Assalamualaikum
 
Saya tak pandai nak beri ayat2 Al-Quran atau hadis tetapi saya yakin dengan ketaatan suami saya mencintai Allah dan rasulnya melebihi yang lainnya. Semasa saya dalam kesakitan untuk melahirkan anak sulung dimana waktu itu adalah ketika azan subuh bergema dan gesaan memang sudah masuk waktu critical. Tapi memandangkan untuk ke Hospital mengambil masa lebih kurang 25 minit maka suami kata dia ingin bersolat dahulu kerana takut andainya sampai di hospital tidak berkesempatan. Beliau tinggalkan saya di ruang tamu dan naik ke bilik untuk bersolat tanpa menunggu saya menyatakan bahawa saya juga ingin bersolat sebab takut andainya saya tak sempat bersolat bila di hospital. Gagahkan diri dan teguhkan hati kerana bukan senag kita nak dapat peluang berbual2 dengan Allah sedekat ketika solat dan sujud padanya. Dengan keyakinan bahawa Allahlah pelindung segala sesuatu dan suami berserah sepenuhnya kepada Allah maka dapatlah beliau bersolat dengan tenang. Dan saya melahirkan anak sulung sebaik sahaja di tempatkan di bilik bersalin tanpa bersusah payanh atau sakin bersalin yang teruk. Alhamdulillah.
 
Saya juga pernah di tinggalkan sakit sendirian di rumah tanpa pembantu rumah atau sesiapa yang menunggu tetapi saranan saya pada suami, dulukanlah yang Haq kerana kepada dialah kita berserah. Andai sudah sampai masa saya di panggil mengadapnya saya pohonkan keredhoan agar pemergian saya dengan redhonya.
 
Sedangkan sekarang saya keluar bekerja dalam keadaan yang kadang2 saya tidak sihat sepenuhnya tetapi memahami kepayahan suami untuk menghantar sehingga ke pejabat cukuplah sekadar saya katakan kepadanya, berserahlah kepada Allah kerana Allah menjaga umatnya yeng beiman kepadanya dan Rasulnya. Jauhkan kebimbangan yang melampau kerana ia akan melahirkan Syirik yang halus. Perjalanan kaki dari stesyen Putra ke Office memakan masa sekurang2nya 20 ke 30 minit. So penuhilah perjalanan kaki itu dengan zikir kepada Allah InsyaAllah tak terasa penatnya.
 
Jazakillah
 
Sesungguhnya yang baik itu adalah datangnya dari Allah dan kekurangan itu tak lain dan tak bukan adalah kelemahan diri saya sendiri sebagai hambaNYA yang lemah.


From: "Abi Imraan"@returns.groups.yahoo.com
Sent: Tue 11/04/2006 11:04
To: Ikhwanul Muslimun
Subject: Bismillah [hidayahnet] Fw: Solat Akhir Waktu, Akal Mesti Sesuai Dengan Sunnah

Wa'alaikumsalam
 
Alhamdulillaah, Puan mendapat suami yg saleh. Semoga anak cucu Puan termasuk dalam golongan hamba Allah yg saleh. Amiin.
 
Saya yakin suami puan berbuat demikian, kerana suami puan tahu jika beliau tinggalkan puan untuk solat Isyak, ada doktor yg jaga ada nurse yg jaga. Kalau puan kesakitan dirumah tanpa ada pembantu, boleh ke suami puan tinggalkan puan serta khusyuk dalam solat beliau ? For you to think and contemplate.
 
Sayugianya kita membuat sesuatu kenyataan dengan akal yg sihat berserta ilmu ugama yg sahih. Allah berfirman didalam Al Quran bahawa Nabi Muhammad SAW adalah contoh tauladan yg terbaik. Refer surah Al AHzaab ayat 21.
 
Soalan saya adakah manusia lain yg lebih baik dari Nabi Muhammad SAW ? TIDAK hingga yaumil qiyaamah.
 
Nabi menyuruh kita melewatkan solat jika makanan sudah terhidang, makan dahulu baru solat.
Adakah Nabi tidak tahu mana yg lebih aulaa (penting) ? Sesungguhnya Nabi adalah FATHAANAH.
Mati ke kalau solat dahulu kemudian makan ? Pasti tidak tetapi Nabi SAW tetap menyuruh makan dahulu kemudian solat, sebab terpenting ialah kekhusyukkan solat.
 
Refer kepada surah Al Mukminuun ayat 1-2 dan 9-11 dan Surah Al Ma'uun tentang kepentingan solat yg khusyuk, malah Allah mencela orang tidak khusyuk dan cuai hingga tertinggal solat dalam surah Al Ma'uun.
 
Nabi menjamak solat ketika keluar dari Madinah dan ini berlaku beberapa kali dalam riwayat hidup beliau kerana sesuatu urusan. Adakah Nabi memperlekehkan solat, adakah Nabi mementingkan urusan dunia dari solat hingga mentakhirkan solat beliau ? Jawapannya tidak sebab Nabi SAW manusia termulia dan penghulu segala Nabi dan penghulu ahli syurga, masakan beliau memperlekehkan solat.
 
Bayangkan senario dimana aircraft pilot, co-pilot dan first officer sesuatu penerbangan semuanya muslim dan semuanya bersikap seperti suami puan atau yg mengamalkan fiqh yg rigid...yg mesti solat pada waktu, nak berjamaah pula dalam aircraft tidak kira apa pun berlaku.......................CRASH jawapnya. Pernahkah puan tanya suami puan kalau dia jadi pilot bagimana cara solat beliau ?
 
Semua ini Nabi SAW melakukan sebab beliau tidak mahu memberatkan umat beliau. Islam itu syumul bukan jumud. Masalah kita hari ini, manusia itu sangka mereka lebih baik dari Nabi SAW, memberatkan sesuatu yg tidak pernah Nabi beratkan.
 
Pernah beberapa sahabat Nabi SAW datang kepada beliau dan meminta izin untuk:
1) Puasa setiap hari
2) Tidak mahu kawin
3) Beruzla
 
Nabi melarang, kerana ini akan memberatkan umat pada masa itu dan yang akan datang. Jawap baginda, aku puasa aku berbuka (yakni ada hari beliau tidak berpuasa), aku juga berkahwin dan aku juga campur masyarakat.
 
Sabda Nabi SAW lagi dalam hadith yg lain dari riwayat Abu Daud:
 
"Jangan sekali-kali kamu memperberatkan diri kamu, nescaya Allah akan memberatkan pula keatas kamu dan sesungguhnya kaum lain (umat terdahulu) yg memperberatkan keatas mereka (kaum Yahudi dan Nasrani), lalu Allah pun memberatkan keatas mereka. Disana kamu dapat lihat sisa-sisa mereka di biara-biara dan gereja-gereja, mereka memilih rahbaniyah (tiada berkahwin) yg mereka ada-adakannya sendiri, padahal Allah tiada mewajibkan keatas diri mereka yg demikian itu." Hadith sahih.
 
Yang kita mesti nasihat dengan penuh hikmah ialah orang2 yg suka meninggalkan solat, sengaja melewatkan solat tanpa sebab. Umpamanya, nonton cerita Hindustan kat TV2 bermula 1230 tengahari habis jam 3 baru nak solat, tinggalkan solat Maghrib kerana nak nonton TV3 award .... mereka macam ini mestilah kita nasihat dan tegur dengan baik.
 
Saya syorkan kepada mereka yg mengamalkan fiqh rigid (keras), fiqh yg tidak pernah Nabi lakukan, yg rasa diri mereka lebih baik dari Nabi Muhammad SAW supaya muhasabah diri mereka dan membaca kitab-kitab masyhur dibawah ini:
 
1) Fiqh Al Aulawiyat - Yusuf Qardhawi
2) Assohwat Al Islamiyat Baina Al Juhud Wat-Tatarruf - Yusuf Qardhawi
3) Talbisul Iblis - Imam Al Jawzi
4) Was-was - Ibnu Qudamah Syarah oleh Ibnul Qayyim
5) Ihya Ulumuddin - Imam Ghazali
 
 
Saya mohon ampun dan maaf jika menyinggung perasaan mana2 pihak, yg benar dari Allah dan yg tidak benar dari kekurangan diri saya.
 
Abi Imraan.
 
----- Original Message -----
Sent: Wednesday, April 05, 2006 5:04 PM
Subject: Re: Bismillah [hidayahnet] Akal (Jawapan untuk Solat Akhir Waktu)

Assalamualaikum
 
Terpanggil nak komen sikit. Setuju iman yang patut memimpin akal.
 
Pengalaman sendiri ketika bersalin kali kedua. Masa ke hospital lepas maghrib. bila masuk isyak suami tinggalkan saya bersendirian untuk sembahyang. Selesai sembahyang isyak suami sembahyang hajat minta mudah urusan saya. Memang bersendirian ketika sakit tanpa ditemani sesiapa. Alhamdulillah bersalin kali ke 2 tidak memerlukan ubat tahan sakit dan lebih singkat. Pada saya, yakinlah dengan Allah. Jika akal suami kesian kat saya, tentu dia lewatkan sembahyang temankan saya. Tetapi sembahyang lebih utama dan dia berserah pada Allah tentang saya. Saya bersyukur dia dahulukan sembahyang isyak dan buat sembahyang hajat memohon kepada Allah memudahkan urusan saya. Itu lebih membantu. Hanya Allah yang menentukan segalanya. Siapalah kita hambanya yang kerdil ini.
 
 
 
Assalamualaikum warahmatullah…

Segala  puji  bagi  Allah,  Tuhan  sekalian alam. Aku bersaksi bahawa tiada
Tuhan  yang  disembah  selain  Allah yang Esa, tiada sekutu bagiNya dan aku
bersaksi  bahawa  Nabi  Muhammmad  saw  itu  hamba  dan pesuruhNya. Selawat
berserta  salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad saw yang memiliki akhlaq
terpuji  dan  menjadi ikutan selamanya. Juga buat orang2 yang beramal soleh
dan kesekalian dari kita.

Bismillahir Rahmanir Raheem…

Petang tadi, sebelum masuk kerja, saya singgah dahulu ke galley untuk
mendapatkan secawan air. Kelihatan beberapa orang sedang menikmati makan
malam sambil menonton dokumentari di televisyen saluran National Geographic
. Kisahnya berkisar tentang sekumpulan monyet yang sedang mencari makanan.
Saya tidak tahulah apa yang monyetآ² ini makan tetapi bentuknya seakan buah
ceri.

Rasanya dokumentari itu begitu menarik kerana saya melihat hampir semua
mata tertumpu terhadap skrin televisyen tersebut. Namun saya tidak berminat
menonton sepenuhnya. Hanya sekadar duduk untuk meneguk air di tangan. Namun
sebaik saya melabuhkan punggung, seorang tukang masak yang turut menonton
dokumentari tersebut tibaآ² bersuara kepada saya.

"Tengoklah. Ekor pun dia (monyet) boleh gunakan" katanya sambil merujuk
kepada seekor monyet yang sedang bergayut pada dahan pokok dengan
menggunakan ekornya. Tidak tahu dari mana datangnya idea (dari Allah
tentunya), saya katakan kepadanya "Haiwan tidak mempunyai akal. Kerana itu
ia menggunakan segala anggotanya untuk mencari makan. Tak macam manusia
yang mempunyai akal."

Selesai berbicara saya pun mengundur diri untuk segera berada di bilik
kawalan. Tetapi sepanjang dalam perjalanan ke bilik kawalan, fikiran saya
ligat memikirkan tentang ayat yang saya sebut tadi. Terus terang, ia
bukanlah sesuatu yang memang sedia ada di dalam kotak fikiran saya. Ianya
satu ayat yang spontan tetapi saya rasakan saya amat menyukai ayat
tersebut.

Betullah. Memang semua orang ketahui bahawa haiwan adalah makhluk yang
tidak mempunya akal. Ia mempunyai otak untuk mengawal fungsi badannya
tetapi bukan akal yang boleh digunakan untuk menganalisa. Namun begitu,
haiwanآ² ini, walaupun tanpa akal, cukup bijak menggunakan segala anggota
tubuhnya. Sepertinya zirafah yang berleher 'jinjang' dan helang yang
mempunyai cengkaman yang kuat.

Tetapi manusia, yang dibekalkan dengan kelebihan yang cukup hebat ini,
telah menggunakan akal untuk membolehkan dia mencari makan tanpa
menggunakan anggota tubuhnya. Di hari ini, bukan sedikit manusia yang
sanggup menipu manusia yang lain hanya untuk mendapatkan sedikit laba
dunia. Skim itulah, skim inilah, waris jutawanlah dan bermacamآ² lagi bentuk
penipuan.

Mana ada orang yang kaya tanpa berusaha? Mana ada Ahmad Albab dalam dunia
ini? Mungkin ada tetapi kesnya mungkin satu dalam sejuta kalaupun tidak 1
dalam sebilion. Namun masih ada juga manusia yang mahu percaya dengan
penipuan begitu. Apabila terbaca dengan modal sekian banyak sudah boleh
jadi jutawan, berebutآ²lah orang kita hinggakan bergolok bergadai.

Apabila dengar sahaja wang, harta dan kekayaan, maka serta mertalah manusia
jadi lupa untuk menggunakan akalnya untuk berfikir secara rasional. Jika
dengan bermodal beberapa ratus sahaja kita sudah boleh kaya, boleh beroleh
sehingga puluhan ribu sehari, alamat akan jemlah dunia. Kerana tidak ada
lagi orang yang akan bekerja. Siapa pula yang akan tanam dan jual beras
nanti agaknya?

Saya tidak mahu bicara banyak tentang hal ini. Takut nanti ada yang terasa
dan marahآ² pula. Hanya, memang saya akui segala skim yang ada ini
memungkinkan kita memperolehi pendapatan 5 angka dalam sehari. Cuma
persoalannya sampai bila? Dan persoalan yang lebih sukar adalah, dari
sumber manakah duit yang kita perolehi? Janganlah tanya berapa sahaja yang
masuk. Cubalah tanya dari mana ia datang pula...

Sebenarnya, akal telah menyempurnakan penciptaan manusia. Dengan akallah,
yang dapat membezakan manusia dengan haiwan. Kerana itulah manusia yang
kejam dianggap binatang kerana tidak menggunakan akal untuk berfikir.
Namun, biarpun akal menyempurnakan penciptaan manusia, akal semataآ² tidak
mampu untuk menjadikan seorang manusia itu sempurna.

Kerana akal juga makhluk. Sudah menjadi dasar sifat makhluk itu lemah, dan
memerlukan sandaran. Seperti hendak mengoperasikan sebuah mesin, kita
memerlukan prosedur agar tidak membahayakan keselamatan kita dan juga dapat
menggunakan mesin tersebut secara optimum, begitu juga akal kita. Ia
memerlukan rujukan dan panduan untuk 'beroperasi'.

Dan tidak ada rujukan atau panduan selain dari panduan yang 'turun terus
dari langit' iaitulah kitab suci al-Quran, qalam Allah yang disampaikan
melalui lidah mulia Nabi Muhammad saw. Dan di dalam kitab ini, yang
terkandung adalah iman. Maka, untuk menyempurnakan pemikiran kita, akal
kita mestilah dipandukan oleh iman. Akal yang bertindak tanpa iman adalah
pemikiran yang tidak sempurna.

Seorang manusia yang berfikir berpandukan iman, insyaAllah tidak akan
tergamak untuk menyakiti atau menzalimi orang lain. Sebagaimana Nabi saw
dan juga Khulafa ur-Rasyidin yang pernah menjadi ketua negara semasa hayat
mereka. Setiap keputusan dan hukum yang mereka jatuhkan adalah untuk
kemaslahatan umum. Bukan untuk kepentingan peribadi atau sebahagian pihak.
Inilah fungsi iman.

Sayangnya dewasa ini, penggunaan akal tanpa panduan iman telah terlalu
berleluasa. Ilmu yang ada, bukan dijadikan sebagai pengukuh iman sebaliknya
digunakan untuk menghalalkan apa yang tidak boleh dilakukan. Orang
sebegini, apabila berbicara, tampaknya seperti seorang yang bercakap dengan
iman. Padahal dia telah meletakkan iman jauh terperosok akibat kepentingan
peribadinya.

Sebagaimana di dalam sebuah egroup yang saya sertai. Terdapat beberapa
orang yang sedang berbahas mengenai kepentingan solat awal waktu. Asalnya
adalah kerana sebuah email yang bercerita kononnya ada malaikat penjaga tol
yang akan mencampak solat seorang muslim yang didirikan pada akhir waktu.
Secara peribadi, saya tidak bersetuju dengan cara penyampaian penulis itu.

Tetapu hakikatnya, apa yang ditulisnya adalah benar. Iaitu, solat akhir
waktu adalah solat yang hanya sedikit baik dari siaآ². Malangnya terdapat
beberapa manusia yang mengatakan solat akhir waktu bukan menjadi kesalahan.
Kerana katanya, kita perlu menyelesaikan tugas kita terlebih dahulu. Itu
adalah satu amanah dan menjaga amanah adalah perkara yang diwajibkan.

Lalu berbicara seorang lagi bahawa adapun hikmat diperpanjangkan waktu
bersolat adalah untuk perkara sebegini. Dan bermacamآ² lagi hujjah yang
kesimpulannya solat itu tidak perlu dikerjakan di awal waktu. Sekali baca,
seolahnya apa yang mereka tuturkan itu adalah benar. Siap disertakan dengan
dalil. Tentu sahaja kita boleh terpengaruh olehnya.

Namun bagi saya inilah contoh orang yang menggunakan akalnya untuk menipu
agama. Mengapa? Kerana mereka hanya mengambil sebahagian dari ajaran Islam.
Benar, Allah membenarkan kita melewatkan solat jika ada perkara yang lebih
penting. Dan benar, amanah adalah wajib ditunaikan dan didahulukan. Tapi
mari kita gunakan iman untuk fikirkan tentang perkara ini.

Yang paling utama di dalam hidup kita ini seharusnya adalah keselamatan
nyawa kita. Maka kerana itu, orang yang terdesak (dharurat) diizinkan makan
babi (sesetengah ulama menyifatkan sebagai wajib) sekiranya itu dapat
menyelamatkan nyawanya. Tetapi, selepas dari nyawa kita, yang terpenting
hanyalah Allah. Tidak ada perkara boleh mendahului Allah dari segala apa
halpun.

Maka benarlah kita dibenarkan menangguhkan solat jika kita di ambang maut
atau mungkin dalam perperangan. Kerana perperangan adalah untuk menegakkan
kalimah Allah. Tetapi, adakah menyelesaikan tugas dipejabat itu lebih
penting atau sama pentingnya dengan menegakkan kalimah Allah? Tidak! Maka
atas logik apakah solat boleh ditangguhkan demi untuk menyiapkan tugasan
harian?

Kerana anamah? Benar juga. Allah mahu kita menjaga amanah dan tugas di
pejabat merupakan amanah kerana kita dibayar untuk itu. Akan tetapi, apakah
kita tidak memandang solat itu sebagai amanah? Manakah amanah yang lebih
utama, dari ketua kita atau dari Allah? Benarlah kita dibayar untuk
menyiapkan tugas tetapi apakah kita kita lupa bahawa kita bernafas, makan,
minum dan segalanya atas pemberian Allah?

Inilah yang saya katakan... Kita berfikir memang menggunakan akal. Tetapi
kita perlukan iman untuk memandu akal kita. Kegagalan kita untuk memandu
akal kita menggunakan iman boleh membahayakan aqidah kita sebagai muslim.
Dan imanlah yang membezakan muslim dengan kafir. Orang kafir juga boleh
berfikir malah mungkin lebih pandai dari kita tetapi tanpa iman, pemikiran
mereka nyata siaآ².

Terpulanglah untuk kita berfikir dengan tahap pemikiran yang sama seperti
orang kafir atau mahu berfikir sebagaimana selayaknya seorang muslim
berfikir. Saya tidak mengatakan saya baik. Ada masanya saya juga
menangguhkan solat untuk hal yang remeh. Tetapi saya tidak pula meletakkan
kepentingan solat di awal waktu itu di bawah tugasآ² harian. Walaupun akal
saya berkata begitu, namun Alhamdulillah iman saya mengingatkan bahawa
tidak yang lebih utama selain suruhan Allah swt.

Akal  adalah  kurniaan  yang paling istimewa untuk manusia. Siaآ²lah sesiapa
yang  tidak  menggunakan  akalnya  dengan  optimum.  Namun penggunaan akal,
selain  boleh memudahkan kita, mungkin boleh menyesatkan kita. Akal mungkin
boleh  membahagiakan  kita  di  dunia  tetapi  akal yang dipandu oleh iman,
insyaAllah menjaga kita dari dunia sampai akhirat.....

Sekian  buat  kali.  Segala yang baik datang dari Allah dan yang tidak baik
adalah akibat kejahilan saya sendiri.

Wabillahitaufiq walhidayah.

Wassalamualaikum warahmatullah…

-Abu Naqibah-

Komen  dan  kritikan  membina dialu2kan. Email saya di [EMAIL PROTECTED]
atau lawati http://abunaqibah.blogspot.com/

Artikel Lain di Diari Abu Naqibah

Cemburu
Bukanlah salah mempunyai sifat cemburu. Seperti cemburu seorang isteri
terhadap suaminya atau sebaliknya, misalnya. Ini adalah sifat yang normal,
sifat yang natural dan sifat yang menunjukkan perasaan cinta dan sayang
oleh seseorang terhadap pasangannya. Tetapi yang menjadi masalah ialah
cemburu yang tidak berpucuk pangkal atau cemburu buta. Lebih masalah adalah
cara bagaimana seseorang itu melayan perasaan cemburunya.

April Fool
Selamat menyambut hari April Fool. Agaknya, mungkin ramai yang terkejut dan
tidak kurang juga yang marahآ² jika terbaca ayat pertama saya ini. Iyalah.
Setelah berjelaآ² penerangan diberikan, saya masih hendak menyambut hari
'Kebodohan April' ini pula? Hm... Sahlah saya ini bodoh kalau saya berbuat
begitu, bukan? Kerana dikatakan sambutan April Fool berkaitan dengan
sejarah Islam di bumi Sepanyol.

Kejayaan Di Dalam Sebuah Kegagalan
Berjaya? Apakah yang kita katakan sebagai berjaya? Pada manakah kita
letakkan skala kejayaan kita? Pada harta benda yang kita miliki? Atau pada
pangkat dan kedudukan yang kita ada? Atau pada gaji atau pendapatan yang
kita perolehi setiap bulan? Apakah orangآ² kaya itu berjaya manakala ulama
yang zuhud itu gagal? Atau adakah seorang jurutera itu dikira sebagai
berjaya manakala tukang sapu pula seorang yang gagal?


How low will we go? Check out Yahoo! Messenger’s low PC-to-Phone call rates.


--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to
http://www.yahoogroups.com/ to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".

--------------------------------------------------------------------------

Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia  : http://www.abim.org.my/
Jamaah Islah Malaysia          : http://www.jim.org.my/
Radio Islam Kuliyyah           : http://www.kuliyyah.com/
Palestinkini Info              : http://www.palestinkini.info/
Partai Keadilan Sejahtera      : http://pk-sejahtera.org/
The Muslim Brotherhood         : http://ikhwanweb.com/




YAHOO! GROUPS LINKS






--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".

--------------------------------------------------------------------------

Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia  : http://www.abim.org.my
Jamaah Islah Malaysia          : http://www.jim.org.my
Radio Islam Kuliyyah           : http://www.kuliyyah.com
Palestinkini Info              : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera      : http://pk-sejahtera.org
Fiqh Siber                     : http://al-ahkam.net/
The Muslim Brotherhood         : http://ikhwanweb.com




YAHOO! GROUPS LINKS




Kirim email ke