| JKKK pertubuhan haram? |
| TEMERLOH, 20 April (Hrkh) - "Jawatankuasa Kemajuan dan Kemajuan Kampung (JKKK) adalah pertubuhan tidak berdaftar yang mana ianya tidak boleh memiliki tanah. Dari itu Lesen NO A5/89 atas nama JKKK Kampung Awah dibatalkan,"begitulah petikan surat Pejabat Tanah Daerah Maran kepada Pengerusi JKKK Kampung Awah, Mat Yusoh Mat Zin bertarikh 1 Disember 1992. Surat yang ditandatangai oleh Abdul Manan Abdul Rahman, Ketua Penolong Pentadbir Tanah Daerah Maran ketika itu sekaligus membatalkan lesen Tol yang diberi kepada JKKK kampung berkenaan yang memohon tanah secara berkelompok seluas 14.3 hektar (45 ekar). Adalah nyata melalui surat tersebut telah memperjelaskan status JKKK sebagai sebuah pertubuhan tidak berdaftar (haram?) kerana itu ia tidak boleh memiliki tanah. Mengulas isu tersebut, bekas Ketua Kampung Awah, Mat Yusuf Mat Zin 72, berkata beliau tidak menyangka memimpin sebuah pertubuhan tidak berdaftar (haram?). "Patutlah pihak pejabat tanah menarik balik kelulusan dan lesen yang telah diluluskan lepada kepada JKKK kampung Awah yang memohon tanah berkelompok seluas 45 ekar di Batu 6, Jalan Cenor lama itu," katanya. Bagaimanapun, kata beliau, semasa menjadi Pengerusi JKKK soal tersebut (JKKK tidak berdaftar) tidak pernah berbangkit seoleh sesiapa. "Saya menjalankan tugas dengan sebaiknya dan soal JKKK tidak berdaftar tidak pernah berbangkit," ujarnya. Sementara itu, di Bera, JKKK Kampung Batu Papan diberi lesen pembalakan No TT 2/2006 (TPS) di kawasan tanah kerajaan seluas 172.58 hektar (kira-kira 500 ekar) untuk mengeluarkan hasil kayu balak. Persoalanya apakah status JKKK Kampung Batu Papan dengan JKKK kampung Awah berbeza sehingga membolehnya JKKK Batu Papan mendapatkan lesen pembalakan. JKKK berkenaan melalui kontraktor pembalakan, Amir Timber Trading telah mengeluarkan hasil balak dari kawasan tersebut. Ini menimbulkan bantahan di kalangan penduduk orang asli yang mendakwa kawasan tersebut adalah tanah rizab mereka (orang asli). Seorang peguam, Ahmad Nizam Hamid berkata, jika mengambil kira surat Pejabat Tanah Maran kepada JKKK Kampung Awah yang menyatakan JKKK sebagai pertubuhan tidak berdaftar dan tidak layak memiliki tanah, maka JKKK Batu Papan juga tidak harus diberi lesen pembalakan. |
Yahoo! Messenger NEW - crystal clear PC to PC calling worldwide with voicemail
--------------------------------------------------------------------------
All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".
--------------------------------------------------------------------------
Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia : http://www.abim.org.my
Jamaah Islah Malaysia : http://www.jim.org.my
Radio Islam Kuliyyah : http://www.kuliyyah.com
Palestinkini Info : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera : http://pk-sejahtera.org
Fiqh Siber : http://al-ahkam.net/
The Muslim Brotherhood : http://ikhwanweb.com
YAHOO! GROUPS LINKS
- Visit your group "hidayahnet" on the web.
- To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
- Your use of Yahoo! Groups is subject to the Yahoo! Terms of Service.
