| 53 peratus keuntungan Petronas dimiliki kerajaan |
| Misalnya pada tahun lepas bayaran Petronas
kepada kerajaan Persekutuan sebanyak RM31 bilion. Jumlah itu tidak termasuk hasil cukai lain seperti cukai perniagaan, pendapatan, kenderaan dan banyak lagi yang dibayar orang ramai. Namun apa yang terbuku di hati rakyat, ke mana dibelanjakan wang keuntungan Petronas yang begitu banyak sehingga kerajaan kononnya mendakwa tidak mampu menanggung subsidi minyak dan gas untuk rakyat. Penganalisis politik, Saifudin Nasution Ismail berkata, kerajaan tidak pernah memberitahu secara terbuka bagaimana membelanjakan hasil perolehan Petronas yang begitu banyak. Katanya, kerajaan Barisan Nasional berjaya mengelakkan rakyat daripada mendapat tahu kedudukan sebenar kewangan Petronas disebabkan Akta Pembangunan Petroleum hanya menjadi kuasa 'veto' Perdana Menteri dan bukannya Parlimen atau jemaah menteri. Akta ini meletakkan hanya Perdana Menteri seorang sahaja yang bertanggungjawab soal kewangan Petronas. Sebab itu
Parlimen Malaysia tidak tahu ke mana duit Petronas dibelanjakan. Jemaah menteri pun mungkin tidak tahu," katanya di sini. Petronas ditubuhkan pada tahun 1970-an, bermodal RM10 juta. Namun sekarang syarikat gergasi itu telah beroperasi di 35 negara sehingga berjaya memberi keuntungan besar kepada kerajaan. Saifuddin juga berkata, berdasarkan kepada penjelasan Perdana Menteri, subsidi minyak sebanyak RM4.4 bilion akan digunakan bagi membangun sistem pengangkutan awam seperti monorel, LRT dan bas baru, namun ia hanya ditumpu di Lembah Klang tanpa mendapat manfaat rakyat di tempat lain. Beliau turut mempersoalkan mengapa kerajaan masih memberi subsidi gas kepada empat penjana kuasa elektrik yang dimiliki jutawan terkenal termasuk Tan Sri Lim Goh Tong, Tan Sri T Ananda Krishnan dan Tan Sri Syed Moktar Al-Bukhari. "Kerajaan tidak jelaskan kepada rakyat
subsidi yang begitu besar masih diberi kepada pengendali janakuasa tersebut yang berjumlah RM14 bilion setahun," dakwanya. Tenaga yang dihasilkan penjana bebas itu kemudiannya dijual dengan harga 30 sen satu kilowat kepada TNB dan TNB menjual semula kepada pengguna pada kadar 23 sen satu kilowat sehingga terpaksa menanggung kerugian besar. Ertinya setiap satu kilowat TNB rugi 7 sen dan menjadikan keseluruhan TNB kerugian sebanyak RM30 bilion, seperti pernah diumumkan Timbalan Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi, Dato' Shaziman Abu Mansor. |
Yahoo! Messenger NEW - crystal clear PC to PC calling worldwide with voicemail
--------------------------------------------------------------------------
All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".
YAHOO! GROUPS LINKS
- Visit your group "hidayahnet" on the web.
- To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
- Your use of Yahoo! Groups is subject to the Yahoo! Terms of Service.
