Baru-baru ini rakan saya telah menjemput saya untuk melabur didalam 
sebuah syarikat yang menjanjikan pulangan yang amat lumayan. Beliau 
telah menerangkan bagaimana pendapatan itu diperolehi seperti 
dibawah 
ini.

Ada sebuah syarikat yang bertempat di Menara Citibank Jalan Ampang  
telah menjemput orang ramai secara "referral" untuk menyertai mereka 
sebagai pelabur-pelabur yang layak mendapat hibah. Jemputan ini 
dibuka 
hanya  melalui rujukan kenalan yang telah pun menyertainya.

Untuk menyertainya, seseorang itu perlu melabur sebagai pelabur 
dengan 
membeli 2 pilihan pembelian saham.

Pilihan pertama:
Saham berjumlah 4000 unit bernilai RM+ seunit dan RM++++.00 sebagai 
bayaran perkhidmatan.

Pilihan kedua:
Saham berjumlah 1000 unit bernilai RM+ seunit dan RM++++.00 sebagai 
bayaran perkhidmatan.

Dengan pelaburan tersebut, anda layak mendapat hibah 
daripada 'PRINCIPAL' yang mempunyai perniagaan pengurusan harta di 
luar negara dan berpejabat di kota London. Principal telah 
memperuntukkan sebanyak 2.5% daripada hartanya untuk Hibah kepada 40 
syarikat baru yang akan ditubuhkan melalui syarikat agen yang 
dilantiknya.

Untuk mendapatkan hibah tersebut, anda dikehendaki melabur didalam 
salah satu syarikat yang akan ditubuhkan bersama-sama dengan 47 
orang 
pelabur yang lain bagi setiap syarikat dengan modal berbayar RM+++ 
ribu.

Syarikat baru ini dengan bantuan Principal layak mendapat "Bank 
Guarantee" sebanyak USD+++ juta. Salah satu syarikat ini yang 
ditawarkan kepada rakan saya akan menjalankan perniagaan 
perkhidmatan 
kesihatan. Beliau akan menjadi salah seorang pemegang saham syarikat 
dengan 47 orang yang lain.

Setelah itu, Hibah yang pertama akan diagihkan selewat-lewatnya pada 
awal bulan Oktober ini sebanyak RM+++ ribu. Kepada yang melabur 
dengan 
pilihan pertama layak mendapat Hibah yang kedua sebanyak RM+++ ribu 
pada awal bulan Disember dengan menambah RM+++.00 sebagai bayaran 
perkhidmatan.

Dan bukan setakat itu sahaja malah mengikut kiraan anggaran, bermula 
pada Januari 2007 selama 3 tahun "Potential Profit" bank guarantee 
USD+++m returns (3% p.a./50%) net profit akan diagihkan bulanan 
sebanyak RM++++.00 bagi 1000 unit.

Jika dicampur keseluruhan pendapatan itu semua, kira-kira hampir 
mencecah RM+ juta selama hampir 4 tahun syarikat itu beroperasi.

Bagi pendapat saya didalam dunia perniagaan tiada yang mustahil 
dengan 
jumlah tersebut tetapi apa yang saya musykilkan adalah bagaimana 
Hibah 
itu boleh diberikan dengan sewenang-wenangnya kepada pelabur-
pelabur? 
Walaupun kata rakan saya bahawa bajet untuk 8 asnaf telah diberikan 
tetapi kenapa mesti dibuat cara ini untuk pemberian Hibah? Pada hal 
masih banyak lagi sekolah-sekolah persendirian agama yang 
memmerlukan 
sumbangan wang tunai bagi menjalankan operasi sekolah.

Saya sudah pun menasihati rakan saya tersebut bahawa saya 
mempertikaikan niat Hibah tersebut. Bagi beliau dalam dunia 
perniagaan 
mesti kena "gamble". Terpulanglah kepada beliau untuk menilaikannya 
semula sebelum terlambat. Saya berharap agar perlaburan ini bukan 
sahaja sah disisi undang-undang malah ianya sah dari segi syarak.

Disini saya ingin jasa baik semua rakan-rakan yang mempunyai 
pendapat 
mahupun pengalaman silam untuk dikongsi bersama supaya ianya dapat 
dimanfaatkan bersama.

Wasallam.

Camar.















--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in 
any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved 
otherwise. 

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily 
digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your 
mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the 
title "change to daily digest".  
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 



Kirim email ke