Assalamu'alaikum.
 
Inilah yang dimaksudkan sebagai 'repackaging'; apabila produk atau khidmat yang ditawarkan tidak mendapat sambutan atau gagal, maka disaluti produk atau khidmat itu dalam bungkusan yang baru dan lebih mahal untuk menarik pembeli.
 
Hai pemerintah, kenapalah segala yang disentuh oleh mu sentiasa gagal? Namakan projek projek mu yang benar berjaya. Oh, ada satu! Papan tanda yang menyatakan "Satu lagi projek Barisan Nasional'. Itu sahaja.


From: Raja Petra Kamarudin <[EMAIL PROTECTED]>
Subject: [MSC gagal, kini dipanggil MSC Malaysia


Malaysia Today
http://www.malaysia-today.net/index.html


Malaysia Today

Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menamakan semula Multimedia Super Corridor (MSC) yang berusia 10 tahun itu sebagai Multimedia Super Corridor of Malaysia (MSC Malaysia) dalam usaha menghidupkan semula dan memberdayakannya sebagai inisiatif nasional, kemudian dibawa ke peringkat global.

Langkah menamakan semula tersebut tidak dapat menutup hakikat bahawa Malaysia sudah ketinggalan dalam pembangunan Information and Communications Technology (ICT) dalam 10 tahun yang lalu, sehingga negara menjadi pengikut dan bukan peneraju dan saingan dengan Korea Selatan.

Pada Forum Perniagaan ICT Nasional di Pulau Pinang minggu lepas, Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi, Datuk Seri Lim Keng Yaik mengeluh atas kegagalan Malaysia membangunkan industri ICT setelah kerajaan melancarkan MSC dan Agenda ICT Nasional pada pertengahan 1990-an dan mendakwa Malaysia akan menjadi ekonomi berdasarkan ilmu pada tahun 2000.

Keng Yaik telah mengakui: "Kita tidak perlu berbohong pada diri sendiri. Kita semua tahu yang kita masih jauh daripada sasaran yang hendak dicapai. Negara-negara lain, seperti Korea Selatan telah mula pada waktu yang sama seperti kita tetapi kita masih bergelut untuk melakukannya dengan betul.”

Di Korea Selatan, sasaran ICT terakhir ialah untuk meletakkan sebuah robot dalam setiap rumah dalam tempoh 2015-2020, dengan ketua Kementerian Maklumat dan Komunikasi Korea Selatan, projek perkhidmatan inteligensia mensasarkan sebuah robot dalam setiap rumah pada tahun 2010.

Amat mengecewakan dan memalukan dengan Korea Selatan bercakap mengenai “satu keluarga, satu robot” sementara Malaysia masih bergelut dengan “satu keluarga, satu komputer”, sedekad selepas kedua-dua negara memulakan pembangunan ICT pada masa yang sama.

Keng Yaik secara terbuka telah mengakui kegagalan Malaysia dan mengesahkan peranan peneraju kepada Korea Selatan apabila beliau mengatakan tahun lepas, negara akan mengambil Korea Selatan sebagai model untuk pembangunan ICT masa depan.

Ketua Pembangkang Lim Kit Siang, menggesa kerajaan daripada memberikan pujian dan publisiti mengenai 10 tahun MSC, adalah lebih produktif bagi kerajaan membentangkan Kertas Putih dalam Parlimen menjelaskan mengapa Malaysia telah ketinggalan ke belakang dalam pembangunan ICT dalam 10 tahun lepas, dan kini menjadi pengikut yang sepatutnya menjadi peneraju dan pesaing dengan Korea Selatan. Kertas Putih tersebut juga perlu membentangkan rancangan untuk mengejar ketinggalan ke belakang yang serius dalam sedekad lalu.

--
Posted by Raja Petra Kamarudin to MT-Berita at 4/10/2006 07:06:00 PM


Win a BlackBerry device from O2 with Yahoo!. Enter now.


--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".

--------------------------------------------------------------------------

Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia  : http://www.abim.org.my
Jamaah Islah Malaysia          : http://www.jim.org.my
Radio Islam Kuliyyah           : http://www.kuliyyah.com
Palestinkini Info              : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera      : http://pk-sejahtera.org
The Muslim Brotherhood         : http://ikhwanweb.com




SPONSORED LINKS
Divine inspiration Islam


YAHOO! GROUPS LINKS




Kirim email ke