Assalamualaikum warahmatullah… Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan yang disembah selain Allah yang Esa, tiada sekutu bagiNya dan aku bersaksi bahawa Nabi Muhammmad saw itu hamba dan pesuruhNya. Selawat berserta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad saw yang memiliki akhlaq terpuji dan menjadi ikutan selamanya. Juga buat orang2 yang beramal soleh dan kesekalian dari kita.
Bismillahir Rahmanir Raheem… Selasa ini, 12 Rabi’ul Awwal bersamaan 11 April, insyaAllah kita akan menyambut hari ulang tahun kelahiran Nabi Muhammad saw, penutup segala nabi yang hadir dengan membawa 1001 rahmat. Seperti kebiasaan, hari keputeraan Baginda, yang juga lebih kita kenali sebagai mawlid, akan disambut dengan meriah. Maka akan penuhlah papan hitam di suaru dan masjid dengan senarai ceramah mawlid. Saya tidaklah menyokong apatah lagi membantah sambutan ini. Juga, saya tidak mahu termasuk dalam kelompok yang membicarakan tentang boleh atau tidaknya sambutan seperti ini diadakan. Cuma pada prinsip saya, menyambut mawlid memang baik tetapi jika keterlaluan sehingga mengakibatkan pembaziran, maka akan menjadi kesalahan juga akhirnya. Matlamat tidak mungkin menghalalkan cara. Lalu saya teringat di zaman kanak² dahulu. Kami di Johor Bahru biasa menyambut mawlid dengan mengadakan perarakan sambil melaungkan selawat ke atas Baginda saw. Ini salah satu acara yang sangat saya nantikan dahulu. Memang meriah dan memang seronok. Kata orang tua², perarakan itu adalah sempena mengingati peristiwa hijrah Nabi saw. Lalu saya jadi tertanya mengapa tidak dibuat ketika Maal Hijrah? Kemudian, kata mereka lagi, apabila Sultan Iskandar menaiki takhta, beliau telah mengharamkan upacara tersebut dengan alasan majlis itu memberikan kesempatan untuk pasangan bercinta berdua²an dan berkepit memadu asmara. Sama ada betul atau tidak cerita ini, wallahu’alam. Lagipun, bukan itu yang ingin saya kisahkan. Bukan tentang cara menyambut mawlid itu sendiri. Apa yang menarik perhatian saya di sini ialah, mawlid ini dikatakan sebagai meraikan Nabi saw. Tentulah, kerana Baginda bukanlah calangan personaliti. Jadi, meraikan sebegini dikatakan akan memuliakan Baginda. Persoalannya, setelah kita membuatkan Baginda saw kelihatan benar² dimuliakan, apakah benar kita sebenarnya memuliakan Baginda dalam ertikata sebenar? Sebagai contoh, sultan adalah salah seorang manusia yang dimuliakan di Tanah Melayu ini. Maka kerana itu sambutan hari kelahiran mereka juga disambut dengan besar²an. Mulianya sultan ini hinggakan terdapat perkataan yang dikhususkan hanya untuk kegunaan mereka sahaja seperti beta, santap dan sebagainya. Puncak segalanya ialah apabila segala titah sultan ‘diletakkan di atas batu jemala patik’. Tetapi cuba kita lihat dengan Nabi saw. Apakah benar perintah Baginda saw kita letakkan di atas ‘batu jemala’ kita, atau ‘sekadar di pinggiran’ sahaja? Apabila Baginda saw perintah agar solat di awal waktu, kita katakan kerja yang diamanahkan lebih penting. Dan apabila Baginda saw katakan ‘seburuk² perbelanjaan adalah untuk bangunan’, kita bina pula masjid kristal. Taatkah begitu? Bagaimanakah dapat kita kaitkan kemuliaan dengan mengingkari perintah orang yang kononnya kita muliakan? Apakah, seorang anak yang menderhaka kepada bapanya boleh kita sifatkan sebagai anak yang menghormati dan memuliakan bapanya? Jika kita seorang yang beriman, tentu kita katakan tidak. Lalu, apakah mawlid ini boleh menjadikan kita orang yang memuliakan Baginda padahal kita mengingkarinya? Semua orang ingat kepada bekas perdana menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamed. Beliau dikatakan memiliki pemikiran yang kritis dan ada juga yang menganggapnya sebagai genius. Sememangnya beliau dihormati di seluruh negara malah hingga ke peringkat antarabangsa sehinggalah ditubuhkan sebuah institut untuk mengkaji pemikiran Dr. Mahathir. Begitu juga dengan perdana menteri kita sekarang. Beliau juga dihormati dan dimuliakan. Sehingga beberapa ayat yang beliau sebut seperti "Bekerja dengan saya bukan untuk saya" dan "Cemerlang, Gemilang, Terbilang" menjadi ikutan dan sering disiarkan di media² perdana. Semua ini membuktikan betapa mereka 'dimuliakan' dan betapa pentingnya kedudukan mereka dalam hirarki pemerintahan negara. Sayangnya, kita tidak pula mendengar mana² pihak di dalam negara kita cuba menubuhkan Institut Mengkaji Pemikiran Nabi Muhammad saw. Jangankan itu, kata² Nabi Muhammad saw juga tidak sering kita dengar diulang sebut oleh orang ramai sebagaimana kata² pemimpin² di atas diulang sebut. Malah bagi sesetengah orang lebih gemar mengulangi lirik sesebuah lagu lagi dari kata² Nabi sendiri. Saya tidak mengatakan mengulang sebut kata² orang lain selain Nabi saw itu sebagai salah. Asalkan ianya kata² yang baik, teruskanlah. Tetapi yang cuba saya ungkitkan di sini ialah konsep menghormati dan memuliakan kenabian Muhammad saw. Iaitu konsep sambutan mawlidur rasul. Adalah agak pelik untuk kita katakan kita sambutan ini sebagai memuliakan Baginda padahal kita sebenarnya menghinanya. Cuba lihat apa yang terjadi hari ini? Orang yang cuba mengikut sunnah Nabi saw dianggap sebagai selekeh dan jumud. Kanak² yang berserba ke sekolah diarahkan membuka serban mereka dan diberhentikan sekolah pula apabila enggan. Manakala pelajar perempuan yang berpakaian tudung labuh (juga dikenali sebagai tudung bulat) pula dikerat tudungnya kerana dikatakan tidak mematuhi kod berpakaian sekolah. Tidak kurang juga yang menghina undang² yang dilaksanakan oleh Baginda Rasulullah saw ketika hayatnya. Mereka menganggap hukuman potong tangan, qishash dan rejam atau rotan sebagai kuno dan tidak bertamaddun. Sementara orang yang cuba berdakwah seperti mana yang Nabi saw pernah jalankan dipandang hina, dikatakan mengabaikan keluarga serta dikatakan perbuatan yang sia². Para ulama yang Nabi saw sebutkan sebagai pewaris Baginda pula dihina dan dikatakan sebagai orang² yang bodoh. Semua penghinaan ini, walaupun tidak ditujukan kepada Nabi saw secara langsung, tetapi tetap menghina baginda kerana ianya perbuatan Baginda sendiri. Nyatalah, kita sebenarnya lebih menyanjungi sultan, perdana menteri malah para artis hiburan lagi dari Nabi saw... Menyambut mawlid memang baik jika benar tujuannya untuk memuliakan kedudukan Nabi saw sebagai penyelamat ummah. Tetapi mengadakan majlis mawlid semata² adalah tidak mencukupi. Ianya hanya satu perkara kecil dalam perkara² yang perlu dilakukan untuk benar² menjadi seorang mukmin dan muslim yang bertaqwa. Mawlid semata² tidak boleh meletakkan kita dalam golongan yang memuliakan Baginda saw. Untuk benar² menghormati Baginda saw, adalah lebih baik jika kita mengikut segala perbuatan yang telah Baginda lakukan. Sifat shiddiq (benar), amanah, tabligh (menyampaikan) dan fathonah (bijaksana) perlu kita jadikan sifat kita sendiri. Kemudian, berusaha untuk menghidup dan mengamalkan setiap sunnah dan perintah serta meninggalkan larangan Baginda. Itulah baru dikatakan menyanjungi dan memuliakan Baginda dalam ertikata sebenarnya... Sekian buat kali. Segala yang baik datang dari Allah dan yang tidak baik adalah akibat kejahilan saya sendiri. Wabillahitaufiq walhidayah. Wassalamualaikum warahmatullah… -Abu Naqibah- Komen dan kritikan membina dialu2kan. Email saya di [EMAIL PROTECTED] atau lawati http://abunaqibah.blogspot.com/ Artikel Lain Di Diari Abu Naqibah Rezeki Dalam banyak² topik yang boleh dibicarakan dan boleh saya tulis, inilah topik yang paling saya minati. Rezeki. Kerana topik inilah yang sering mengganggu akal pemikiran kita. Dan topik inilah juga yang paling sukar untuk difahami. Bukan sedikit sebenarnya di kalangan teman² yang bercerita kepada saya tentang kesusahan dan kesempitan hidup mereka. Sebatang Pokok, Secawan Kopi dan Sebuah Kehidupan Sebenarnya kehidupan kita ini umpama pokok rambutan tersebut. Rimbunan daun dan dahan yang berceracak itu umpama harta dunia yang kita miliki. Manakala buahnya adalah hasil iaitu keseronokan hidup yang kita rasai. Pohon yang rimbun belum tentu menghasilkan buah yang cukup baik. Begitu juga harta yang banyak belum tentu menjanjikan kebahagiaan. ------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> Join modern day disciples reach the disfigured and poor with hope and healing http://us.click.yahoo.com/lMct6A/Vp3LAA/i1hLAA/TXWolB/TM --------------------------------------------------------------------~-> -------------------------------------------------------------------------- All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise. If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest". -------------------------------------------------------------------------- Recommended sites: Angkatan Belia Islam Malaysia : http://www.abim.org.my Jamaah Islah Malaysia : http://www.jim.org.my Radio Islam Kuliyyah : http://www.kuliyyah.com Palestinkini Info : http://www.palestinkini.info Partai Keadilan Sejahtera : http://pk-sejahtera.org The Muslim Brotherhood : http://ikhwanweb.com Yahoo! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/ <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [EMAIL PROTECTED] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/
