Hai...dah terang masih nak bersuluh ke?
 
Kepada penyokong penyokong parti tidak bertangan ini - arm no - apa pendapat anda? Tapi sebelum anda menjawab, perlu diingatkan bahawa yang dari semenjak merdeka sehinggalah sekarang, parti inilah yang membawa pelbagai jenis hiburan kepada orang melayu. Seandainya tidak, maka para pidato pidato mereka akan memberi hujah propoganda kepada padang dan dewan kosong sahaja.
 
Selepas ditukarkan taktik mereka sedikit dengan menganjurkan pelbagai hiburan melalui agensi agensi kerejaan dan syarikat kroni seperti TV3; dicelahkan dalam hiburan ini propoganda mereka.
 
Juga digunakan hiburan ini untuk melalaikan kaum mereka sendiri agar agenda tersendiri parti ini dapat dijalankan tanpa dihiraukan atau disedari oleh orang melayu. Ini namanya pengkhianat.


From: Rozmal bin Malakan <[EMAIL PROTECTED]>
Subject: Hiburan Punca Melayu Mundur : Kenyataan MT UMNO

Mingguan Malaysia 9 Apr 2006 - Melayu perlu kurangkan
hiburan

PEKAN 8 April - Orang Melayu diingatkan supaya
mengurangkan aktiviti yang menjurus kepada hiburan
yang tidak berfaedah kerana ia boleh menyebabkan
mereka merempat di tanah air sendiri.

Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Muhammad Muhd Taib
berkata, pengaruh hiburan yang melalaikan itu adalah
salah satu punca kemunduran orang Melayu sehingga
usaha kerajaan untuk membangunkan mereka menemui
kegagalan.

Menurutnya, orang Melayu tidak boleh berasa selamat
selama-lamanya kerana mendapat segala kemudahan yang
disediakan oleh kerajaan, sebaliknya perlu berusaha
keras seperti kaum lain.

Katanya, orang Melayu mudah berasa selesa walaupun
mereka sebenarnya tidak menguasai ekonomi dan
bidang-bidang profesional yang lain.

``Sebaliknya orang bukan Melayu yang tidak menikmati
kemudahan seperti itu sentiasa bekerja keras bagi
mencapai kejayaan.

``Mereka sentiasa menanamkan `sifat' berasa tidak
selamat berada di negara sendiri supaya kaum mereka
sentiasa berusaha keras bagi menguasai semua bidang
ilmu,'' katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap di majlis
penerangan mengenai Cabaran dan Survival Bangsa
anjuran UMNO Bahagian Pekan di Dewan Majlis
Perbandaran Pekan, di sini hari ini.

Muhammad berkata, jika orang Melayu tidak memanfaatkan
segala kemudahan yang disediakan oleh kerajaan bagi
meningkatkan kualiti hidup, menguasai ekonomi serta
bidang-bidang utama yang lain, peluang-peluang
tersebut akan `dirampas' oleh orang bukan Melayu.

Katanya, pada masa ini, orang Melayu mungkin tidak
begitu melihat keperluan menguasai ilmu dan ekonomi
tetapi kesannya akan ditanggung oleh generasi masa
depan.

``Kemakmuran negara pada tahun 2020 akan dinikmati
oleh bangsa bukan Melayu walaupun mereka ini
sebenarnya tidak mendapat bantuan dan manfaat secara
langsung daripada kerajaan sebelum ini,'' kata
Muhammad Taib.

http://www.utusan.com.my/utusan/archive.asp?y=2006&dt=0409&pub=utusan_malaysia&sec=politik&pg=po_05.htm&arc=hive


    
  Syarak Mengata , Adat Menurut - Syarak Dijunjung , Adat Dijulang
  
  Sudi-sudi layari blog saya di http://waghih.blogspot.com


To help you stay safe and secure online, we've developed the all new Yahoo! Security Centre.


--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".

--------------------------------------------------------------------------

Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia  : http://www.abim.org.my
Jamaah Islah Malaysia          : http://www.jim.org.my
Radio Islam Kuliyyah           : http://www.kuliyyah.com
Palestinkini Info              : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera      : http://pk-sejahtera.org
The Muslim Brotherhood         : http://ikhwanweb.com




YAHOO! GROUPS LINKS




Kirim email ke