ISA : GMI tidak tolak kemungkinan adakan himpunan besar-besaran PDF Cetak
Fri | Apr 14, 06 | 01:38:31 PM
Oleh Wan Nordin Wan Yaacob
KUALA LUMPUR, 14 April (Hrkh) - Mutakhir ini kempen gerakan anti Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dilihat tidakl sehebat seperti lima tahun lalu ketika aktivis reformasi di tahan di bawah akta yang kejam itu. Ianya perlu kepada satu gerakan baru dalam memobilisasi rakyat supaya sedar akan kewujudan akta 'draconian' itu yang boleh dalam keadaan manapun mengugat kebebasan rakyat tidak kira siapa.
 
Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) yang diilhamkan ketika era penentangan ISA sekitar tahun 2001 hari ini tidak menolak kemungkinan akan memobilisasi rakyat dan pejuang anti ISA mengadakan semula himpunan besar-besaran seperti lima tahun lalu.
 
Pengerusia GMI, Syed Ibrahim Syed Noh berkata, pihaknya tidak menolak kemungkinan akan mengadakan himpunan itu tetapi sedang memikirkan keperluan masa dan senario masa kini, katanya.  Beliau berkata demikian ketika mengadakan sidang media GMI pagi tadi di Dewan Perhimpunan Cina Selangor sempena mengingati hari penahanan sepuluh aktivis reformasi di bawah ISA lima tahun lalu.
 
Antara yang hadir ialah, bekas tahanan ISA, Saari Sungip, Hishamuddin Rais, Ezam Mohd Noor, Ghani Haroon, Gobala Krisnan dan Badaruddin Ismail.
 
Sementara itu bekas tahanan ISA yang kini vokal menulis artikel berhubung kezaliman ISA turut tidak menolak kemungkinan mengadakan himpunan jalanan itu.  Bagaimanapun beliau masih menunggu mana-mana pihak termasuk pemimpin parti politik untuk mencadangkannya supaya menjadi agenda perjuangan, katanya.
 
Lima tahun lalu sepuluh aktivis rakyat ini ditahan atas dakwaan mengancam keselamatan negara dengan kaedah keganasan dan memiliki 'molotof koktail'. Semua aktivis ini ialah individu yang vokal menentang kerajaan pimpinan Tun Dr Mahathir Mohammad ketika itu yang bertindak memecat Dato' Seri Anwar Ibrahim dari jawatan Timbalan Perdana Menteri.
 
Dalam keadaan politik kerajaan yang tidak menentu dan suasana penentangan rakyat ke atasa kezaliman yang dilakukan, kerajaan akhirnya menggunakan ISA ke atas sepuluh tahanan ini untuk tujuan politik mereka.
 
Bagaimanapun dua dari mereka iaitu Ghani dan Gobala telah dibebaskan dengan Mahkamah Persekutuan yang ketika itu melalui hakim, Dato' Hishamuddin Yunus mengisytiharkan penahanan mereka 'mala fide' atau berniat jahat.  Keputusan itu sejajar dengan cadangan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) bahawa ISA 'mala fide' dan perlu dimansuhkan.
 
(Ezam cabar Perdana Menteri dakwa beliau dan semua tahanan aktivis reformasi ke mahkamah meskipun telah dibebaskan. Ikuti kupasan cabaran Ezam ini dalam Harakah cetak akan datang)
 
 
Hantarkan cadangan, komen dan berita yang ingin diliputi ke [EMAIL PROTECTED]


24 FIFA World Cup tickets to be won with Yahoo! Mail. Learn more


--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".

--------------------------------------------------------------------------

Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia  : http://www.abim.org.my
Jamaah Islah Malaysia          : http://www.jim.org.my
Radio Islam Kuliyyah           : http://www.kuliyyah.com
Palestinkini Info              : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera      : http://pk-sejahtera.org
Fiqh Siber                     : http://al-ahkam.net/
The Muslim Brotherhood         : http://ikhwanweb.com




YAHOO! GROUPS LINKS




Kirim email ke