Tue | Mar 28, 06 | 06:30:36 PM Oleh Dato' Bahaman
Panas hati membaca ugutan Nazri, sakit telinga bila menteri berucap. Rakyat nampaknya sudah tidak tertahan lagi dengan tindakan kerajaan menaikkan harga minyak sesuka hati. Tetapi dalam sebok rakyat merancang bantahan, kerajaan `KONONNYA HADHARI' ini pula, cuba untuk menggunakan kekerasan untuk mengubah situasi agar kelihatan seperti rakyat bersetuju dengan apa jua cadangan pemimpin kerajaan. Hampir setiap hari, kita mendengar pelbagai gabungan rakyat yang membuat demonstrasi aman diseluruh Malaysia. Sehingga melibatkan hari-hari biasa dan bukan cuti umum sahaja. Dalam kerajaan melarang keras akan demonstrasi, rakyat kelihatan lebih bijak dalam membuat percaturan mereka. Demo diadakan tidak tentu masa dan lokasi. Jumlah polis dan pihak berkuasa yang diada kini juga menjadikan mereka terbeban dengan keadaan ini. Dalam menyelesaikan urusan harian mereka, mereka turut juga terlibat untuk mempertahankan PM dan Menteri- menteri YANG MAHA ESA. Dalam setuju, ramai anggota polis yang juga mengeluh bukan kerana beban demonstrasi tetapi dengan kenaikan harga minyak itu sendiri. Tetapi kerahan kerajaan, nampaknya tidak mampu ditepis sehinggakan mereka diarahkan untuk menggunakan anjing bagi meleraikan demonstrasi yang aman. Dimana kaedah ini biasa dilakukan oleh KAFIR dan YAHUDI dalam penjara Abu Gharaib. Malaysia tidak berkecuali dalam melahirkan ketidak puashatian mereka kepada tindakan Amerika ini, namun kaedah yang sama juga turut digunakan oleh Pemimpin Malaysia yang terkenal dengan gelaran cucu ulamak dan Nabi Islam Hadhari. Ragu-ragu lagi dengan HADHARI? Tidak mustahil, minggu hadapan mereka akan menggunakan BABI untuk meleraikan tunjuk perasaan kerana dengan binatang seperti ini dapat menakutkan penunjuk perasaan dari berkumpul yang ramai terdiri dari umat Islam. Dengan kaedah ini juga, terjadi nya penyatuan yang sinonim diantara, kerajaan, polis, fru dan babi yang digunakan. Tetapi nyata walau hebat mana pun larangan kerajaan. Api kebangkitan rakyat semakin membara. Seperti anak yang tidak dibenarkan keluar rumah, akibatnya, masa dan ketika akan menunjukkan bahawa anak tersebut berkemungkinan mengambil langkah yang tidak pernah dijangka, samaada melarikan diri, kawin lari atau pun terjun bangunan. Keadaan ini adalah lebih teruk dari keadaan sebelumnya dan tindakan kerajaan melarang demonstrasi secara aman dengan kekerasan adalah tindakan yang bersifat terdesak dan tidak memikirkan kemungkinan yang terjadi akibat larangan tersebut. TINDAKAN 1 Pelbagai kaedah yang diboleh digunakan oleh rakyat dalam membuat bantahan. Jika dilarang berdemo aman, mungkin pelbagai kaedah lain boleh difikirkan. Sebagai contoh, bersama BOIKOT PETRONAS, seperti yang ramai fikirkan. Secara tidak langsung, pendapatan petronas terjejas dan yang penting mereka akan berdepan dengan peniaga stesyen minyak yang sudah pasti akan turut bangun mengharap kerajaan untuk menyelesaikan masalah ini. Mungkin kita lihat bahawa tindakan ini adalah tindakan yang mudah, tetapi ternyata, jika STESYEN MINYAK PETRONAS dipulaukan oleh rakyat, tidak sampai sebulan, pendapatan mereka akan jauh terjejas akibat kos bil, gaji pekerja dan kuota jualan yang perlu mereka tanggung. Kerajaan tidak mudah berdepan dengan persatuan syarikat minyak, sebagai contoh tindakan menyeragamkan minyak kepada RM1.92 diseluruh Malaysia, memakan masa hampir sebulan untuk diselaraskan, tidak seperti tindakan mereka menaikkan harga minyak tempoh hari. Ini adalah kerana kerajaan tidak boleh berdepan dengan persatuan perniaga-peniaga minyak dengan mudah kerana kebanyakan mereka dimiliki oleh kroni dan ahli koperat tajaan mereka. Mahu lihat anjing makan tuan, ini lah masanya. Oleh itu, alangkah baiknya rakyat dapat memikirkan sehingga ke tahap itu dengan MEMBOIKOT PETRONAS. Kita masih ada pilihan lain. Pengguna disini perlu lebih menggunakan sedikit kuasa membeli untuk pergi ke stesyen minyak yang lain, selain PETRONAS, rakyat masih boleh menikmati kemudahan yang sama di SHELL, CALTEX, MOBIL, ESSO dan PROJET. Ini jelas, nampak mudah tetapi ia mampu memudaratkan kerajaan. Kuasa membeli kuasa rakyat. Buat dan kita lihat... TINDAKAN 2 Rakyat juga boleh membuat pelbagai kaedah lain untuk menunjukkan sikap tidak puas hati mereka. Seperti yang berlaku diJEPUN disuatu ketika dahulu, rakyat hanya perlu menggunting gambar pemimpin mereka dari akhbar lama dan menaburkannya di sepanjang jalan raya. Mereka membiar dan meneruskan perlakuan mereka ini sehinggakan pihak Bandaraya dan Jalan dipenuhi dengan wajah pemimpin mereka yang dilanggar oleh kereta, setiap hari. Kaedah ini menjadikan, kakitangan bandaraya tersebut binggung kerana selain dari membersihkan jalanraya, mereka perlu melakukan kerja pembersihan yang lain. Dan untuk membersihkan jalanraya, mereka memerlukan masa yang tertentu, yakni ketika ketiadaan kenderaan. Ini bukan sahaja memberi tekanan kepada kakitangan Bandaraya, malah pemilik wajah yang dilanggar secara saikologi nya menerima impak yang hebat. Bakal ditertawakan dan bakal dihina menjadi sejarah yang paling buruk kepada seseorang pemimpin itu. KESIMPULAN Banyak lagi tindakan yang boleh dibuat sekiranya demo menjadi larangan pihak berkuasa. Cuma ia terserah kepada rakyat untuk menimbangkannya. Tetapi rakyat tidak perlu dikelirukan dengan pelbagai bentuk kaedah kerana ini mungkin akan mengelirukan perlaksanaannya. Oleh itu pihak tertentu perlu memulakannya satu persatu dalam tempoh yang dirancang dengan baik. Contohnya, BOIKOT PETRONAS dalam tempoh 2 atau 3 bulan. Masa yang pendek kepada rakyat, tetapi berbaloi. Mulakannya KEMPEN BESAR-BESARAN, dengan dihadiri kepimpinan tertinggi parti pembangkang. Biar pucat PETRONAS. Ia akan berjaya, jika tidak dalam seminggu, dalam sebulan, jika tidak sebulan, dalam 2 bulan, tetapi pasti ia akan berjaya. Gunakan perkhimatan SMS secara meluas dan mulakan kepada rakan-rakan yang bersama terhimpit dengan masalah yang sama. Pasti akan berjaya Penulis meminta pembaca internet untuk menyumbangkan idea untuk dikongsi bersama bagi pihak pihak kepimpinan untuk merealisasikan tindakan ini. Jika FRU boleh mengawal dan menghalau penunjuk perasaan dilokasi tertentu, mungkinkah mereka mampu berkawal sekiranya ia berlaku diseluruh Negara, serentak? Rasanya FRU akan bingung untuk kawal kaedah lain yang bakal digunakan oleh rakyat. Pokoknya kita perlu bersatu untuk mencapai tujuan dan merealisasikan impian KEJATUHAN PEMIMPIN yang hilang akal dan hilang ingatan, ego dan sombong, bongkak dan bangga diri, mementingkan keluarga dari rakyat. Mereka perlu diajar untuk belajar, walaupun sesungguh mereka ini tidak boleh diajar dan sentiasa fikir mereka lah paling berkuasa di alam maya ini. Kuasa yang melebihi YANG MAHA ESA. Supaya mereka ini sedar bahawa mereka hanya sebutir pasir di KALAHARI, tidak perlu sehingga menongkat langit dan meninggi diri. KERUGIAN Petronas bukan kerugian rakyat kerana selama in KEUNTUNGAN Petronas bukan keuntungan rakyat. Kita sejauh mana kerajaan boleh bantu PETRONAS kerana selama ini kerajaan menyapu duit PETRONAS. Mahu lihat kuasa rakyat? Tunggu... ------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> Join modern day disciples reach the disfigured and poor with hope and healing http://us.click.yahoo.com/lMct6A/Vp3LAA/i1hLAA/TXWolB/TM --------------------------------------------------------------------~-> -------------------------------------------------------------------------- All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise. If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest". -------------------------------------------------------------------------- Recommended sites: Angkatan Belia Islam Malaysia : http://www.abim.org.my Jamaah Islah Malaysia : http://www.jim.org.my Radio Islam Kuliyyah : http://www.kuliyyah.com Palestinkini Info : http://www.palestinkini.info Partai Keadilan Sejahtera : http://pk-sejahtera.org The Muslim Brotherhood : http://ikhwanweb.com Yahoo! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/ <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [EMAIL PROTECTED] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/
