Satu pagi Ahad...     
Thu | Mar 30, 06 | 06:08:27 PM
Oleh Nadia 

Pada Hari Ahad yang lalu saya bersama keluarga yang lain turun
bersarapan di Kampung Baru.

Selesai bersarapan kami bercadang ke Ampang Park untuk mencari
barang keperluan. Untuk ke Ampang Park Kami memilih melalui Jalan
Yap Kwan Seng.

Semasa sampai di persimpangan trafik light bersebelahan Public Bank,
saya lihat ada ramai pasukan FRU disitu, termasuk yang berkuda.

Baru saya teringat bahawa hari itu ada perhimpunan membantah
kenaikan harga minyak.

Memandangkan jalan nampak lengang sengaja kami bergerak perlahan.
Kami bercadang untuk melihat sendiri perhimpuan itu lagipun kami
jarang dapat melihat perkara yang sebegini. Kami memberanikan diri
memberhentikan kereta di tepi jalan.

Di seberang jalan sana, berhadapan Suria KLCC terdapat 2 buah kereta
Water Canon dan para FRU yg bergerak secara berkumpulan.

Baru sahaja memberhentikan kereta, saya lihat orang awam yang
terbabit di dalam perhimpunan tu bertempiaran lari kerana disimbahi
air dari salah sebuah Kenderaan Water canon yang ada di situ (saya
tak tau aper namernya)

Keadaan menjadi agak gawat bila mana pasukan FRU mula mengejar orang
ramai yang terlibat didlm perhimpunan tu.

Dalam pada masa itu juga ada sekumpulan FRU tidak kurang dari 6
hingga 7 orang saya kira sedang memukul seseorang,

Ianya tidak begitu jelas kerana FRU itu menglilingi orang terbabit
Cuma yang kedengaran hanya bunyi kayu yg digunakan untuk memukul
sahaja.

20 minut disitu saya menyaksikan sikap sebenar FRU Malaysia. Ianya
seolah menyaksikan kisah-kisah polis diluar negara.

Dalam pada masa itu saya terfikir sendiriĀ… FRU ni membelasah orang
awam yang saya kira sama taraf dengan mereka, sama agama, sama
keturunan.

Apakah tidak terdetik rasa simpati atau sekurang-kurang sifat
kemanusiaan di hati mereka? Lebih lebih lagi orang awam ini semuanya
tidak membawa senjata dan mereka hanya mahu berhimpun secara aman
untuk memprotes tentang perkara yang benar.

Sudahlah tidak diberikan ruang untuk meluahkan rasa tidak puas hati
mereka, berhimpun secara aman pun dipukul dan disimbah air asid.

Apakah hanya di atas alasan perhimpunan itu tidak mempunyai permit
memberikan kuasa pada pihak FRU untuk membelasah orang lain secara
sesuka hati?

Setelah melihat di depan mata sendiri saya mula terfikir bahawa
cakap-cakap yang saya dengar dan baca selama ini tentang sikap buruk
para Polis dan juga FRU di Malaysia ini memang benar. Mereka ini
memang sudah hilang akal!!!

Saya dikejutkan bila salah seorang dari FRU tu menepuk bumbung
kereta saya dan berkata" Bergerak dari sini, bergerak sekarang!
jangan nak cari pasal!!"

Tak mahu timbulkan masalah saya pun terus bergerak menghala ke
Ampang Park.

Melewati Avenue K, saya terlihat wajah-wajah orang awam yang
menyertai perhimpunan itu, juga terlihat wajah Dr. Hatta yang begitu
bersemangat... Saya salute pada mereka!!










--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".

--------------------------------------------------------------------------

Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia  : http://www.abim.org.my
Jamaah Islah Malaysia          : http://www.jim.org.my
Radio Islam Kuliyyah           : http://www.kuliyyah.com
Palestinkini Info              : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera      : http://pk-sejahtera.org
Fiqh Siber                     : http://al-ahkam.net/
The Muslim Brotherhood         : http://ikhwanweb.com




SPONSORED LINKS
Divine inspiration Islam


YAHOO! GROUPS LINKS




Kirim email ke