A'kum
sekadar memberi pendapat. harap tiada yang terasa. maaf dipinta :)

marilah kita menilai diri sendiri. adakah kita sudah cukup baik dan
berusaha utk memperbaiki diri? tegur pemimpin tak salah. setiap org
adalah pemimpin. bagaimana dengan gaya pimpinan kita sendiri? rasanya,
elok kita nilai diri sendiri & buat perubahan. kemudian nilai keluarga
kita, kawan2 dan anggota masyarakat. dekati & galak perubahan secara
perlahan tetapi penuh hikmah. InsyaAllah, berkat kesabaran akan berjaya. 

tentang demo. perlu kah kita demo? budaya kita? ada banyak cara untuk
meluahkan perasaan. salah satu mungkin dengan demo. tapi bila dah
ramai, panas, terlebih semangat, kekadang sukar dikawal. risaukan yang
tak berkenaan ambil kesempatan. yang dapat nama? mungkin NGO, parti
politik atau mungkin SB :)

dari:
rakyat yg makan gaji aje


--- In [email protected], Amir Hamzah wrote:
>
> Assalamu'alaikum.
>    
>   Mari kita kaji sedikit kata kata awak; reply saya dalam bold dan
italics.
> 
> To:Ikhwanul Muslimun <[email protected]>
> From:suria perkasa hitam
> Subject: RE: Bismillah [hidayahnet] Kami bukan penderhaka
>    
>   korang buat demo pun , minyak ttap tak akan turun..kenapa mesti
demo, sedar tak korang ini adalah ujian Allah.. kenapa korang tak
mampu nak hadapi.. Sememangnya kami sedar bahawa ini dan segala yang
berlaku dalam kehidupan di dunia ini adalah ujian dari Allah s.w.t.
Tapi bagi setiap penyakit yang menimpa, Allah ada menyatakan bahawa
terdapat ubatnya.
>    
>   kenapa mesti nk bantah, bantah, bantah,
>   kenapa mesti tak gandakan usaha, cari duit lebih..
>   asyik nak tunggu orang bagi je,..
>   kalo MELAYU asyik mcm ni, sampai bila2 pon tak maju..
>   percaya la. Bukan semua manusia dijadikan dalam keadaan yang sama.
Kerana perbedaan inilah maka ada hamba Allah yang tidak berupaya untuk
mencari rezeki yang lebih; ada yang kurang upaya, ada yang sudahpun
bekerja 2 pekerjaan (bermakna bekerja lebih dari 12 jam sehari), ada
yang terpaksa luangkan masa lebih untuk keluarga. Di sini sahaja
nampak ketidakmatangan awak dalam isu isu kehidupan manusia.
>    
>   Awak juga meminta semua orang cari rezeki lebih, memang bagus
saranan itu. Namun jika ada yang terpaksa bekerja berlebihan masa
semata kerana bebanan hidup, bila masa pula mereka nak tunaikan
ibadat? Mesti diingat, bahawa ibadat itu bukan merupakan solat sahaja.
>    
>   Dan awak menyatakan orang melayu asyik menunggu orang bagi sahaja;
bagi apa? Sedarkah awak hasil bumi yang ada adalah hakmilik rakyat.
Pemerintah dilantik oleh rakyat dan DIAMANAHKAN untuk mengurus negara
dengan sebaiknya. Jadi, terutama dalam isu ini, rakyat tidak meminta
selain dari yang hak pada dirinya. 
>    
>   aku seorang pelajar di salah sebuah kolej kerajaan di Kuantan,
>   aku bekerja part time di sebuah kafe cyber dgn gaji Rm200 sebulan, 
>   dan aku membuat perniagaan direct selling secara part time..
>   aku redha dgn kenaikan minyak..
>   kerana itu adalah tanda kita perlu beruasaha lebih lagi, keran
negara kita tdk mampu lagi untuk memberi subsidi..
>   negara jiran lain lagi mahal harga minyak nya....Awak seorang
pelajar, namun masih belum jadi terpelajar! Ini juga berkemungkinan
besar bererti awak masih bujang. Wahai pelajar yang belum terplejara,
realiti kehidupan antara alam belajar dan alam lepas belajar amat
berbeda sekali. InsyAllah, bila tiba masanya kematangan akan masuk
dalam diri awak dan awak akan kesal kata kata awak sekarang. Buat masa
ini, jelas sungguh awak masih mempunyai keangkuhan diri.
>    
>   Mengenai berusaha lebih - selain dari komen saya di atas - perlu
diingat, seandainya semua manusia menjadi peniaga, siapa yang nak
memberli? Seandainya semua manusia mencukupi, kepada siapa kita nak
menderma? Seandainya semua manusia pandai melalui pelajaran, siapa
yang akan pandai melalui sikuliku kehidupan (pengalaman). Dan setelah
pandai kesemuanya, maka bergaduh pula sesama sendiri kerana semua
hendak menjadi boss. Kemana kesudahannya? 
>    
>   Dikaji mendalam, umat Islam kesemuanya sememangnya akan menjadi
kaya sehingga tercari cari kepada siapakah dapat mereka menghulurkan
zakat dan fitrah. Tapi perkara itu akan berlaku hanya apabila hukum
hukum Allah ditegakkan di seluruh dunia. 
>    
>   kepada penulis dan orng MELAYU yang lain, jgn asik nak bantah,
bantah, bantah..gandakan usaha...
>   Allah tak akan beri ujian yang berat , jika hambanya tidak mampu
untuk menanggung..Memang benar bagi setiap kesusahan yang ditimpa
seorang muslim itu maka dikurangkan dosanya dan ditambah pahalanya.
Tapi perlu diingat, kita juga diberi kudrat untuk mencari jalan
mengatasi mudharat itu. Seandainya kita tidak melakukan itu, maka itu
bermakna kita telah berputus asa.
>    
>   Wahai pelajar, setelah menulis ini, tergerak di hati saya bahawa
awak ini bukan seorang pelajar atau orang terpelajar. Berkemungkinan
besar awak ini seorang SB atau kuncu kuncu pemerintah yang ditugaskan
untuk menegakkan benang yang basah. Jika ini benar, maka awaklah di
antara mereka yang telah mengkhianati agama, bangsa dan negara.
>    
>   Jika bacaan gerak hati saya tersilap, maka nyatalah awak ini
memang bukan orang terpelajar. Maka, belajarlah erti kehidupan. Isikan
hatimu dengan perasaan ehsan bagi mereka yang tidak senasib dengan
dirimu. 
>    
>    
>   [EMAIL PROTECTED] wrote:
>    
>   Asslammu'alaikum,
>    
>   Kalau kita nonton sekali imbas jumlah penonton yang hadir
dikonsert-konsert percuma anjuran KERAjaan dan swasta, begitu ramai
sampai puluhan ribu dan kebanyakan mereka adalah dari golongan Melayu
yang boleh dikatakan 100% muslim. Semuanya ralit and khayal mengikut
alunan musik oleh idola-idola mereka. Kalau bab hiburan, tambahan lagi
kalau percuma……kalangan mereka ni sanggup datang dari segala pelusok
rantau, ada yang sanggup bermalam dibawah embun, dikaki lima,
dibangku-bangku awam atau pun tak tidur  pasal asyik berdengung
memanjang baik dengan dadah maupun arak. Semuanya ni amat
memudaratkan, lebih lagi anak-anak muda.  Dikepala mereka ni tak ada
apa nak difikirkan, baik masa depan maupun masa kini, asyik -asyik
hiburan, keseronokan dan khayalan.  Rosak…rosak! Ini lah harapan
KERAjaan yang mau rakyatnya rasa seronok saja sampai bila berdepan
dengan masalah-masalah nasional pun, rakyat jenis ni tak perduli
langsung. Sogokan beginilah yang selalunya menimpa rakyat yang
>  bernama MELAYU tapi masih belum sedar dan ramai juga yang masih
tidak mahu sedar betapa mereka diperbodohkan KERAjaan sampai tahi
terpalit dibatang hidung pun masih boleh memberi senyuman yang menawan.
>    
>   Alangkah eloknya jika mereka ni adalah sebahagian dari
peserta-peserta demonstrasi membantah kenaikan minyak yang saban
minggu diadakan di merata tempat dinegara ini. Malu saya melihat
sokongan demonstrasi yang diberi oleh rakyat-rakyat negara asing
kepada penganjur demonstrasi dinegara mereka kalau dibandingkan dengan
sokongan yang kita dapat dari rakyat kita. Oleh sebab itu agaknya,
berita TV arus perdana tak siarkan keadaan demonstrasi disini, mereka
cuma tunjukkan betapa hebatnya demonstrasi dari luar negara. Mereka
malu sokongan yang diberi rakyat Malaysia atau pun mereka mahu
menunjuk bahawa disini rakyatnya baik-baik, toleransi, taat setia dan
berdisiplin bukan macam rakyat Korea, Thailand, Perancis dll. Di
Malaysia, negaranya aman, makmur dan harmoni dan tiada demonstrasi.
>    
>   Hairan, hairan….KERAjaan Barisan Nasional yang bersandarkan Islam
Hadhari! 
>    
>   "MASA UNTUK PERUBAHAN!"
>    
>   - ALEXJAL ZABRIENSKI.
>    
>   From: [email protected]
[mailto:[EMAIL PROTECTED] On Behalf Of syed dahij
> Sent: Monday, April 03, 2006 6:55 PM
> To: Ikhwanul Muslimun
> Subject: Bismillah [hidayahnet] Kami bukan penderhaka
> 
>               
> ---------------------------------
> To help you stay safe and secure online, we've developed the all new
Yahoo! Security Centre.
>








------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Join modern day disciples reach the disfigured and poor with hope and healing
http://us.click.yahoo.com/lMct6A/Vp3LAA/i1hLAA/TXWolB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in 
any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved 
otherwise. 

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily 
digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your 
mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the 
title "change to daily digest". 

--------------------------------------------------------------------------

Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia  : http://www.abim.org.my
Jamaah Islah Malaysia          : http://www.jim.org.my
Radio Islam Kuliyyah           : http://www.kuliyyah.com
Palestinkini Info              : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera      : http://pk-sejahtera.org
The Muslim Brotherhood         : http://ikhwanweb.com 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 


Kirim email ke