|
Antara masalah ketika berkomunikasi
ialah:
1. Minda
yang tidak stabil 2.
Pelupa 3.
Spontan 4. Gagal
untuk membaca pemikiran orang lain 5. Pengaruh
emosi 6. Sukar
mencari perkataan yang sesuai 7. Persepsi
berbeza 8. Kurang
menumpukan perhatian pada perbualan 9. Tidak
memberikan penjelasan yang baik 10. Gagal
bertanya soalan yang kreatif 11. Tidak
mengucapkan terima kasih atau menunjukkan
penghargaan Masalah 2:
Pelupa Sikap pelupa
merupakan satu sifat yang susah untuk dikikis. Sikap ini banyak menimbulkan
masalah kepada kita kerana terlupa melakukan sesuatu yang penting itu adalah
sangat membahayakan terutama sekali di alam persekolahan. Anda mungkin selalu
terlupa apa-apa yang sedang diperkatakan oleh guru kepada anda. Ataupun pengurus
anda telah mengarahkan anda membuat sesuatu tugasan, tetapi sedang dia bercakap,
anda merasakan yang anda tidak ingat perkara yang diperkatakannya mula-mula
tadi. Contoh
kes:
Anisah bekerja sebagai seorang setiausaha kepada pengurus besar di
sebuah syarikat swasta. Pada suatu hari, Anisah kerap dipanggil oleh bosnya
melalui intercom. Dia pun bergegas ke bilik
bosnya.
Anisah, drafkan satu
Anisah hanya mengangguk dan terus keluar. Setelah sampai ke
tempatnya, Anisah lupa apa-apa yang dicakapkan oleh bosnya dan dia berasa
keliru, Nak tulis Sifat pelupa
seperti ini memang mendatangkan banyak masalah dan boleh memberi kesan buruk
kepada karier anda. Antaranya: 1. Anda terlupa apa-apa
yang diucapkan oleh orang lain sejurus selepas tamat
perbualan. 2. Anda juga mudah terlupa
apa-apa yang ingin anda katakan. 3.
Anda terlalu menumpukan fikiran dengan soalan yang ingin anda utarakan
sehingga anda hilang tumpuan pada perbualan tersebut dan kesudahannya anda
menjawab soalan lain yang tidak relevan dengan topik
sebenar. 4. Anda suka mencelah dan
menyampuk apabila orang lain sedang bercakap kerana anda tidak mahu terlupa untuk memberitahu perkara
yang ada dalam fikiran anda.
Perkara sebegini tidak boleh dianggap remeh kerana akan memberikan kesan
negatif terhadap personaliti anda. Anda akan dilabel sebagai penyampuk, kurang
ajar dan ingin mengawal perbualan. Walaupun perkara ini tidak anda sengajakan,
tidak semua orang akan faham situasi yang anda
hadapi. Cara
Mengatasinya 1. Ambil nota semasa anda
berbual. Menulis sambil mendengar akan membantu anda supaya dapat mengingati
dengan baik. 2. 3. Anda juga boleh
menggunakan pita rakaman sekiranya perlu untuk merakam percakapan pensyarah
semasa kuliah sedang berjalan ataupun merakam minit
mesyuarat. 4. Anda tidak perlu berasa takut atau malu untuk bertanya jika anda tidak faham atau lupa. Apa yang penting, mesej yang anda terima adalah jelas dan tepat.
Artikel di atas
dipetik
daripada
buku CARA MUDAH MENGUASAI
KEMAHIRAN BERKOMUNIKASI terbitan Perintis Books Sdn. Bhd. -------------------------------------------------------------------------- All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise. If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest". -------------------------------------------------------------------------- Recommended sites: Angkatan Belia Islam Malaysia : http://www.abim.org.my Jamaah Islah Malaysia : http://www.jim.org.my Radio Islam Kuliyyah : http://www.kuliyyah.com Palestinkini Info : http://www.palestinkini.info Partai Keadilan Sejahtera : http://pk-sejahtera.org Fiqh Siber : http://al-ahkam.net/ The Muslim Brotherhood : http://ikhwanweb.com YAHOO! GROUPS LINKS
|
