Assalammualaikum...

Kalau kita tanya kepada PENJAGA rumah2 anak yatim nie....tentu mereka jawab.."TERPAKSA"....tiada jalan lain untuk menampung perbelanjaan semua anak2 yatim tu.

Kalau kita tanya anak2 yatim tu pulak .. mereka akan jawab..."DIARAHKAN"(terpaksa jugak lah tu) oleh orang yang TERPAKSA.

Selagi mereka nie semua TERPAKSA....PAKSAlah diri masing2 untuk seikhlas mungkin menderma bagi membolehkan anak2 yatim nie meneruskan kehidupan mereka seadanya.


Lepas nie kita semua terPAKSA kena PAKSA masyarakat/kerajaan lebih perihatin terhadap keperluan rumah2 anak yatim nie.


TERPAKSA...memanglah tak ikhlas( tak dapat pahala pun ).....tapi....PAKSA diri membuat kebajikan pasti menjanjikan pahala.

Wassalam


*  Terpaksa kerana keadaan memaksa

>>> cute 4eva  4/17/2006 12:54:08 PM >>>
Just nak kongsi pendapat/pandangan
 
  Anak-anak yatim bukan sahaja menjual kismis tetapi ade juga yg menjual kitab2.
  Erm..kalau la,anak-anak yatim tidak menjual kismis,bagaimanakah rumah-rumah kebajikan masyarakat hendak menampung kehidupan,pembelajaran,pakaian dll anak-anak yatim tersebut? jika hendak mengharapkan sumbangan,berapa ramai yg sudi menghulurkan bantuan. Terfikir juga saya,ada ke org sanggup pergi ke rumah anak2 yatim untuk menderma? Pendekatan yg paling hampir ialah diri kita,pernah ke kita pergi ke rumah anak2 yatim untuk bersedekah? Mungkin pihak pengurusan / rumah-rumah kebajikan anak yatim buat begitu untuk menampung perbelanjaan yg sy katakan td. Dalam islam kita tidak digalakkan meminta sedekah,jd dengan cara menjual tisu atau kismis,duit yg diterima adalah dari hasil jualan.
  Saya selalu juga membeli kismis dari anak2 yatim ni.. jika beli di kedai pun harga kismis lebih kurang jer. kita membeli sambil bersedekah.
  Cuma yg saya perlu ingatkan pd kenkawan,kita jgn sedekah kepada org yg hanya menadah tangan.... Itu yg salah. Ini kerana,
  mungkin ade sindiket tertentu yg ingin memperolehi wang dgn cara mudah. Banyak kali sy terserempak org yg minta sedekah mcm ni,ade yg bawa anak dan macam lagi.
 
  So pandai2 la kengkawan nak menilai yg mana baik dan buruk... Saya just beri pendapat saya.Sy minta maaf kalau timbul ketidakpuasan hati dr kengkwan.
 
  Wassalam,
 
 


[EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED] wrote:
    Assalamualaikum...........
 
  Sebenarnya saya amat bersetuju dengan pendapat saudara. Kita pakat2 lah jangan membeli barangan yg dijual oleh kanak2 ini. Jika kita ingin membantu banyak lagi cara lain. Jangan biarkan manusia2 itu mengunakan kanak2 ini. Insyaalloh marilah kita pakat2 berdoa agar jangan lagi ada yg menganiayakan makhluk2 yg lemah .
 
  Wassalam......

[EMAIL PROTECTED] wrote:
     
Thu | Mar 30, 06 | 05:59:54 PM
Oleh Muhammad Azamin  SEDANG saya menjamu selera tengah hari baru-
baru ini saya didekati seorang kanak-kanak. Andai saya, melihat pada
susuk tubuhnya, dia berusia sembilan tahun * darjah tiga. Dengan
wajah keletihan dan badan lenjun peluh, si kecil menyua kotak kismis
berharga RM1.00 sambil bersuara "...derma untuk anak yatim, Encik."

Terbit simpati lantas menderma semampu saya. Sempat saya menyoalnya
walaupun nampak si kecil ini keberatan, terketar-terketar dan malu-
malu alah menjawabnya.

"Ustaz hantar ke sini dan petang nanti ustaz datang jemput," katanya
mengakhiri perbualan.

Saya sebenarnya kabur dan keliru kerana selama beberapa kali
dihampiri oleh anak-anak ini, belum sampai ke pengetahuan saya
apakah objektif, tujuan dana ini dikutip dan mengapa pula mereka
pula ditugaskan meminta derma?

Mungkin saya tersalah raba, namun barangkali tujuan derma itu adalah
untuk menambah dan menampung hal ehwal kewangan yang ditampung oleh
sekolah anak-anak yatim terbabit. Selain untuk melatih supaya kanak-
kanak ini belajar untuk berdikari di samping memberi imbuhan seperti
upah kepada mereka untuk sara hidup?

Walau apapun tujuannya, sesuaikah mereka dibebani tugas dan
tanggungjawab yang layaknya digalas oleh orang dewasa * orang tua?

Bukankah kerja menjaga, melindungi dan membantu hatta mencari wang
keperluan mereka adalah urusan penjaga, mudir, pengetua, cikgu,
ustaz dan sesiapa yang mempunyai kuasa.

Anak-anak yatim adalah anugerah Allah dan mereka diberi keistimewaan
tempatnya atas posisi mereka yang tiada ibu ayah sebagai tempat
bergantung. Amanah ini wajarnya dipikul bersama dan bukannya
diagihkan pula kepada anak-anak yatim itu sendiri.

Masa yang diluangkan untuk meminta derma sewajarnya digunakan untuk
belajar, beriadah, bersukan dan bermain sesuai dengan jiwa dan usia
mereka.

Tetapi lihatlah betapa ramai anak-anak yatim yang bertebaran diceruk
ibu kota menjinjing tisu, kalendar, buku, kismis dan aneka peralatan
atas nama pengorbanan, berdikari dan ujian Ilahi.

Tenunglah mata mereka. Rautnya memancar kelesuan dan keletihan.

Sudahlah malamnya tiada alunan dan usapan manja ibu ayah,  siangnya
pula dibiarkan sendiri keseorangan ke hulu ke hilir meminta simpati.

Soalan mudah. Adakah mereka yang menghantar atau memberi tugas
kepada anak-anak yatim sanggup melakukan perkara yang sama kepada
anak sendiri?

Apabila anak sendiri pulang membawa kad hijau bertajuk `walkathon *
jogathon' atas nama derma sekolah, kita secara spontan menjuih bibir
dan merengus. Keluhan kita bukan kerana wang yang diminta tetapi
kecewa kerana anak sendiri dipaksa berjalan mengutip dana dari rumah
ke rumah atau orang perseorangan.

Tiada terfikirkah akan keselamatan mereka sewaktu mereka `bertugas'?

Kalau syarikat swasta dan jabatan kerjaaan, kakitangannya mempunyai
insurans dan perlindungan. Terjadi sesuatu melaksanakan kerja, maka
ada jaminan mereka.

Bagaimana pula kalau si kecil ini disamun hasil kutipan mereka,
dibelasah atau `dipau' oleh orang yang tidak bertanggunjawab?

Saya pernah melihat seorang anak yatim yang berlegar keseorangan di
kawasan meletak kereta pusat beli belah. Sudahlah kawasannya gelap,
sunyi pula. Tempat sebegitu rupa mengundang bahaya.

Sambil berlalu saya sempat melihat kelibatnya yang menongkat dagu
termenung sendirian. Barangkali tidak sabar menanti ketibaan penjaga
yang menjemput.

Kalaulah begini rutin hidup mereka, amatlah malang sekali. Sudah
jatuh ditimpa tangga pula.

Maka barangkali kita menyerah bulat-bulat kepada Allah untuk
menjaganya. Jangan atas kelemahan diri, sesenang hati kita
bersuara `...apa yang terjadi adalah ujian Allah dan sabarlah
menghadapi...'

Menjadi tanggungjawab masyarakat dan badan berkuasa mengatasi
kepiluan dan kepayahan anak-anak yatim ini untuk meneruskan kehidupa
mereka.

Seperkara lagi, janganlah kita memalukan imej Islam dengan
membiarkan anak-anak Islam ini berkeliaran meminta-minta. Pernah
lihatkah kita anak-anak kecil bukan Islam melakukan hal yang sama?

`Anak udang, udang juga, tak sama anak tenggiri*
Anak orang, orang juga, tak sama anak sendiri.'

Janganlah kerana anak-anak yatim ini adalah anak orang, kita
Janganlah kerana anak yatim ini anak orang, kita perlakukan sesuka
hati tetapi jika anak sendiri kita tak sampai hati...

Saya pulangkan kembali kepada sesiapa yang mahu mematahkan hujah
ini.- lanh









  
---------------------------------
  Blab-away for as little as 1ยข/min. Make PC-to-Phone Calls using Yahoo! Messenger with Voice.  
---------------------------------
  New Yahoo! Messenger with Voice. Call regular phones from your PC and save big.

--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".

--------------------------------------------------------------------------

Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia  : http://www.abim.org.my
Jamaah Islah Malaysia          : http://www.jim.org.my
Radio Islam Kuliyyah           : http://www.kuliyyah.com
Palestinkini Info              : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera      : http://pk-sejahtera.org
Fiqh Siber                     : http://al-ahkam.net/
The Muslim Brotherhood         : http://ikhwanweb.com



  SPONSORED LINKS
        Divine inspiration   Islam
  
---------------------------------
  YAHOO! GROUPS LINKS

  
    Visit your group "hidayahnet" on the web.
  
    To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
  
    Your use of Yahoo! Groups is subject to the Yahoo! Terms of Service.

  
---------------------------------




     
---------------------------------
New Yahoo! Messenger with Voice. Call regular phones from your PC and save big.
     
---------------------------------
New Yahoo! Messenger with Voice. Call regular phones from your PC and save big.

DISCLAIMER:

This e-mail (including any attachments) may contain confidential information. If you are not the intended recipient, you are hereby notified that any review, distribution, printing, copying or use of this e-mail is strictly prohibited. If you have received this e-mail in error, please notify the sender or Bursa Malaysia immediately and delete the original message. Opinions, conclusions and other information in this e-mail that do not relate to the official business of Bursa Malaysia and/or its group of companies ("Bursa Malaysia Group") shall be understood as neither given nor endorsed by Bursa Malaysia Group and Bursa Malaysia Group accepts no responsibility for the same. All liability arising from or in connection with computer viruses and/or corrupted e-mails is excluded to the fullest extent permitted by law.





--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".

--------------------------------------------------------------------------

Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia  : http://www.abim.org.my
Jamaah Islah Malaysia          : http://www.jim.org.my
Radio Islam Kuliyyah           : http://www.kuliyyah.com
Palestinkini Info              : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera      : http://pk-sejahtera.org
Fiqh Siber                     : http://al-ahkam.net/
The Muslim Brotherhood         : http://ikhwanweb.com




SPONSORED LINKS
Divine inspiration Islam


YAHOO! GROUPS LINKS




Kirim email ke