| Konsert Sinar MaulidurRasul Rabbani bersama Siti Norhaliza: Bid'ah Hasanah atau dhalalah? |
| Thu | Mar 30, 06 | 06:17:00 PM Oleh Rantisi_Jr | |
| Satu perkembangan baru dalam industri dunia nasyid tanahair apabila artis nasyid berduet dengan penyanyi pop, rock, rap dan lain-lain. Raihan bersama Awie, Rabbani bersama Yaasin, Hijjaz bersama Waheeda (jadi ke?) dan terbaru Rabbani bersama Siti Norhaliza. Dalam menilai perkembangan seperti ini, kita perlu melihat melalui beberapa aspek. Saya cuba memberikan pandangan:
Secara asasnya, sambutan MaulidurRasul diadakan oleh para ulama bagi mengingati kelahiran Junjungan Nabi Muhammad saw dan bagi memberi semangat baru bagi umat Islam meneladani baginda. Justru, MaulidurRasul bermaksud mengajak manusia kembali kepada Sunnah baginda yang agung. Suara wanita, aurat atau bukan aurat? Ulama mazhab Hanafi dan dijelaskan oleh Abu Bakar al-Jassas suara wanita adalah aurat berdasarkan ayat surah anNur:31. Menurut ulama mazhab Shafie dan disebut oleh al-Alusi dalam tafsirnya, suara wanita tidak dikira aurat kecuali jika tutur kata atau perbicaraan suara menimbulkan fitnah dan menggoda. Yang jelas, menyanyi adalah haram bagi perempuan kerana ia boleh menimbulkan fitnah. Tepuk dada tanya iman. Justru, kemunculan Siti dan Waheeda dalam konsert MaulidurRasul (nabi pun perlukan konsert?) walaupun nantinya Siti dan Waheeda bertudung adalah bercanggah dengan semangat MaulidurRasul. (Tolong tanyakan Ustazah Siti Norbaayah) Mungkin maksud Rabbani mahu melakukan pendekatan berbeza bagi menarik seramai mungkin peminatnya, peminat Siti, peminat Waheeda, Yaasin dan tidak ketinggalan Ustazah NorBaayah bagi mencintai Rasulullah saw. Niat yang baik. Tapi bolehkah niat yang baik dilakukan melalui perkara yang bercanggah dengan hukum? Matlamat tidak menghalalkan cara. 'The End Justify The Mean' boleh saja dipakai oleh orang lain tapi tidak bagi mereka yang mencintai Nabinya. Mendekati para artis bagi menyedarkan dan memberi kefahaman tentang Nabi dan agama adalah baik. Siti mungkin mahu berubah. Memakai tudung seperti Ustazah Norbayah dan Waheeda, tapi Siti perlu faham bahawa bertudung sahaja di zaman sekarang tidak membawa erti apa-apa kalau tidak ada perubahan total terhadap tudung yang dipakai. Fauziah Ahmad Daud bertudung tapi berceloteh dengan Saleh Yacob lebih dari aksi suami isteri. Bertudung tapi berboyfriend melampaui batas syarak, bertudung tapi disebalik tudung ada salib, bertudung di kepala, terbuka di pusat, ketat di punggung sudah menjadi trend masakini. Justru, berubah hanya dengan bertudung tidak memadai. Kalau Siti (termasuk Waheeda, Fauziah Ahmad Daud dan lain-lain selebriti bertudung) mahu menghayati MaulidurRasul, berubahlah secara total-luar dan dalam, fizikal dan mental, mulut dan bicara, akhlak dan pekerti. Menyambut MaulidurRasul bererti menyambut ketibaan petunjuk dan menandakan kecintaan kepada Nabi. Petunjuk dan kecintaaan kepada Nabi Muhammad saw membawa erti hanya apabila mengikuti Nabi, para Sahabat dan mereka yang terdahulu yang soleh. Adapun dengan cara bid'ah moden yang lain, agak sukar saya menerimanya. | |
--------------------------------------------------------------------------
All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".
| Divine inspiration | Islam |
YAHOO! GROUPS LINKS
- Visit your group "hidayahnet" on the web.
- To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
- Your use of Yahoo! Groups is subject to the Yahoo! Terms of Service.
