Oleh Nurul Adlina Kamaludin
Pereka fesyen bukan Muslim Denmark hasilkan tudung untuk bersukan, selesa, praktikal
NAMA Denmark dan Belanda terlalu sensitif buat masyarakat Islam berikutan kes penghinaan Nabi Muhammad dan sentimen anti-Islam, tidak lama dulu. Jika Denmark terkenal dengan tindakannya mempersendakan Islam, Belanda pula dengan dasar didakwa anti imigran, khususnya yang membabitkan warga Muslim.
Namun siapa sangka, di celah-celah warganya yang berfikiran cetek mengenai agama Islam dan umatnya, masih ada 'permata' yang beranggapan sebaliknya.
Permata yang cuba menunjukkan Islam dan warga muslimnya tidaklah sejahat seperti dilabelkan Barat. Permata yang dikenali pada peringkat antarabangsa mencanangkan kewajaran wanita memakai tudung sebagai hak kebebasan insan mempraktikkan amalan agamanya.
Apa yang menarik, permata dimaksudkan ini bukannya beragama Islam, tetapi insan biasa yang mahu menegakkan kebenaran dan hak masyarakat Islam, khususnya golongan muslimah untuk bersama-sama wanita lain.
Inilah keistimewaan warga Belanda, Cindy Van Dremen yang turut popular di Denmark, memilih cara tersendiri untuk menonjolkan ciri unik Islam, khususnya kewajipan golongan Muslimah mengenakan tudung atau hijab.
Bersenjatakan idea, kreativiti dan pena sejak 1999, Cindy menzahirkan niat murninya di atas kertas dengan melakar pelbagai fesyen tudung yang menarik, logik dan praktikal. Fesyen tudung 'hip' yang menyaksikan hijab biasa diberi nafas baru–baik bentuk dan kain digunakan bagi membolehkan wanita Muslimah selesa menggunakannya ketika bersukan.
Senjata penanya itu turut diperluaskan lagi dengan menghasilkan buku memaparkan 25 imej wanita dengan gaya hijab berbeza. Buku itu membawa Cindy merantau melangkaui Belanda bagi memberi ceramah dan debat mengenai tudung.
Atas usahanya itu, Cindy juga pernah meraih hadiah anugerah Jepun 'Rekaan Terbaik' kerana rekaan tudungnya itu.
Namun sebagaimana pelik bunyinya, apakah sebenarnya yang menyebabkan kaitan hijab ini dengan seorang wanita bukan Islam seperti Cindy? Apakah yang menyebabkannya beriya-iya memperjuangkan hak pemakaian tudung, biarpun dilihat membelakangi dasar kerajaannya?
"Niat saya cuma satu – supaya wanita yang menutup aurat ini tidak disisihkan hanya kerana mempraktikkan tuntutan agama. Sebagai pereka fesyen, senjata saya cuma pena dan lakaran yang saya buat boleh dilihat menerusi pelbagai projek yang dihasilkan.
Kenyataannya itu jelas terbentang di laman webnya, www.cvdbremen.nl selain paparan sebahagian gambarnya - gadis bermata biru, berambut perang sambil tersenyum lebar.
Malah, dia sememangnya layak untuk tersenyum lebar kerana hijab rekaannya yang dikenali 'capster' itu bukan sekadar merevolusi tudung pada peringkat antarabangsa, lebih penting mengikis tanggapan sinis masyarakat Barat terhadap ciri menutup aurat itu.
Ia memberi kesempatan kepada pelajar dan guru Muslim memakai pakaian alternatif apabila ke gimnasium tanpa perlu risau tudung mereka boleh koyak atau tertanggal.
Ciptaannya bertumpu kepada penggunaan 'capster' bagi empat kegunaan dan ciri berbeza sukan – tennis, meluncur ais, aerobik, sukan luar. Dalam warna menarik termasuk putih, merah dan kelabu, ia turut diakui ulama di Belanda sebagai menepati ciri pakaian ditetapkan Islam.
Hari ini, senyumannya pasti lebih lebar kerana hijab 'capster' itu amat popular di Eropah sehinggakan kesempatan membuka laman web menjual hijab, mendapati tudung Cindy itu sudah kehabisan stok!
Laman web Britain itu menyenaraikan empat jenis 'capster' pada harga antara £14–£17 (RM106–RM129) setiap satu.
Usaha murninya bermula pada 1999 ketika Cindy, yang menuntut di Akademi Eindhoven, mencari projek khas yang menjadi syarat mendapatkan ijazah. Tumpuannya satu - mencari idea menyelesaikan masalah yang sememangnya hangat ketika itu - masalah wanita bertudung.
Ini berikutan tindakan Suruhanjaya Hak Layanan Sama Belanda, memutuskan sekolah mungkin mengharamkan wanita Muslim memakai tudung ke gimnasium.
Akibatnya, ramai yang sebaliknya tidak mengendahkan arahan itu dan tidak mengikuti langsung kelas itu.
Pada masa sama juga, Belanda sedang bergelut dengan masalah kepelbagaian budaya – trend yang kemuncaknya hanya dilihat beberapa tahun kemudian iaitu pembunuhan ahli politik antiimigran atau pendatang asing, Pim Fortuyn dan pengarah filem radikal, Theo Van Gogh.
Kontroversi di Belanda itu sebaliknya menggerakkan naluri Cindy menyatukan fahaman politiknya yang bencikan diskriminasi kaum dan agama dengan kepakarannya.
Beberapa bulan kemudian, lahirlah hijab 'capster' – moden, bergaya tapi paling penting masih menutup aurat yang memperkenalkannya kepada media antarabangsa disebabkan usaha uniknya itu.
Sebuah media Amerika Syarikat (AS) turut mendekati beberapa pembeli 'capster'.
Farah Azwi, pelajar sebuah universiti London yang memakai tudung sejak usianya mencecah 16 tahun, menganggap kehadiran capster itu satu kelegaan tersendiri.
"Sebelum capster, saya cuba pelbagai cara – memakai bandanna dan cuba mengikat tudung pelbagai gaya, tetapi masih tidak praktikal.
"Capster memudahkan saya untuk bersukan tanpa menampakkan leher dan sesuai pula digayakan dengan pakaian sukan lain seperti Nike dan Adidas," katanya.
Berikutan sambutan luar jangkaan itu, perniagaan Cindy kini diperhebatkan. Pada masa sama, dia bersama dengan jurugambar keturunan Iran, Giti Entezami menghasilkan buku bertajuk Sharing Motives mengenai pelbagai bentuk hijab.
Kini, bukan saja Cindy mampu tersenyum lebar, tetapi wanita Muslim juga lega kerana ada pilihan bagi terus melakukan kegiatan sukan tanpa perlu mendedahkan aurat.
Usaha Cindy bukan setakat merevolusi tudung pada peringkat dunia, tetapi membuka mata ramai yang pemakaian hijab itu bukanlah satu alasan untuk wanita muslim disisihkan. Bayangkanlah keadaan dunia yang pastinya aman jika ada ramai permata seperti Cindy Van Bremen.

--
Posted by Pak Ngah to Bicara Bersama Pak Ngah at 4/23/2006 08:29:00 AM
--
"Sesungguhnya Solatku, Ibadatku, Hidupku dan Matiku adalah kerana Allah Tuhan Semesta Alam"
Bicara Pak Ngah
http://pakngah70.blogspot.com/
--------------------------------------------------------------------------
All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".
--------------------------------------------------------------------------
Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia : http://www.abim.org.my
Jamaah Islah Malaysia : http://www.jim.org.my
Radio Islam Kuliyyah : http://www.kuliyyah.com
Palestinkini Info : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera : http://pk-sejahtera.org
Fiqh Siber : http://al-ahkam.net/
The Muslim Brotherhood : http://ikhwanweb.com
SPONSORED LINKS
| Divine inspiration | Islam |
YAHOO! GROUPS LINKS
- Visit your group "hidayahnet" on the web.
- To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
- Your use of Yahoo! Groups is subject to the Yahoo! Terms of Service.