Assalamu `alaikum warahmatullahi wabarakatuh,
 
Puji dan puja hanya sanya bagi Allah subhanahu wataala, Tuhan Sekalian Alam. 
Selawat dan salam buat junjungan pilihan, Rasulullah sallAllahu alaihi wasallam, kekasih Allah dan kekasih kita.  Juga buat ahli keluarga, para sahabat, tabi' dan tabi'in yang dengan budi mereka telah menyampaikan kita akan nikmat Islam dan Iman.
 
Sedikit perkongsian ringkas susulan dari kertas kerja bertajuk HALAL & HARAM DALAM URUSAN KEWANGAN : ANTARA DOSA & KEMEWAHAN oleh as-Syeikh Ust Hj Zaharuddin Hj Abd Rahman yang telah dibentangkan pada 15/4/06 di dalam satu seminar di Kuala Lumpur.  Pada pendapat saya beliau adalah pendakwah kontemporari yang terkenal di Malaysia di kalangan pencinta ilmu, khususnya dalam membincangkan sistem muamalah Islam dan fiqh awlawiyyat.  WAllahu a'lam.
 
==============================================================================================================================
HUKUMAN RIBA'
 
1.      Riba' dihukumkan sebagai antara DOSA BESAR.
 
2.      Pemakan dan Pemberi RIBA' perangi Allah subhanahu wataala dan Rasulullah sallAllahu alaihi wasallam.
 
Firman Allah subhanahu wataala:
"Wahai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kamu kepada Allah subhanahu wataala dan tinggalkanlah saki baki RIBA sekiranya kamu benar-benar beriman, sekiranya kamu tidak meninggalkannya, isytiharkanlah perang dengan Allah dan RasulNya" (Al-Baqarah : 278)
 
-  Ikhwanul muslimin, betapa beratnya ayat ini hendak saya terima.  Bagi yang berhati lunak dengan agama, apabila dibaca ayat ini terasa gementar jasadnya, tak tertahan air mata…terus meluncur, bercucur.  Gerun.  Betapa Allah pujaan kita menyuruh kita agar mengisytiharkan perang denganNya dan RasulNya jika kita masih berdegil tidak mahu meninggalkan RIBA.  Ayat inilah yang membuatkan saya kuat terpanggil untuk disampaikan pada kalian. 
 
-  Mahukah kita berperang dengan Allah dan RasulNya???
 
3.      Kehilangan Berkat Harta dan Kehidupan.
 
a)  Firman Allah subhanahu wataala:
"Allah menghancurkan keberkatan keran RIBA dan menambahkan keberkatan dari sedeqah" (Al-Baqarah : 276)
 
b)  Sabda Rasulullah sallAllahu alaihi wasallam dari ibnu Mas'ud radhiAllahu `anhu:
Ertinya:  "Sesungguhnya RIBA walaupun lumayan (dari sudut kuantiti) tetapi hasilnya ia akan membawa kepada sedikit dan papa"  (Riwayat Ahmad, al-Hakim)
 
c)  Berkata Ibn Abbas radhiAllahu `anhu:
Ertinya:  "Tidak diterima dari pemakan RIBA' (yang menggunakan harta RIBA') sedeqahnya, hajinya, jihadnya dan persaudaraannya" – Al-Jami' li Ahkami Quran, al-Qurtubi, 3/362; az-Zawajir, ibid, 1/224
 
-  Apa guna hidup tanpa barakah???  Hidup mungkin kaya, hasil pelaburan mungkin berganda.  Namun, janganlah dengan mengejar kekayaan dan kemewahan itu membuatkan kita makin jauh dari rahmat Allah, malah mengundang murka Allah.
 
4.      Seperti Berzina Dengan Ibu Bapa Sendiri
 
Nabi sallAllahu alaihi wasallam bersabda :
Ertinya :  "RIBA' mempunyai 73 pintu, RIBA' yang paling ringan (dosanya) seperti seorang lelaki berzina dengan ibunya.. " (Riwayat Ibn Majah dan al-Hakim) – Ibn Majah, 2/764 ; Al-Hakim, 2/37 al-Hakim : Sohih menurut syarat al-Bukhari dan Muslim.
 
5.      Lebih Berat Dari 30 Kali Zina.
 
Nabi sallAllahu alaihi wasallam bersabda :
Ertinya:  "Satu dirham RIBA' yang dimakan oleh seorang lelaki dalam keadaan ia mengetahuinya lebih buruk dari berzina sebanyak 36 kali"  (Riwayat Ahmad & ad-Dar Qutni) – Musnad Ahmad, 2/225; ad-Dar Qutni, hlm 295; Albani mengatakan sohih dalam Ghayatul Maram fi Takhrij Hadith Al-Halal wal Haram lil Qaradhawi, hlm 103.
 
==============================================================================================================================
Cukuplah dengan dalil di atas bagi membuatkan kita cukup2 insaf dan gerun akan amaran/ancaman dan murka Allah subhanahu wataala berkenaan RIBA'.  InsyaAllah, di kesempatan lain barangkali, akan saya berkongsi dengan kalian antara perkara2 lain yang turut disentuh oleh as-Syeikh Ust Hj Zaharuddin Hj Abd Rahman di dalam seminar tersebut.  Biarlah kita ambil yang sedikit ini dahulu dan diamalkan.
 
Beralihlah ke sistem muamalah Islam yang pastinya bebas dari RIBA'.  Berikut adalah antara perkara yang boleh menjuruskan kita kepada RIBA':
1.      Perbankan konvensional
2.      Insurans konvensional
3.      Urusan hutang piutang (tidak kira dengan institusi mahupun dengan individu seperti kawan, adik-beradik dll, apatah lagi dengan ah-long)
4.      Urusan muamalah berkaitan item RIBAWI seperti emas, perak, gandum, barli, tamar dan garam.
 
Saranan:
1.      Beralihlah kepada Perbankan Islam.
2.      Beralihlah kepada Takaful.
3.      Tambahilah ilmu dengan mendekatkan diri kita dengan majlis ilmu.  Agar kita berupaya mengenalpasti perkara2 berkaitan RIBA', lantas menjadikan urusan muamalah seperti hutang dan berkaitan item RIBAWI menepati cara yang dibenarkan syara'.
 
Sebarkanlah!
Sebarang komen bolehlah diemelkan kepada [EMAIL PROTECTED].
Moga ini dikira salah satu amal yang diterima untuk mendekatkan diri dengan Rabbul `alamin.  WAllahu a'lam.


For your Family Takaful needs, please contact:
SHAHMUZIR BIN NORDZAHIR
FG41037 Takaful Consultant
Takaful Ikhlas Sdn. Bhd.
Phone :  019-3826408
Email  :  [EMAIL PROTECTED]


--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".

--------------------------------------------------------------------------

Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia  : http://www.abim.org.my
Jamaah Islah Malaysia          : http://www.jim.org.my
Radio Islam Kuliyyah           : http://www.kuliyyah.com
Palestinkini Info              : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera      : http://pk-sejahtera.org
Fiqh Siber                     : http://al-ahkam.net/
The Muslim Brotherhood         : http://ikhwanweb.com




SPONSORED LINKS
Divine inspiration Islam


YAHOO! GROUPS LINKS




Kirim email ke