Petisyen Peng Pasir: Saksi defendan mengaku orang mati datang mengundi PDF Cetak
Tue | Apr 18, 06 | 01:13:49 PM
Oleh Salmah Mat Husein
KOTA BHARU, 18 April (Hrkh) - Tiga  orang saksi perbicaraan yang dikemukakan oleh defendan mengakui  dua orang yang didakwa telah keluar mengundi dalam pilihan raya kecil DUN Pengkalan Pasir, 6 Disember lalu iaitu Siti Habsah Daud dan Nik Awang telah meninggal dunia.
 
Saksi terbabit ialah Mohamad Abd Kadir, 54, Mat Yusof Samad, 60 dan Ibrahim Seman, 58  mengesahkan penama Siti Habsah  Daud meninggal dunia di Mekah dan Nik binti Awang meninggal di Tanah Merah ketika memberi keterangan dalam Mahkamah Tinggi pagi tadi.
 
Dalam buku daftar pemilih yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pilihan raya (SPR) nama mereka dicatatkan dalam muka surat satu, pengundi bilangan nombor tiga iaitu Siti Habsah Daud dan nombor lapan,  Nik  Awang.
 
Saksi ke-10, Zainal Sulaiman, 42, juga  turut mengesahkan dua orang pengundi  memberikan keterangan yang serupa pada mahkamah sesi petang semalam. Mereka membuat kenyataan sedemikian sebagai menyanggah keterangan pihak pempetisyen sebelum ini yang mendakwa wujudnya dua orang pengundi lain yang menyamar pengundi terbabit yang telah meninggal dunia. Perkara ini berlaku berikutan ada garisan pada nama-nama terbabit sebagai membuktikan penama berkenaan telah keluar mengundi.
 
Saksi pertama, Mohammad Abd Kadir, berkata kedua-dua nama terbabit tidak disebut oleh kerani Suruhanjaya Pilihan raya memandangkan mereka telah meninggal dunia.
"Siti Habsah Daud meninggal dunia di Mekah, manakala Nik Awang meninggal dunia di Tanah Merah saya memang kenal mereka ini," ujarnya yang bertugas sebagai polling agent sesi pagi, antara pukul 8.00 hingga 10.00 pagi.
 
Beliau yang bertugas sebagai 'polling agent' di saluran satu Peti Undi Banggol Ara, mengakui telah menggaris sendiri nama-nama pengundi yang keluar untuk mengundi pada pagi 6 Disember lalu.
 
Peguam pempetisyen, Arif Yusof bagaimanapun meragui bagaimana, Mohammad boleh mengenal garis-garis yang dimaksudkan itu (dibawah nama pengundi yang telah mengundi) sedangkan ianya tiada tanda tangan. Mohammad berkata, beliau masih mengingati nama-nama pengundi khususnya di muka surat satu dengan menggariskannya di bawah nama.
 
Ketika menjawab soalan peguam Arif Yusof, saksi ketiga Ibrahim Seman, 58 juga  mengakui kedua-dua penama terbabit tidak digarisnya memandangkan mereka sudah meninggal dunia.
 
Beliau yang juga bertugas sebagai 'polling agent' turut menolak dakwaan peguam kerana kesibukan orang ramai yang masuk untuk mengundi waktu itu antara pukul 12 hingga 2 petang menyebabkan beliau tersalah menggariskan pengundi yang masuk mengundi di atas dua nama pengundi yang telah meninggal dunia.
"Saya dapati kamu ni agak rabun sikit, adakah kamu tidak nampak atau membaca dengan jelas?" soal peguam apabila didapati Ibrahim dibantu oleh pihak mahkamah untuk membaca ikrar sumpahnya sebelum disoal oleh para peguam sama ada pihak pempetisyen atau  responden.
 
Ibrahim bagaimanapun berkata, beliau hanya akan mengalami masaalah sekiranya suasana yang tidak terang.
"Kalau dalam keadaan terang atau cerah, saya tidak ada sebarang masaalah," ujarnya lagi.
Saksi ke-10, Zainal Sulaiman, mengakui sekiranya Siti Habsah dan Nik Awang datang mengundi, beliau pasti akan mengenali pengundi terbabit. Ini kerana, beliau mengenali kedua-duanya kerana mereka jiran sekampung.
 
Bagaimanapun, beliau yang juga bertugas sebagai polling agent di peti undi Banggol Chicha, tidak menggariskan nama berkenaan memandangkan mereka telah lama meninggal dunia.
"Bagaimanapun kami mendapat maklumat, kedua-dua nama berkenaan ada keluar mengundi dan yang anehnya kenapa dalam buku daftar mengundi pihak petugas PAS tidak digaris, sebaliknya dalam buku daftar pemilih pihak BN digariskan," katanya.
 
Ketika peguam Arif bertanya adakah ini berlaku kesilapan, Zainal hanya berkata beliau tidak tahu.
 
Arif juga turut mempersoalkan bagaimana untuk memastikan kesilapan menggariskan terhadap dua penama terbabit tidak berlaku apabila kedua nama itu disebut oleh kerani SPR, sedangkan beliau (Zainal) tidak duduk berdekatan dengan SPR.
"Betul atau tidak?"soal Arif lagi.
 
"Adakah kamu bersetuju apabila saya katakan kamu duduk agak jauh dari kerani SPR dan kamu sudah pasti tidak dapat melihat nombor kad pengenalan yang diberikan oleh bakal pengundi?"soalnya lagi dan Zainal mengakui perkara itu.
 
Bagaimanapun beliau menolak hujah Arif yang mengatakan kadangkala bukan kad pengenalan diberikan oleh bakal pengundi bagi membolehkan mereka membuang undi.
"Itu tidak betul, sebab setiap pengundi mesti menunjukkan kad pengenalan mereka, jika tidak mereka tidak boleh mengundi,"ujarnya lagi.
 
Sementara itu tiga orang lagi saksi pihak responden bagi kes kedua, iaitu berhubung seorang pengundi yang  bernomborsirikan 213, iaitu Fatimah Mahmood, yang didakwa telah keluar mengundi pada 6 Disember lalu, telah dipanggil untuk membuat keterangan berhubung perkara itu.
 
Mereka ialah, saksi keempat Abd Manaf Awang, saksi kelima Mohammad Musa, 59, saksi keenam, Mahmud Musa, 51, dan Azhari Said.
Ketiga-tiga saksi tersebut mengakui mengenali Fatimah Mahmood, kerana dia jiran sekampung, bagaimanapun masing-masing mengakui tidak menggariskan penama terbabit kerana beliau tidak datang mengundi.
 
Fatimah tidak membuang undi dalam pilihan raya kecil DUN Pengkalan Pasir baru-baru ini memandangkan beliau berada di Ipoh, Perak, bagaimanapun didapati namanya digaris sebagai pengesahan sudah mengundi. Perkara itu didedahkan sendiri oleh Fadzil Abu Bakar, 22,  pada 6 April lalu di Mahkamah Tinggi, di sini.
 
Ketika menjawab pemeriksaan peguam responden kedua, Siti Salwa Musa, Fadzil mengesyaki segelintir orang Umno dengan di  bawah pengetahuan calonnya, mengundi menggunakan nama ibunya pada 6 Disember tahun lalu.
 
Abd Manaf, yang juga bertugas sebagai polling agent pada hari pilihan raya tersebut tidak menggariskan nama nama pengundi sebagaimana biasa menggunakan pensil dan pembaris.
Sebaliknya, beliau hanya menggunakan pen mata bulat dengan hanya 'tipkan' pada hujung nama mereka yang telah membuang undi masing-masing. Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan peguam belanya, Mohd Hafarizam.
 
Terdahulu ketika menjawab soalan peguam pempetisyen, Zulqarnain Lukman, beliau memberitahu sebagai orang pertama yang bertugas sebagai polling agent antara pukul 8.00 hingga 10.00 pagi, kesemua peralatan seperti pensel, getah pemadam, pembaris dibawa masuk untuk menandakan nama-nama pengundi yang telah masuk mengundi.
 
Bagaimanapun beliau tidak bersetuju dengan hujah Lukman yang mengatakan sekiranya pen digunakan untuk menanda nama-nama pengundi dalam buku daftar pemilih, pemadam tidak dapat digunakan untuk memadamkan kesilapan berkenaan. Bukan itu sahaja, beliau juga tidak bersetuju sekiranya nama-nama pengundi yang telah mengundi ditanda dengan pensel dipadamkan dengan getap pemadam  sekiranya berlaku kesilapan.
 
Perbicaraan bersambung pagi ini. Perbicaraan ini didengar di hadapan Hakim Mahkamah Pilihan Raya, Dato' Hasan Lah. Petisyen tersebut difailkan Mohd Redza Zain pada 4 Januari lalu bagi mencabar keputusan pilihan raya kecil DUN Pengkalan Pasir, ekoran wujudnya dakwaan beberapa penyelewengan.
 
Dalam kes ini, pempetisyen diwakili Mohamad Ariff Yusof, dengan dibantu peguam Hanifa Maidin, Aminuddin Zulkipli, Nasrul Mohamed, Ahmad Najib Deris, Hisyam Fauzi, Abdullah Abdul Karim, Zameri Mat Nawang.
 
Responden diwakili Tan Sri Zaki Azmi, Mohd Hafarizam, Norah Abu Bakar dan Azmi Abdullah. Peguam Kanan Persekutuan Azizah Nawawi mewakili SPR.
 
 
Merintis Alam Penyiaran Maya: wtv8.tv. Salurang Alternatif Anda


Switch an email account to Yahoo! Mail, you could win FIFA World Cup tickets.


Switch an email account to Yahoo! Mail, you could win FIFA World Cup tickets.

--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".

--------------------------------------------------------------------------

Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia  : http://www.abim.org.my
Jamaah Islah Malaysia          : http://www.jim.org.my
Radio Islam Kuliyyah           : http://www.kuliyyah.com
Palestinkini Info              : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera      : http://pk-sejahtera.org
Fiqh Siber                     : http://al-ahkam.net/
The Muslim Brotherhood         : http://ikhwanweb.com




YAHOO! GROUPS LINKS




Kirim email ke