Kenyataan Media (27 Mac 2006)

KERAJAAN MENANGGUNG DOSA TIDAK MEWAJIBKAN TUDUNG DI SEKOLAH

Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) membantah sekeras-kerasnya
kenyataan Dato' Noh Omar yang mengatakan bahawa tudung adalah tidak wajib
bagi pelajar-pelajar sekolah. Ini adalah ekoran dari respons beliau terhadap
Ahli Parlimen Indera Mahkota Datok Wan Adnan Wan Mamat (BN) yang meminta
Kementerian Pendidikan mengambil tindakan terhadap sekolah yang telah
memalukan anaknya kerana tidak memakai tudung.

Bagi DPPWP, kenyatan Timbalan Menteri Pelajaran menggambarkan kedangkalan
beliau terhadap hukum Islam. Apakah beliau tidak mengetahui bahawa Islam
mewajibkan penganutnya menutup aurat, atau beliau sengaja mempersendakan
hukum yang ditetapkan oleh Allah di dalam al-Qur'an. Kenyataan Ahli Parlimen
Indera Mahkota, Datok Wan Adnan Wan Mamat pula memperlihatkan sikap beliau
selama ini yang jahil terhadap Islam. Sikap ini jelas menunjukkan beliau
tidak layak digelar pemimpin bagi negara umat 'Islam Hadhari' ini.

DPPWP memuji sikap pentadbir sekolah terbabit yang menetapkan kewajipan
memakai tudung bagi pelajar Islam kerana berpandukan hukum Islam. Ini
menandakan masih ada segelintir umat Islam yang cintakan Islam dan tidak
mahu nasib umatnya menuju kehancuran kerana kebebalan sikap pemimpin BN ini.

Meskipun memakai tudung tidak diwajibkan terhadap pelajar sekolah, namun
umat Islam mengetahui bahawa memakai tudung dalam erti kata menutup aurat
merupakan satu kewajipan yang tidak boleh disanggah. Ianya adalah ketetapan
Allah di dalam Al-Qur'an. Adakah kerajaan tidak pernah membuka Al-Qur'an dan
memerhatikan isi kandungannya, atau sengaja menutup mata dan membiarkan
kemungkaran terus berlaku?

Tidakkah kerajaan sedar bahawa gejala sosial dan kemungkaran dalam negara
semakin parah. Kemungkaran di dalam Islam adalah melanggar hukum-hukum yang
ditetapkan oleh Allah, termasuk mengingkari kewajipan menutup aurat seperti
tudung. Kerajaan seakan tidak peka terhadap masyarakat terutamanya generasi
muda yang sedang menghadapi jurang kemusnahan yang besar Gejala sosial
seperti zina, menonton filem lucah, berkhalwat, jenayah, rogol dan lain-lain
lagi semakin meningkat. Antara puncanya ialah pergaulan bebas serta aurat
yang tidak terjaga. Menutup aurat dapat membendung gejala sosial yang meluas
dan umat Islam mampu menjaga maruah dan kehormatan diri mereka sendiri.

Sudahlah Sistem pendidikan di sekolah kebangsaan terlalu longgar, yang mana
mata pelajaran agama tidak disentuh secara mendalam, soal aurat pula
diremehkan. Apa akan jadi kepada generasi muda akan datang apabila
nilai-nilai agama tidak dititikberatkan dalam aspek kehidupan. Umat Islam
akan merasa menutup aurat merupakan satu pilihan dan bukan suatu kewajipan.

Memakai tudung adalah kewajipan terhadap semua kaum wanita umat Islam sahaja
dan bukan kepada penganut agama yang lain. Islam tidak pernah mewajibkan
penganut agama lain memakainya serta memaksa mereka mengikut agama Islam.
Jadi tidak ada alasan bagi kerajan tidak mewajibkan pelajar Islam menutup
aurat dan pelajar bukan Islam tidak perlu khuatir terhadap kewajipan ini.
Kebebasan beragama menetapkan semua penganut agama yang lain bebas
mengamalkan ibadat mereka masing-masing. Kaum Tionghua dan India bangga
dengan pakaian mereka mengapa pula umat Islam berasa terhina dengan pakaian
kita? Sepatutnya dengan majoriti umat Islam di negara ini, pemimpin dan
semua rakyat yang beragama Islam merasa bangga kerana dapat menutup aurat.  
   DPPWP ingin mengingatkan bahawa soal dosa dan pahala tidak boleh
dipandang ringan. Dosa yang ditanggung rakyat yang jahil akan turut
ditanggung oleh pemimpin dan pemerintah. Tidak menutup aurat adalah dosa
yang besar dan pemimpin yang membiarkan keadaan tersebut akan turut
menanggungnya.

Kerajaan mesti ingat bahawa kekuatan umat Islam bergantung kepada kekuatan
pegangan mereka kepada Islam. Sejarah  mecatatkan kegemilangan Islam terukir
ditangan mereka yang kuat berpegang pada ajaran Islam. Sebaliknya, apabila
Islam diabaikan, maka akan runtuhlah bangsa dan negara itu dan negara
Malaysia hari ini sedang menuju diambang tersebut!

MOHAMAD SUHAIMI BIN ABDUL AZIZ
Pengerusi Lajnah Pembangunan Remaja  Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan

 
 


Moderator
Hidayahnet
Subscribe: [EMAIL PROTECTED]

Group Information

  • Members: 8127
  • Category: Islam
  • Founded: Sep 6, 2003
hidayahnet ยท eGroup For The Muslim Ummah (Malay)

Assalamualaikum Wa Rahmatullahi Wa Barakatuh

Hidayahnet is for Muslims to share their knowledge and discuss issues pertaining Muslim ummah. Postings either in Malay or English. We encourage participation from Malay-based communities such as from Malaysia, Indonesia, Singapore, Brunei and whoever can read Malay.


{Invite (mankind,O Muhammad) to the Way of your Lord (i.e. Islam) with wisdom (i.e. with the Divine Inspiration and the Qur'an) and fair preaching, and argue with them in a way that is better. Truly, your Lord knows best who has gone astray from His Path, and He is the Best Aware of those who are guided.}(Holy Quran-16:125)



--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".




SPONSORED LINKS
Divine inspiration Islam


YAHOO! GROUPS LINKS




Kirim email ke