Saya pun pernah terkena... tgh beli barang kat 7-eleven di putrajaya.. tiba2
saya disapa oleh seorang kanak-kanak wanita dan menyatakan menjual barangan
minyak panas untuk dana anak2 yatim.. bila saya belek2 rupanya diedar oleh
al-mansur holding... holding ?? bukan ker 'holding' tu adalah syarikat yang
besar... dan saya terfikir pulak kenapalah syarikat yang besar seperti ini
sanggup mempergunakan anak2 yatim untuk kepentingan mereka sendiri. Memang
niat mereka suci dan betul tetapi mengapa perlu mempergunakan anak2 yatim
untuk melariskan product mereka. Kesian ni lah mereka, mereka masih kanak2
lagi.. saya melihat kanak2 tersebut kelihatan begitu letih dan simpati.
Mungkin letih seharian menjual barangan tersebut.

http://www.surau.ladang.net/modules.php?name=News&file=article&sid=214



-----Original Message-----
From: [email protected] [mailto:[EMAIL PROTECTED] On
Behalf Of redzuan_afendi
Sent: Monday, April 10, 2006 10:40 PM
To: Ikhwanul Muslimun
Subject: Bismillah [hidayahnet] Kenapa anak yatim disuruh jual kismis?

     
Thu | Mar 30, 06 | 05:59:54 PM 
Oleh Muhammad Azamin  SEDANG saya menjamu selera tengah hari baru-
baru ini saya didekati seorang kanak-kanak. Andai saya, melihat pada 
susuk tubuhnya, dia berusia sembilan tahun - darjah tiga. Dengan 
wajah keletihan dan badan lenjun peluh, si kecil menyua kotak kismis 
berharga RM1.00 sambil bersuara "...derma untuk anak yatim, Encik."

Terbit simpati lantas menderma semampu saya. Sempat saya menyoalnya 
walaupun nampak si kecil ini keberatan, terketar-terketar dan malu-
malu alah menjawabnya.

"Ustaz hantar ke sini dan petang nanti ustaz datang jemput," katanya 
mengakhiri perbualan.
 
Saya sebenarnya kabur dan keliru kerana selama beberapa kali 
dihampiri oleh anak-anak ini, belum sampai ke pengetahuan saya 
apakah objektif, tujuan dana ini dikutip dan mengapa pula mereka 
pula ditugaskan meminta derma?
 
Mungkin saya tersalah raba, namun barangkali tujuan derma itu adalah 
untuk menambah dan menampung hal ehwal kewangan yang ditampung oleh 
sekolah anak-anak yatim terbabit. Selain untuk melatih supaya kanak-
kanak ini belajar untuk berdikari di samping memberi imbuhan seperti 
upah kepada mereka untuk sara hidup?
 
Walau apapun tujuannya, sesuaikah mereka dibebani tugas dan 
tanggungjawab yang layaknya digalas oleh orang dewasa - orang tua?

Bukankah kerja menjaga, melindungi dan membantu hatta mencari wang 
keperluan mereka adalah urusan penjaga, mudir, pengetua, cikgu, 
ustaz dan sesiapa yang mempunyai kuasa.
 
Anak-anak yatim adalah anugerah Allah dan mereka diberi keistimewaan 
tempatnya atas posisi mereka yang tiada ibu ayah sebagai tempat 
bergantung. Amanah ini wajarnya dipikul bersama dan bukannya 
diagihkan pula kepada anak-anak yatim itu sendiri.
 
Masa yang diluangkan untuk meminta derma sewajarnya digunakan untuk 
belajar, beriadah, bersukan dan bermain sesuai dengan jiwa dan usia 
mereka. 

Tetapi lihatlah betapa ramai anak-anak yatim yang bertebaran diceruk 
ibu kota menjinjing tisu, kalendar, buku, kismis dan aneka peralatan 
atas nama pengorbanan, berdikari dan ujian Ilahi.
 
Tenunglah mata mereka. Rautnya memancar kelesuan dan keletihan. 

Sudahlah malamnya tiada alunan dan usapan manja ibu ayah,  siangnya 
pula dibiarkan sendiri keseorangan ke hulu ke hilir meminta simpati.
 
Soalan mudah. Adakah mereka yang menghantar atau memberi tugas 
kepada anak-anak yatim sanggup melakukan perkara yang sama kepada 
anak sendiri?

Apabila anak sendiri pulang membawa kad hijau bertajuk `walkathon - 
jogathon' atas nama derma sekolah, kita secara spontan menjuih bibir 
dan merengus. Keluhan kita bukan kerana wang yang diminta tetapi 
kecewa kerana anak sendiri dipaksa berjalan mengutip dana dari rumah 
ke rumah atau orang perseorangan.
 
Tiada terfikirkah akan keselamatan mereka sewaktu mereka `bertugas'? 

Kalau syarikat swasta dan jabatan kerjaaan, kakitangannya mempunyai 
insurans dan perlindungan. Terjadi sesuatu melaksanakan kerja, maka 
ada jaminan mereka.
 
Bagaimana pula kalau si kecil ini disamun hasil kutipan mereka, 
dibelasah atau `dipau' oleh orang yang tidak bertanggunjawab? 

Saya pernah melihat seorang anak yatim yang berlegar keseorangan di 
kawasan meletak kereta pusat beli belah. Sudahlah kawasannya gelap, 
sunyi pula. Tempat sebegitu rupa mengundang bahaya.

Sambil berlalu saya sempat melihat kelibatnya yang menongkat dagu 
termenung sendirian. Barangkali tidak sabar menanti ketibaan penjaga 
yang menjemput.
 
Kalaulah begini rutin hidup mereka, amatlah malang sekali. Sudah 
jatuh ditimpa tangga pula.
 
Maka barangkali kita menyerah bulat-bulat kepada Allah untuk 
menjaganya. Jangan atas kelemahan diri, sesenang hati kita 
bersuara `...apa yang terjadi adalah ujian Allah dan sabarlah 
menghadapi...'
 
Menjadi tanggungjawab masyarakat dan badan berkuasa mengatasi 
kepiluan dan kepayahan anak-anak yatim ini untuk meneruskan kehidupa 
mereka.

Seperkara lagi, janganlah kita memalukan imej Islam dengan 
membiarkan anak-anak Islam ini berkeliaran meminta-minta. Pernah 
lihatkah kita anak-anak kecil bukan Islam melakukan hal yang sama?
 
`Anak udang, udang juga, tak sama anak tenggiri.
 Anak orang, orang juga, tak sama anak sendiri.'
 
Janganlah kerana anak-anak yatim ini adalah anak orang, kita 
Janganlah kerana anak yatim ini anak orang, kita perlakukan sesuka 
hati tetapi jika anak sendiri kita tak sampai hati...

Saya pulangkan kembali kepada sesiapa yang mahu mematahkan hujah 
ini.- lanh
 









--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in
any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or
approved otherwise. 

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a
daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change
your mail delivery settings or email the moderators at
[EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest". 

--------------------------------------------------------------------------

Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia  : http://www.abim.org.my
Jamaah Islah Malaysia          : http://www.jim.org.my
Radio Islam Kuliyyah           : http://www.kuliyyah.com
Palestinkini Info              : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera      : http://pk-sejahtera.org
The Muslim Brotherhood         : http://ikhwanweb.com 
Yahoo! Groups Links



 







------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Join modern day disciples reach the disfigured and poor with hope and healing
http://us.click.yahoo.com/lMct6A/Vp3LAA/i1hLAA/TXWolB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in 
any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved 
otherwise. 

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily 
digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your 
mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the 
title "change to daily digest". 

--------------------------------------------------------------------------

Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia  : http://www.abim.org.my
Jamaah Islah Malaysia          : http://www.jim.org.my
Radio Islam Kuliyyah           : http://www.kuliyyah.com
Palestinkini Info              : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera      : http://pk-sejahtera.org
Fiqh Siber                     : http://al-ahkam.net/
The Muslim Brotherhood         : http://ikhwanweb.com 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 


Kirim email ke