DARIPADA Jubair bin Muth'in, katanya Rasulullah
SAW bersabda bermaksud: "Aku mempunyai lima nama. Aku Muhammad
(dipuji), aku Ahmad (amat terpuji), aku Mahi (penghapus) yang Tuhan
menghapuskan kekafiran dengan usahaku, aku Hasyir (pengumpul) di mana
dikumpulkan manusia di belakangku dan aku 'Aqib (penghabisan)." –
(Hadis riwayat Bukhari
Siapa yang tidak kenal nama Muhammad? Jika pertanyaan: "Siapakah Muhammad itu" ditujukan kepada seorang Muslim, tentu mereka sangat mengenalinya.
Muhammad adalah purnama. Cahayanya di atas cahaya. Begitulah syair pujian untuk dirinya.
Seperti yang disebutkan dalam hadis di atas, ada banyak nama diberikan kepada Rasulullah SAW. Sebagai seorang Islam, kita wajib berselawat setiap kali menyebut, menulis atau mendengar nama Nabi Muhammad SAW atau ganti namanya atau pangkat kenabiannya juga pangkat kerasulannya.
Perkara ini ialah pendapat sebahagian besar penyokong mazhab Maliki, Hanafi, Syafie dan Hambali. Mereka berpendapat, sesiapa yang tidak berselawat pada masa itu, dia melakukan dosa besar.
Banyak hadis yang menjelaskan Rasulullah SAW memberi amaran dengan menyatakan sesiapa yang tidak berselawat kepada Baginda pada masa disebutkan nama atau ganti nama Baginda, dialah sebakhil-bakhil manusia yang mendapat kehinaan memalukan dan memuramkan mukanya.
Orang itu beroleh kepayahan dan kesusahan serta jauh daripada rahmat Allah.
Dialah yang akan masuk ke dalam neraka sekiranya tidak diampunkan dosanya meninggalkan berselawat itu (seperti yang disebut dalam hadis Abu Zar al-Ghifari, yang diriwayatkan Ibn Abu Asim; Hadis Abu Hurairah riwayat at-Tirmizi dan al-Hakim; riwayat at-Tabari dan Bukhari pada al-Adab al-Mufrad; Hadis Abu Hurairah riwayat Ibn Hibban dan al-Bukhari pada al-Adab al-Mufrad dan hadis Abdullah bin Jarad riwayat ad-Dailami). – Petikan e-Hadis, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.
--
"Sesungguhnya Solatku, Ibadatku, Hidupku dan Matiku adalah kerana Allah Tuhan Semesta Alam"
Bicara Pak Ngah
http://pakngah70.blogspot.com/
--------------------------------------------------------------------------
All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".
--------------------------------------------------------------------------
Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia : http://www.abim.org.my
Jamaah Islah Malaysia : http://www.jim.org.my
Radio Islam Kuliyyah : http://www.kuliyyah.com
Palestinkini Info : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera : http://pk-sejahtera.org
Fiqh Siber : http://al-ahkam.net/
The Muslim Brotherhood : http://ikhwanweb.com
YAHOO! GROUPS LINKS
- Visit your group "hidayahnet" on the web.
- To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
- Your use of Yahoo! Groups is subject to the Yahoo! Terms of Service.
