Tue | Apr 04, 06 | 03:26:47 PM 
Oleh Saad Hashim  Seorang penulis surat pembaca di Utusan Malaysia 
baru-baru ini memaparkan bahawa golongan penoreh getah telah 
mendapat `durian runtuh' berikutan kenaikan melonjak harga getah ada 
lah berupa indah khabar dari rupa. 
Menurut penulis itu yang lebih menikmati kenaikan harga getah itu 
ialah orang-orang tengah atau peraih-peraih manakala kaum penoreh 
yang terpaksa bangun sebelum subuh itu tetap dapat kerak sahaja.

Apabila pulang ke kampung, saya selalu ternampak seorang peraih Cina 
menunggu di tepi jalan dengan motosikalnya menunggu pencari petai 
(Melayu, Orang Asli) turun dari bukit.

Dengan memberikan `fakta-fakta' nya sendiri maka dia akan menetapkan 
harga petai itu dan si pencari petai tadi tidak ada kesempatan 
langsung untuk mencari peraih lain atau mencari peraih lain kerana 
dia seorang sahaja yang datang ke situ.

Beginilah keadaan ekonomi kampung. Rata-ratanya rangkaian pemasaran 
masih dibolot oleh orang Cina yang tidak mudah dipatahkan. Mereka 
boleh membahagi-bahagikan wilayah masing-masing untuk mengawal harga.

Di samping itu `perkhidmatan' mereka juga `cemerlang'. Orang-orang 
kampung boleh  pinjam wang dulu dalam keadaan darurat asalkan petai 
atau apa sahaja dijualkan kepadanya.

Di kedai-kedai runcit Cina di kampung-kampung juga orang boleh 
hutang dan bila masuk kedai satu tin rokok siap disediakan untuk 
diambil se batang dua.

Justeru, Lembaga Pertubuhan Peladang menerusi unit-unit kawasannya 
di kampung-kampung juga tidak dapat bersaing dengan orang-orang 
tengah Cina.

Kalau pesanan atau booking untuk mesin memajak, mesin tuai atau lori 
untuk membawa hasil padi ke kilang kena dibuat terlebih awal, pihak 
saudagar Cina boleh datang dengan segera lebih-lebih lagi kalau padi 
sudah rebah dan basah yang perlu dituai dan dibawa ke kilang secepat 
mungkin.

Benih-benih padi yang serupa juga disediakan oleh saudagar-saudagar 
Cina ini. Ini lebih dekat dengan rumah walaupun LP boleh hantar 
tetapi kadang-kadang lori rosak, pejabat tutup jam 5 petang dan 
sebagainya.

Kedai-kedai Cina bertindak sebagai agen untuk semua perkhidmatan ini.
Kerana khidmat yang `cemerlang' ini maka para penanam padi tidak 
kisah kadar bayaran lori ke kilang serta kadar tolakan apabila padi 
basah.

Dan seperti peraih petai tadi, kalau ada sakit demam, orang kampung 
boleh ketuk pintu kedai Cina ini minta wang pendahuluan.

Demikian kisah ekonomi kampung yang tetap bergantung dengan peniaga 
Cina kerana perkhidmatan masih tidak boleh disaingi oleh agensi-
agensi Kerajaan.

Ia hanya boleh diakhiri kalau Kerajaan boleh mengisytiharkan seluruh 
kawasan luarbandar sebagai wilayah ekonomi Islam di mana keseluruhan 
faktor ekonomi ditangani oleh orang Islam atau agensi Kerajaan.

Soalnya adakah kita mempunyai keazaman politik atau political will 
untuk melaksanakannya.

Kalau bercakap soal ekonomi peruncitan orang Melayu di kawasan 
bandar maka hakikatnya ialah orang Melayu yang berniaga air tebu dan 
air kelapa muda malah VCD cetak rompak pun memang bergantung kepada 
pembekal-pembekal Cina.

Ini adalah ceritanya....Bagaimana dengan rancangan-rancangan 
kerajaan..mampukah menanganinya.
 









------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Join modern day disciples reach the disfigured and poor with hope and healing
http://us.click.yahoo.com/lMct6A/Vp3LAA/i1hLAA/TXWolB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in 
any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved 
otherwise. 

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily 
digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your 
mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the 
title "change to daily digest". 

--------------------------------------------------------------------------

Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia  : http://www.abim.org.my
Jamaah Islah Malaysia          : http://www.jim.org.my
Radio Islam Kuliyyah           : http://www.kuliyyah.com
Palestinkini Info              : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera      : http://pk-sejahtera.org
The Muslim Brotherhood         : http://ikhwanweb.com 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 



Kirim email ke