Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohammad juga menyatakan rasa khuatir bahawa FTA dengan Amerika akan mendatangkan kesan buruk kerana negara itu dipercayai mahu mendapatkan akses kepada sektor pemerolehan kerajaan. Dr Mahathir berkata, sekiranya Malaysia membuka sektor itu kepada Amerika adalah sukar untuk mendapatkannya semula pada masa depan. |
Win a BlackBerry device from O2 with Yahoo!. Enter now.
--------------------------------------------------------------------------
All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".
YAHOO! GROUPS LINKS
- Visit your group "hidayahnet" on the web.
- To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
- Your use of Yahoo! Groups is subject to the Yahoo! Terms of Service.
