Title: Perkongsian Ilmu-Kecintaan Allah atau harta berjuta

Assalamualaikum,

Segala puji bagi Allah Tuhan sekelian alam serta selawat dan salam keatas junjungan besar Nabi Muhammad shallallah alaihi wasallam dan para sahabat serta keluar baginda.

Pernahkah terlintas di hati kita untuk mempunyai sifat seindah Saidatina Fatimah radiallahu anha? Sungguh Indah kalau kita mempunyai sifat semulia beliau. Hayatilah kisah ini dan jadikanlah ia sebagai panduan untuk mendapatkan Cinta Agung Allah Subhanahu wa ta'ala.

Kita sedia maklum dalam 4 Sahabat Rasulullah shallallahualaihi wasallam Saidina Ali radiallahuanhu merupakan seorang yang miskin lagi dhaif. Apabila beliau menikahi Saidatina Fatimah radiallahuanha mas kahwinnya hanyalah sepasang baju besi yang tiada nilainya melainkan untuk di gunakan oleh Ali bin Abi Talib radiallahuanhu di masa peperangan. Kehidupan Ummirul mu'minin Fatimah radiallahuanha amatlah perit di mana beliau terpaksa berjalan kaki sejauh 2 batu untuk mengambil air, balik rumah kena mengisar gandum lagi untuk di buat roti dan tidak lupa juga menjaga anak dan mengmas rumah serta menjadi tempat para wanita2 di zamannya bertanya dan merujuk perihal ugama Islam dan urusan kewanitaan. Suatu hari ummirul mu'minin berjumpa Rasulullah shallallahualaihi wasallam dan meminta seorang hamba untuk membantunya di rumah. Bila berulangkali meminta maka Rasulullah sallallahualaihi wasallam memohon pada Allah subhanahu wa ta'ala tukarkan Gunung Uhud menjadi segunung Emas. Baginda kata kepada putrinya jika ini yang kamu mahukan maka kamu akan nikmati kesenangan di dunia tetapi tidak mendapat keredhoan Allah subhanahu wa ta'ala di dunia dan di akhirat. Mendengarkan itu Ummirul mu'minin terus menangis dan memberitahu Rasulullah shallallahualaihi wassallam beliau lebih rela susah di dunia asalkan beliau mendapat keredhoan Allah, kecintaan Allah dan kasih Allah di dunia dan di akhirat. MasyaAllah, Subhanallah besarnya dan mulianya hati puteri Rasulullah shallallahu alaihi wasallam ini segunung emas yang kalau di hitung akan senang hidup sehingga ke anak cucu cicit untuk beratus tahun lamanya tetapi di tolak oleh ummirul mu'minin. Pulanglah Fatimah radiallahuanha meneruskan hari-hari hidupnya dengan berbakti pada Allah tanpa sedikitpun rasa keluhan kepenatan atau inginkan bantuan suami mahupun pembantu atau hamba kerana memahami tugas suami yang berdakwah di jalan Allah. Pulanglah Fatimah radiallahuanha dengan bekalan yang Ayahanda beri untuk menghilangkan rasa letih dan kepenatan iaitu zikir "Subhanallah walhamdulillah wala ilahaillallah, Allahu Akbar" dan menjadi amalan seluruh kaum muslimah di waktu itu dan di zaman2 berikutnya kepada yang mahu mengikutinya kerana ianya adalah sebaik2 amalan. insyaAllah. Tetapi bila kita bayangkan kehidupan kita sekarang, mampukah kita miliki hati semulia Fatimah radiallahuanha bila mana sang suami pulang kerja duduk membaca surat khabar atau menonton tv(on top of this suami kena juga bertimbangrasa) kita yang menguruskan rumahtangga selepas penat bekerja juga akan merungut dan mengata mencaci di dalam hati atau membebel2, marah dan melahirkan kata2 yang menyinggung hati suami kerana suami tidak membantu. Sedangkan yang sepatutnya yang di lakukan ialah buatlah kerja kita dengan hati yang tenang dan bersyukur ke hadrat Allah kerana masih di berikan peluang menyediakan hidangan untuk suami dan anak2 makan, mengemas rumah agar dapat suami dan anak2 tinggal dengan penuh keselesaan kerana Allah Subhanahu wa Ta'ala. Bersyukur pada Allah sesungguhnya suami masih sudi pulang ke rumah daripada duduk melepak di luar bersama kawan. Dan kita juga akan membebel2 dan membentak2 di dalam hati andainya di hujung minggu suami tidak membantu kerja2 rumah atau bermain dengan anak2 sebaliknya leka menonton rancangan kegemaran yang di tayangkan di tv seminggu sekali dan sekali itulah suami mengadap tv kerana minatnya(kalau ianya tidak bertentangan dengan syariat Allah) sedangkan kita tahu perbuatan kita itu tidak melayakkan kita mendapat keredhoan suami dan kecintaan Allah. Nau'uzubillah. Marilah kita sama2 berjuang untuk mendapatkan tempat di sisi Allah dengan sekurang-kurangnya mencontohi peribadi puteri Rasulullah shallallahualaihi wasallam. Lakukanlah tugas rumahtangga kita kerana Allah. Kerana inginkan rahmat Allah kerana sesungguhnya dengan niat melakukan segalanya kerana Allah akan hilanglah rasa sakit hati kita terhadap suami dan secara tak langsung sebenarnya mampu mendatangkan rasa kasih suami kepada kita kerana apabila kita dekat dengan Allah kita akan menjadi seorang Isteri yang berlemahlembut dan penyayang sebagaimana peribadi Fatimah radiallahuanha.

Yang baik itu adalah dari Allah belaka dan kekurangan itu tidak lain dari kekurangan diri saya sendiri.

Jazak Allahu khair.


Ms. Siti Khatijah Mohammed Hassan

Roche Diagnostics (M) Sdn Bhd
Finance Department
3A Jalan 13/1
46200 Petaling Jaya
Selangor
Malaysia
Phone: +603 7955 5039
Fax: +603 7955 5611
mailto:[EMAIL PROTECTED]
website:  www.roche.com
Confidentiality Note: This message is intended only for the use of the named
recipient(s) and may contain confidential and/or proprietary information. If you are
not the intended recipient, please contact the sender and delete this message.
Any unauthorized use of the information contained in this message is prohibited.




--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".

--------------------------------------------------------------------------

Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia  : http://www.abim.org.my
Jamaah Islah Malaysia          : http://www.jim.org.my
Radio Islam Kuliyyah           : http://www.kuliyyah.com
Palestinkini Info              : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera      : http://pk-sejahtera.org
Fiqh Siber                     : http://al-ahkam.net/
The Muslim Brotherhood         : http://ikhwanweb.com




YAHOO! GROUPS LINKS




Kirim email ke