Title: FW: debat Islam kristian.
 

 

 

Cerita ini di Fwd kepada saya, baca sampai habis baru
ler kita faham.
------

 

  Betapa agungnya Tuhan...

  Kejadian berlaku di sebuah negara yang tidak dapat
dipastikan namanya.
  Masyarakat dalam negara itu hidup dalam keadaan
yang aman dan damai.
  Rata-rata penduduknya adalah yang menganut agama
Islam.

  Suatu hari datang seorang cendekiawan kristian,
yang ingin menguji
  keagungan dan kebenaran Tuhan yang disembah.
Cendekiawan itu berjumpa
  dengan raja negara tersebut dan meminta kebenaran
untuk berdebat dengan
  penduduk-penduduk di negara itu.

  Pertaruhan yang telah ditetapkan oleh cendekiawan
itu adalah, jika dia
  dikalahkan, dia beserta seluruh ahli keluarganya
akan memeluk Islam.
  Sebaliknya jika dia menang, raja hendaklah memberi
dia kekayaan dan
  kebenaran menyebarkan agamanya di situ. Dan syarat
terpenting perbahasan
  ialah menggunakan bahasa isyarat.

  Kemudian raja pun bertitah mengumumkan
pertandingan tersebut kepada rakyat
  dan barangsiapa yang kalah, dia akan dikenakan
hukuman yang berat.

  Setelah hampir waktunya, muncullah seorang
pengembala kambing Islam yang
  ingin membela agamanya. Dengan berat hati,raja
membenarkan kerana tiada
  siapa lagi yang berani menyahut cabaran itu.

  Pada hari pertandingan, rakyat berkumpul di padang
yang luas dan gembala
  kambing didudukkan bertentangan dengan cendekiawan
kristian. Bermulalah
  soalan, cendekiawan menunjukkan satu jari kepada
hadirin. Gembala kambing
  pula menunjukkan dua jarinya pada hadirin. Dan
jawapannya betul.

  Cendekiawan pula menunjukkan dua jari pula dan
gembala kambing menunjukkan
  lima jari, jawapannya juga betul. Kemudian,
cendekiawan menunjukkan lima
  jari, gembala kambing menunjukkan enam jari. Betul
juga! Raja mula
  berfikir, hebat juga gembala kambing ini.

  Cendekiawan yang tidak berpuas hati, membuat
bulatan pada hadirin dengan
  tangannya, kemudian gembala kambing menunjukkan
penumbuk tangannya. Betul
  lagi... Lalu cendekiawan tersenyum puas hati.
Cendekiawan mengeluarkan
  pedang dan halakan ke langit. Gembala kambing pula
mengeluarkan pisau
  kontotnya, lalu dijunamkan ke bumi. Betul! Lalu
cendekiawan menepuk
tangan.
  Cendekiawan kemudiannya menunjukkan seekor ayam
ditangan dan gembala
  kambing menunjukkan telur ayam ditangan. Betul...
Maka tamatlah sesi
  perdebatan.

  Raja amat berpuas hati dengan kepandaian gembala
kambing. Cendekiawan itu
  mengadap raja, untuk menunaikan janjinya. Raja
bertanyakan soalan dan
  jawapan perdebatan antara cendekiawan dan gembala
kambing. Cendekiawan pun
  mula bercerita...

  "Sungguh hamba akui kebesaran Tuhan, sehingga
rakyat tunku dapat menjawab
  dengan baik sekali. Sebenarnya soalan hamba,
tunjuk satu jari bermakna
  adakah kalimah syahadah cuma yang pertama sahaja?
(Asyhaduallah ilaha
  illallah...) Jawapan yang diberikan gembala
kambing, dua jari. Jawapannya
  betul kerana sambungannya, (wa asyhaduan
namuhammadarrasullullah). "

  "Hamba tunjukkan dua jari, bermakna adakah rukun
islam ada dua? Gembala
  kambing memberi jawapan, lima Betullah... Bila
hamba tunjukkan lima jari,
  maksudnya adakah islam setakat itu sahaja? Jawapan
yang diberikan enam
  jari, sebab rukun iman ada enam. "

  "Bulatan pula bermakna siapa yang jadikan bumi?
Gembala kambing menjawab
  penumbuk, betullah sebab Allah yang Maha Berkuasa.
Bila hamba mengeluarkan
  pedang dan menunjuk ke langit, gembala kambing
mengeluarkan pisau
kontotnya
  dan menjunamkan ke bumi. Betullah... kerana Allah
yang jadikan langit dan
  bumi. "

  "Ayam tu sebenarnya soalan bonus... apakah asal
usul kejadian ayam itu?
  Jawapannya telur... betullah.. Sesungguhnya hamba
amat berbesar hati dan
  akan mendalami islam sepenuhnya, serta
menyebarkannya. " Raja tersenyum
  gembira mendengar soalan dan jawapan tersebut.

  Kemudiannya gembala kambing dipanggil untuk
mengadap Raja, maka diberikan
  ganjaran yang telah dijanjikan. Dan bertanyalah
Raja akan rahsia gembala
  kambing tersebut, adakah soalan itu dah bocor?
Gembala kambing pun
  bercerita...

  " Hamba sungguh tak puas hati betul dengan orang
Kristian yang sombong
itu.
  Dia tunjuk satu jari, maknanya dia nak kambing
hamba satu. Jadi hamba
  menjawab, dua pun hamba boleh bagi. Dia tunjuk dua
maknanya dia nak lagi
  dua pulak! Nak empat la maksudnya. Dan hamba jawab
lima pun boleh.

  Kemudian dia tunjuk lima, maknanya takkan lima
jea...? Oklah hamba boleh
  bagi enam pada dia. "

  " Lepas tu dia tunjuk bulatan, maknanya dia nak
semua kambing hamba. Hamba
  pun tunjuklah penumbuk. Pas tu dia keluarkan
pedang, wah wah... dia ingat
  orang kaya je ada pedang. Hamba pun tunjuk pisau
kontot hamba.

  Sekurang-kurangnya hamba ada juga. Kemudian dia
tunjuk ayam pulak!

  Amboi... mentang-mentanglah dia kaya, selalu makan
ayam... Hamba pun
  mampu... walaupun hanya telur ayam. Tapi patik
tetap bersyukur, kerana dia
  dah sedar dan nak peluk islam, sekurang-kurangnya
dia takkan sombong dan
  bongkak lagi... "

  Tergelak besar Raja mendengar penjelasan gembala
kambing tersebut.

  Sungguh besar keagungan Tuhan... walau dengan cara
apa sekalipun islam
  dicabar dan dihina, Islam akan tetap terbela.

  Wallaualam...

 



--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".

--------------------------------------------------------------------------

Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia  : http://www.abim.org.my
Jamaah Islah Malaysia          : http://www.jim.org.my
Radio Islam Kuliyyah           : http://www.kuliyyah.com
Palestinkini Info              : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera      : http://pk-sejahtera.org
Fiqh Siber                     : http://al-ahkam.net/
The Muslim Brotherhood         : http://ikhwanweb.com




YAHOO! GROUPS LINKS




Confidential information may be contained in this e-mail and any files 
transmitted with it ('Message'). If you are not the addressee indicated in this 
Message (or responsible for delivery of this Message to such person), you are 
hereby notified that any dissemination, distribution, printing or copying of 
this Message or any part thereof is strictly prohibited. In such a case, you 
should delete this Message immediately and advise the sender by return e-mail. 
Opinions, conclusions and other information in this Message that do not relate 
to the official business of Maxis shall be understood as neither given nor 
endorsed by Maxis.

Kirim email ke