alhamdulilah..............saya simpulkan.....solah adalah terbaik diawal waktu....tapi mestilah khusyuk......tidak haram melakukan solah jika terlewat daripada awal waktu.........solah di akhir waktu adalah tidak elok.......rezeki yg dimakan dengan tidak amanah adalah tidak baik......insyaallah dapat dipahami keadaan nyerr.... ada yg begitu tegas sekali untuk mengerjakan diawal waktu.....ada yg memberikan kelonggaran utk dikerjakan pada waktu dilewatkan sedikit..tapi tiada yg menggalakkan pada akhir waktu.....alhamdulilah...bagi yg tegas tu....fikir2kanlah tentang kenderaa yg kamu naiki itu adalah hasil daripada pengalakkan duit riba oleh pinjaman bank sama juga dgn rumah kamu tu.......kamu mestilan tegas membasmikannya jika itu pegangan kamu.....
----- Original Message ----- From: <[EMAIL PROTECTED]> To: Ikhwanul Muslimun <[email protected]> Sent: Tuesday, April 04, 2006 5:23 AM Subject: Bismillah [hidayahnet] Akal (Jawapan untuk Solat Akhir Waktu) > Assalamualaikum warahmatullah… > > Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Aku bersaksi bahawa tiada > Tuhan yang disembah selain Allah yang Esa, tiada sekutu bagiNya dan aku > bersaksi bahawa Nabi Muhammmad saw itu hamba dan pesuruhNya. Selawat > berserta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad saw yang memiliki akhlaq > terpuji dan menjadi ikutan selamanya. Juga buat orang2 yang beramal soleh > dan kesekalian dari kita. > > Bismillahir Rahmanir Raheem… > > Petang tadi, sebelum masuk kerja, saya singgah dahulu ke galley untuk > mendapatkan secawan air. Kelihatan beberapa orang sedang menikmati makan > malam sambil menonton dokumentari di televisyen saluran National Geographic > . Kisahnya berkisar tentang sekumpulan monyet yang sedang mencari makanan. > Saya tidak tahulah apa yang monyet² ini makan tetapi bentuknya seakan buah > ceri. > > Rasanya dokumentari itu begitu menarik kerana saya melihat hampir semua > mata tertumpu terhadap skrin televisyen tersebut. Namun saya tidak berminat > menonton sepenuhnya. Hanya sekadar duduk untuk meneguk air di tangan. Namun > sebaik saya melabuhkan punggung, seorang tukang masak yang turut menonton > dokumentari tersebut tiba² bersuara kepada saya. > > "Tengoklah. Ekor pun dia (monyet) boleh gunakan" katanya sambil merujuk > kepada seekor monyet yang sedang bergayut pada dahan pokok dengan > menggunakan ekornya. Tidak tahu dari mana datangnya idea (dari Allah > tentunya), saya katakan kepadanya "Haiwan tidak mempunyai akal. Kerana itu > ia menggunakan segala anggotanya untuk mencari makan. Tak macam manusia > yang mempunyai akal." > > Selesai berbicara saya pun mengundur diri untuk segera berada di bilik > kawalan. Tetapi sepanjang dalam perjalanan ke bilik kawalan, fikiran saya > ligat memikirkan tentang ayat yang saya sebut tadi. Terus terang, ia > bukanlah sesuatu yang memang sedia ada di dalam kotak fikiran saya. Ianya > satu ayat yang spontan tetapi saya rasakan saya amat menyukai ayat > tersebut. > > Betullah. Memang semua orang ketahui bahawa haiwan adalah makhluk yang > tidak mempunya akal. Ia mempunyai otak untuk mengawal fungsi badannya > tetapi bukan akal yang boleh digunakan untuk menganalisa. Namun begitu, > haiwan² ini, walaupun tanpa akal, cukup bijak menggunakan segala anggota > tubuhnya. Sepertinya zirafah yang berleher 'jinjang' dan helang yang > mempunyai cengkaman yang kuat. > > Tetapi manusia, yang dibekalkan dengan kelebihan yang cukup hebat ini, > telah menggunakan akal untuk membolehkan dia mencari makan tanpa > menggunakan anggota tubuhnya. Di hari ini, bukan sedikit manusia yang > sanggup menipu manusia yang lain hanya untuk mendapatkan sedikit laba > dunia. Skim itulah, skim inilah, waris jutawanlah dan bermacam² lagi bentuk > penipuan. > > Mana ada orang yang kaya tanpa berusaha? Mana ada Ahmad Albab dalam dunia > ini? Mungkin ada tetapi kesnya mungkin satu dalam sejuta kalaupun tidak 1 > dalam sebilion. Namun masih ada juga manusia yang mahu percaya dengan > penipuan begitu. Apabila terbaca dengan modal sekian banyak sudah boleh > jadi jutawan, berebut²lah orang kita hinggakan bergolok bergadai. > > Apabila dengar sahaja wang, harta dan kekayaan, maka serta mertalah manusia > jadi lupa untuk menggunakan akalnya untuk berfikir secara rasional. Jika > dengan bermodal beberapa ratus sahaja kita sudah boleh kaya, boleh beroleh > sehingga puluhan ribu sehari, alamat akan jemlah dunia. Kerana tidak ada > lagi orang yang akan bekerja. Siapa pula yang akan tanam dan jual beras > nanti agaknya? > > Saya tidak mahu bicara banyak tentang hal ini. Takut nanti ada yang terasa > dan marah² pula. Hanya, memang saya akui segala skim yang ada ini > memungkinkan kita memperolehi pendapatan 5 angka dalam sehari. Cuma > persoalannya sampai bila? Dan persoalan yang lebih sukar adalah, dari > sumber manakah duit yang kita perolehi? Janganlah tanya berapa sahaja yang > masuk. Cubalah tanya dari mana ia datang pula... > > Sebenarnya, akal telah menyempurnakan penciptaan manusia. Dengan akallah, > yang dapat membezakan manusia dengan haiwan. Kerana itulah manusia yang > kejam dianggap binatang kerana tidak menggunakan akal untuk berfikir. > Namun, biarpun akal menyempurnakan penciptaan manusia, akal semata² tidak > mampu untuk menjadikan seorang manusia itu sempurna. > > Kerana akal juga makhluk. Sudah menjadi dasar sifat makhluk itu lemah, dan > memerlukan sandaran. Seperti hendak mengoperasikan sebuah mesin, kita > memerlukan prosedur agar tidak membahayakan keselamatan kita dan juga dapat > menggunakan mesin tersebut secara optimum, begitu juga akal kita. Ia > memerlukan rujukan dan panduan untuk 'beroperasi'. > > Dan tidak ada rujukan atau panduan selain dari panduan yang 'turun terus > dari langit' iaitulah kitab suci al-Quran, qalam Allah yang disampaikan > melalui lidah mulia Nabi Muhammad saw. Dan di dalam kitab ini, yang > terkandung adalah iman. Maka, untuk menyempurnakan pemikiran kita, akal > kita mestilah dipandukan oleh iman. Akal yang bertindak tanpa iman adalah > pemikiran yang tidak sempurna. > > Seorang manusia yang berfikir berpandukan iman, insyaAllah tidak akan > tergamak untuk menyakiti atau menzalimi orang lain. Sebagaimana Nabi saw > dan juga Khulafa ur-Rasyidin yang pernah menjadi ketua negara semasa hayat > mereka. Setiap keputusan dan hukum yang mereka jatuhkan adalah untuk > kemaslahatan umum. Bukan untuk kepentingan peribadi atau sebahagian pihak. > Inilah fungsi iman. > > Sayangnya dewasa ini, penggunaan akal tanpa panduan iman telah terlalu > berleluasa. Ilmu yang ada, bukan dijadikan sebagai pengukuh iman sebaliknya > digunakan untuk menghalalkan apa yang tidak boleh dilakukan. Orang > sebegini, apabila berbicara, tampaknya seperti seorang yang bercakap dengan > iman. Padahal dia telah meletakkan iman jauh terperosok akibat kepentingan > peribadinya. > > Sebagaimana di dalam sebuah egroup yang saya sertai. Terdapat beberapa > orang yang sedang berbahas mengenai kepentingan solat awal waktu. Asalnya > adalah kerana sebuah email yang bercerita kononnya ada malaikat penjaga tol > yang akan mencampak solat seorang muslim yang didirikan pada akhir waktu. > Secara peribadi, saya tidak bersetuju dengan cara penyampaian penulis itu. > > Tetapu hakikatnya, apa yang ditulisnya adalah benar. Iaitu, solat akhir > waktu adalah solat yang hanya sedikit baik dari sia². Malangnya terdapat > beberapa manusia yang mengatakan solat akhir waktu bukan menjadi kesalahan. > Kerana katanya, kita perlu menyelesaikan tugas kita terlebih dahulu. Itu > adalah satu amanah dan menjaga amanah adalah perkara yang diwajibkan. > > Lalu berbicara seorang lagi bahawa adapun hikmat diperpanjangkan waktu > bersolat adalah untuk perkara sebegini. Dan bermacam² lagi hujjah yang > kesimpulannya solat itu tidak perlu dikerjakan di awal waktu. Sekali baca, > seolahnya apa yang mereka tuturkan itu adalah benar. Siap disertakan dengan > dalil. Tentu sahaja kita boleh terpengaruh olehnya. > > Namun bagi saya inilah contoh orang yang menggunakan akalnya untuk menipu > agama. Mengapa? Kerana mereka hanya mengambil sebahagian dari ajaran Islam. > Benar, Allah membenarkan kita melewatkan solat jika ada perkara yang lebih > penting. Dan benar, amanah adalah wajib ditunaikan dan didahulukan. Tapi > mari kita gunakan iman untuk fikirkan tentang perkara ini. > > Yang paling utama di dalam hidup kita ini seharusnya adalah keselamatan > nyawa kita. Maka kerana itu, orang yang terdesak (dharurat) diizinkan makan > babi (sesetengah ulama menyifatkan sebagai wajib) sekiranya itu dapat > menyelamatkan nyawanya. Tetapi, selepas dari nyawa kita, yang terpenting > hanyalah Allah. Tidak ada perkara boleh mendahului Allah dari segala apa > halpun. > > Maka benarlah kita dibenarkan menangguhkan solat jika kita di ambang maut > atau mungkin dalam perperangan. Kerana perperangan adalah untuk menegakkan > kalimah Allah. Tetapi, adakah menyelesaikan tugas dipejabat itu lebih > penting atau sama pentingnya dengan menegakkan kalimah Allah? Tidak! Maka > atas logik apakah solat boleh ditangguhkan demi untuk menyiapkan tugasan > harian? > > Kerana anamah? Benar juga. Allah mahu kita menjaga amanah dan tugas di > pejabat merupakan amanah kerana kita dibayar untuk itu. Akan tetapi, apakah > kita tidak memandang solat itu sebagai amanah? Manakah amanah yang lebih > utama, dari ketua kita atau dari Allah? Benarlah kita dibayar untuk > menyiapkan tugas tetapi apakah kita kita lupa bahawa kita bernafas, makan, > minum dan segalanya atas pemberian Allah? > > Inilah yang saya katakan... Kita berfikir memang menggunakan akal. Tetapi > kita perlukan iman untuk memandu akal kita. Kegagalan kita untuk memandu > akal kita menggunakan iman boleh membahayakan aqidah kita sebagai muslim. > Dan imanlah yang membezakan muslim dengan kafir. Orang kafir juga boleh > berfikir malah mungkin lebih pandai dari kita tetapi tanpa iman, pemikiran > mereka nyata sia². > > Terpulanglah untuk kita berfikir dengan tahap pemikiran yang sama seperti > orang kafir atau mahu berfikir sebagaimana selayaknya seorang muslim > berfikir. Saya tidak mengatakan saya baik. Ada masanya saya juga > menangguhkan solat untuk hal yang remeh. Tetapi saya tidak pula meletakkan > kepentingan solat di awal waktu itu di bawah tugas² harian. Walaupun akal > saya berkata begitu, namun Alhamdulillah iman saya mengingatkan bahawa > tidak yang lebih utama selain suruhan Allah swt. > > Akal adalah kurniaan yang paling istimewa untuk manusia. Sia²lah sesiapa > yang tidak menggunakan akalnya dengan optimum. Namun penggunaan akal, > selain boleh memudahkan kita, mungkin boleh menyesatkan kita. Akal mungkin > boleh membahagiakan kita di dunia tetapi akal yang dipandu oleh iman, > insyaAllah menjaga kita dari dunia sampai akhirat..... > > Sekian buat kali. Segala yang baik datang dari Allah dan yang tidak baik > adalah akibat kejahilan saya sendiri. > > Wabillahitaufiq walhidayah. > > Wassalamualaikum warahmatullah… > > -Abu Naqibah- > > Komen dan kritikan membina dialu2kan. Email saya di [EMAIL PROTECTED] > atau lawati http://abunaqibah.blogspot.com/ > > Artikel Lain di Diari Abu Naqibah > > Cemburu > Bukanlah salah mempunyai sifat cemburu. Seperti cemburu seorang isteri > terhadap suaminya atau sebaliknya, misalnya. Ini adalah sifat yang normal, > sifat yang natural dan sifat yang menunjukkan perasaan cinta dan sayang > oleh seseorang terhadap pasangannya. Tetapi yang menjadi masalah ialah > cemburu yang tidak berpucuk pangkal atau cemburu buta. Lebih masalah adalah > cara bagaimana seseorang itu melayan perasaan cemburunya. > > April Fool > Selamat menyambut hari April Fool. Agaknya, mungkin ramai yang terkejut dan > tidak kurang juga yang marah² jika terbaca ayat pertama saya ini. Iyalah. > Setelah berjela² penerangan diberikan, saya masih hendak menyambut hari > 'Kebodohan April' ini pula? Hm... Sahlah saya ini bodoh kalau saya berbuat > begitu, bukan? Kerana dikatakan sambutan April Fool berkaitan dengan > sejarah Islam di bumi Sepanyol. > > Kejayaan Di Dalam Sebuah Kegagalan > Berjaya? Apakah yang kita katakan sebagai berjaya? Pada manakah kita > letakkan skala kejayaan kita? Pada harta benda yang kita miliki? Atau pada > pangkat dan kedudukan yang kita ada? Atau pada gaji atau pendapatan yang > kita perolehi setiap bulan? Apakah orang² kaya itu berjaya manakala ulama > yang zuhud itu gagal? Atau adakah seorang jurutera itu dikira sebagai > berjaya manakala tukang sapu pula seorang yang gagal? > > > -------------------------------------------------------------------------- > > All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise. > > If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest". > > ------------------------------------------- > > Recommended sites: > Radio Kuliyyah: http://www.kuliyyah.com > Yahoo! Groups Links > > > > > DISCLAIMER: The information in this email is confidential. The contents may not be disclosed or used by anyone other than the addressee. If you are not intended recipient(s), any use, disclosure, copying, distribution or any action taken or omitted to be taken in reliance on it is prohibited and may be unlawful. If you have received this communication in error please notify us by email at [EMAIL PROTECTED] and then delete the email and all attachments and any copies thereof. PECD Berhad (its subsidiaries and associates) cannot accept responsibility for the accuracy or completeness of this email as it has been transmitted over a public network. Any views expressed by an individual in this email do not necessarily reflect views of PECD Berhad (its subsidiaries and associates). -------------------------------------------------------------------------- All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise. If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest". -------------------------------------------------------------------------- Recommended sites: Angkatan Belia Islam Malaysia : http://www.abim.org.my Jamaah Islah Malaysia : http://www.jim.org.my Radio Islam Kuliyyah : http://www.kuliyyah.com Palestinkini Info : http://www.palestinkini.info Partai Keadilan Sejahtera : http://pk-sejahtera.org The Muslim Brotherhood : http://ikhwanweb.com Yahoo! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/ <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [EMAIL PROTECTED] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/
