Assalamualaikum,
 
Kita mungkin tidak menganiaya mereka dari segi gaji, pangkat dan senioriti tetapi pernahkah kita bayangkan nasib mereka yang menghidang arak kepada penumpang? Kepada wanita, memakai pakaian ketat, bersolek warna-warni - bagaimanakah nasib mereka di akhirat jika tidak bertaubat? Ini bukan sekadar kepada pekerja MAS sahaja tetapi kepada pekerja AirAsia dan pekerja di atas bumi yang mengenakan pakaian ketat dan bermekap-mekap untuk memenuhi kehendak majikan.
 
CM - Letih melihat pekerja atas bumi (ground staff) yang memakai tudung tapi pakai ketat tetap ON.. emmm
Jangan aniaya seorangpun pekerja MAS PDF Cetak
Mon | Apr 10, 06 | 11:45:28 AM
Oleh Wartawan Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 10 April (Hrkh) - PAS meminta Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) dan kerajaan memastikan tidak ada seorangpun pekerja MAS teraniaya berikutan ura-ura pemecatan lebih 6,000 kakitangan syarikat penerbangan milik negara itu.

Naib Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu dalam kenyataannya berkata, pekerja MAS tidak bersalah ke atas apa yang berlaku kepada MAS tetapi eksekutif kanan mereka dan pemimpin kerajaan yang salah.

"Yang salah kerajaan dan eksekutif kanan Mas yang dilantik oleh kerajaaan, kenapa pekerja pula menjadi mangsa," kata Mohamad Sabu yang juga Pengerusi Lajnah Hal Ehwal Pekerja PAS.

Beliau mengulas ura-ura MAS akan memecat lebih 6,000 pekerjanya selepas sebahagian laluannya diserahkan kepada AirAsia akibat masalah kewangan yang dihadapi syarikat penerbangan milik kerajaan itu.

Kerajaan telah melantik Idris Jala sebagai Pengarah Urusan MAS yang baru ekoran kegawatan yang berlaku dalam syarikat penerbangan itu.

Antara langkah yang dicadangkan pengurusan baru MAS adalah membuang lebih 6000 pekerjanya di samping menjual atau menyewakan beberapa bangunan mereka.

Masalah dalam MAS mula didengari sejak ia dipengerusikan oleh Tan Sri Tajudin Ramli hingga kini.

Kisah dan khabar angin berhubung dengan pembekalan makanan dan minuman dengan harga yang mahal kepada MAS juga tersebar secara meluas dalam internet dan ia dikaitkan dengan keluarga Perdana Menteri.

"Sekurang-kurangnya, kita minta supaya mereka yang akan diberhentikankan dari MAS dipastikan dahulu tempat mereka di AirAsia. Bila begitu, kita berharap hak, gaji dan senioriti mereka tidak terjejas," kata Mohamad Sabu kepada Harakahdaily.

Ketika ditanya, apa tindakan PAS ekoran isu ini, Mohamad berkata, beliau akan meminta PAS mengarahkan para penceramah mereka untuk membangkitkan isu ini pada setiap ceramah.

"Kita juga akan membincangkan perkara ini melalui MTUC dan kesatuan sekerja MAS bagi membantu mereka menghadapi masalah ini," kata beliau lagi kepada Harakahdaily.



--
Wanna feel something new ??? Visit www.mykhilafah.com


--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".

--------------------------------------------------------------------------

Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia  : http://www.abim.org.my
Jamaah Islah Malaysia          : http://www.jim.org.my
Radio Islam Kuliyyah           : http://www.kuliyyah.com
Palestinkini Info              : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera      : http://pk-sejahtera.org
The Muslim Brotherhood         : http://ikhwanweb.com




YAHOO! GROUPS LINKS




Kirim email ke