Apa ada dengan 30 sen      
 cuba, mari kita renung2kan. Sekadar tiga keping syiling sepuluh 
sen. Kalau dicampakkan ke lantai, bukan saja Bill Gates tak nak 
ambil, malah kanak-kanak pun tidak pandang kerana 30 sen itu tidak 
cukup untuk mereka membeli kad mainan Naruto atau Pokemon dan 
seumpamanya.

Kenapa kita yang perlu bising dengan kenaikan 30 sen itu sedangkan 
budak kecil pun tak pandang? 

Setiap liter petrol menambahkan kos 30 sen. Untuk setiap tangki 
penuh 45 liter, kita telah berbelanja lebih RM13.50 . Jika sebulan 
kita isi tangki penuh 5 kali, ini bermakna kita telah membelanjakan 
RM67.50 lebih banyak dari kos biasa. (Boleh dapat setangki penuh 
lagi!) 

Sudah pasti pesta kenaikan harga barang akan berlaku. 

Katakan segelas minuman dinaikkan sebanyak 20 sen. Dan makanan 
dinaikkan 50 sen. Maknanya setiap kali makan kita akan membelanjakan 
70sen lebih daripada biasa. Seminggu bekerja 5 hari, maka 70sen x 5 
hari = RM3.50. Maknanya sebulan sebanyak RM14 penambahan kos perlu 
ditanggung oleh seseorang. Anggaplah makan di luar sekali sahaja 
hanya pada waktu bekerja.


(RM67.50 + 14= RM81.50) 

Harga barang pasti akan naik. Menteri nak bagi amaran tembak peniaga 
sampai mati pun, tak ke mana. Harga barang lambat laun perlu 
dinaikkan juga. Katakanlah satu kilo ikan naik RM1, dan kita membeli 
10 kilo ikan sebulan, maka penambahan kos yang ditanggung ialah 
RM10. Beli ayam, katakan ayam naik RM1 jugak. Sebulan kita beli 10 
ekor ayam, katakan 1 kilo seekor. Lagi RM10 perlu dibelanjakan untuk 
menanggung kos. 

(RM67.50 + 14 + 20 = RM101.50) 

Tu baru ikan dan ayam. Sayur, udang, sotong dan sewaktu dengannya 
belum masuk kira. Misalkan semua tu kita anggap naik 10%, jika 
sebelum ni kita belanjakan RM100 sebulan untuk itu semua, sekarang 
kena tambah RM10 lagi. 

(RM67.50 + 14 + 20 + 10 = RM111.50) 

Katakanlah harga barang runcit naik 10%. Jika sebelum ini kita 
membelanjakan RM300 untuk barangan runcit, sekarang kita perlu 
belanjakan RM 330. Lebih RM30 perlu ditanggung. 


(RM67.50 + 14 + 20 + 10 + 30 = RM141.50) 

Masak sendiri di rumah lebih jimat? Tapi jangan lupa, harga LPG pun 
naik 30 sen sekilogram. Satu silinder bersamaan 12 kg. 12 x 30 sen = 
RM3.60. Anggap saja sebulan guna satu silinder. 

(RM67.50 + 14 + 20 + 10 + 30 + 3.60 = RM145.10) 

Sebulan paling tidak pun sesekali nak juga makan di luar bersama 
kawan-kawan atau keluarga kan. Ikut teori kenaikan 20 sen harga 
minuman dan 50sen makanan, sekali makan di luar kita terpaksa bayar 
lebih 70sen. Katakanlah kita makan di luar, sebulan 5 kali, maknanya 
kita telah belanjakan lebih RM3.50. Tu kira belanja diri sendiri. 
Kalau belanja kawan atau ahli keluarga, mestilah berganda 
tambahannya. 

(RM67.50 + 14 + 20 + 10 + 30 + 3.60 + 3.50 = RM148.60) 

Jadi? Simpanlah 30 sen tu untuk masa depan. Sekarang, boleh rasa 
kan..???? Ada apa dengan 30 sen?! Sesungguhnya.. aku tercari2 
dimanakah 30sen aku sekarang!.. 

uwaaa.........................
 









------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Join modern day disciples reach the disfigured and poor with hope and healing
http://us.click.yahoo.com/lMct6A/Vp3LAA/i1hLAA/TXWolB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in 
any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved 
otherwise. 

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily 
digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your 
mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the 
title "change to daily digest". 

-------------------------------------------

Recommended sites:
Radio Kuliyyah: http://www.kuliyyah.com 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 



Kirim email ke