HENDAK KE MANA ANDA? (WHITHER GO YE?)  14

Anda, saya dan semua orang selesa dengan hidup kita kini. Oleh itu,
kita beraksi seolah-olah nikmat dan keselesaan kita kini akan
berkekalan.

Oleh kerana kita belum nampak alam akhirat, kita sukar mempercayainya.

Manusia yang selesa dengan hidup dan sukar mempercayai alam akhirat
yang lebih luas dan kekal abadi ialah umpama bayi dalam kandungan
rahim ibunya.

Dia berasa selesa dengan keadaannya menerima zat dan makanan melalui
urinya. Dia terlena dibuai mimpi.

Tika itu, jika diberitakan kepada bayi, "kehidupan kamu di sini hanya
sementara. Di luar dunia kecil kamu ini ada alam yang lebih
luas."..akan percayakah ia?

Oleh kerana ia masih belum melihatnya dan ia sudah berasa seronok,
selesa dan leka dengan hidupnya kini, ia tidak yakin dengan nasihat
yang menyebutkan tentang dunia yang lebih luas, penuh cabaran dan
mungkin lebih menyeronokkan di luar rahim ibunya. Ia tidak mahu
memikirkannya.

Ia tidak mahu ambil pusing. Ia tak ambil kesah.

Setelah ia lahir ke dunia, maka barulah jelas padanya bahawa kehidupan
dan keseronokan rahim ibu hanyalah sedikit. Cabaran dan pancaroba 
alam barunya lebih besar.

Begitulah kita, dia, anda dan saya.

Sukar kita menerima sesuatu yang kita belum merasainya, belum
melihatnya.  Sesuatu yang deria kita belum mencapainya.

Walaupun ianya satu hakikat yang 'real'.

Susah sungguh bagi kita menerima hakikat bahawa mati bukan penyudah
riwayat kita walaupun itulah hakikatnya.

Berat untuk kita percaya kematian hanya pembuka pintu ke alam barzakh
dan seterusnya alam akhirat walaupun itulah realitinya.

Sukar kita menaruh keyakinan mendalam selepas kematian ada alam yang
baqa' kekal selama-lamanya walaupun itulah yang sebenarnya yang akan
kita semua tempuhi.


Bersambung inshaAllah.





--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in 
any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved 
otherwise. 

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily 
digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your 
mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the 
title "change to daily digest".  
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 



Kirim email ke