Asal Usul HAMAS (Part 2)
Posted on Thursday, April 13 @ 10:03:54 MYT by admin

Analisis gunxx writes " Oleh : Maszlee Malik
Kemunculan Fatah sebenarnya merupakan usaha Khalil al-Wazir bersama rakan-rakannya di dalam IM yang lain. Ketika mereka mengusulkan penubuhan Fatah demi menjadi pelindung kepada IM daripada menerima nasib seperti IM di Mesir, pimpinan IM di Gaza tidak mengambilnya dengan seirus.

Kesannya, Khalil bersama-sama dengan rakan-rakannya seperti Salim Za'nun, Salah Khalaf, As'ad al-Saftawi, Kamal 'Udwan, Abu Yusuf Najjar, Ghaleb Wazir dan lain-lain telah meneruskan perancangan mereka. Mereka bersikap lebih agresif lagi apabila mereka merekrut ahli-ahli IM yang lain untuk menyertai Fatah. Keadaan ini pada awalnya terkawal, tetapi akhirnya mendapat perhatian para pimpinan IM Gaza apabila melihat semakin ramai anggota IM telah menyertai Fatah.

Fatah yang bergantung kepada sokongan negara-negara Arab lain semakin hari semakin jauh daripada IM dan juga corak perjuangan IM. Menurut Fatah, pendekatan IM sudah lapuk dan memerlukan refomasi untuk memastikan perjuangan kemerdekaan Palestin lebih disertai oleh ramai orang. Akhirnya, pada tahun 1960, IM mula menyatakan pendirian mereka terhadap Fatah. Mereka mengisyhtiharkan penentangan mereka terhadap perjuangan Fatah. Tindakan IM ini merupakan perpecahan buat pertama kalinya di antara para pejuang Palestin.
IM di Gaza pula lebih menumpukan aktivisme mereka kepada usaha merekrut ahli-ahli yang baru untuk generasi yang lebih mantap di masa hadapan untuk membebaskan Palestin.

Natijah daripada penolakan tersebut, IM menjadi semakin terpinggir dan Fath menjadi semakin popular. IM telah mengambil langkah kembali menyusun generasi mendatang yang akan bertanggung jawab memerdekakan Palestin dan berundur buat seketika dari lapangan politik dan penentangan bersenjata. Dari tahun 1957, semenjak Khalil al-Wazir mengemukan cadangnya untuk menubuhkan Fatah, sehinggalah tahun 1987, IM telah menyepikan diri daripada lapangan jihad dan politik. Pada tahun 1968-70, anggota IM yang ingin menyertai perjuangan bersenjata akan menggunakan platform Fatah. Situasi ini dapat dilihat pada jihad "Muaskar Syuyukh" (di bawah bendera Fatah) menentang rejim Zionis yang dilancarkan oleh para anggota IM pada tahun-tahun tersebut. Mereka digelar sebagai "Syuyukh" adalah kerana imej Islamik yang mereka bawa.

Tahun-tahun 70'an pula menyaksikan bagaimana kedua-dua buah pertubuhan (IM dan Fatah) menjadi semakin berbeza. Fatah menjadi sebuah... (WWW.PALESTINKINI.INFO



--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".

--------------------------------------------------------------------------

Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia  : http://www.abim.org.my
Jamaah Islah Malaysia          : http://www.jim.org.my
Radio Islam Kuliyyah           : http://www.kuliyyah.com
Palestinkini Info              : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera      : http://pk-sejahtera.org
Fiqh Siber                     : http://al-ahkam.net/
The Muslim Brotherhood         : http://ikhwanweb.com




YAHOO! GROUPS LINKS




Kirim email ke