Wed | Apr 26, 06 | 11:44:06 AM
Oleh Herman Samsudeen  CHERAS, 26 April (Hrkh) -
Pengerusi Lajnah Kebajikan Dewan Pemuda PAS Pusat yang
juga Ketua Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Ustaz
Riduan Mohd Nor diiringi oleh Ustaz Nik Abduh Nik Abd
Aziz berserta AJK DPPK Bandar Tun Razak telah
mengunjungi rumah keluarga salah seorang tahanan Akta
Keselamatan Dalam Negeri (ISA) Rafi Udin, di rumah
Flat Taman Ibu Kota, Bandar Tun Razak.

Kunjungan wakil Dewan Pemuda PAS ini disambut mesra
oleh ahli keluarga tahanan berkenaan yang kini hanya
tinggal isteri tahanan iaitu Puan Rose Gida @ Roslina
Abdullah dan tiga orang anak beliau. Dua orang lagi
anak perempuan beliau tinggal di Asrama SMK Sri
Bintang.

Pada kunjungan ini, Ustaz Riduan telah menyerahkan
sedikit sumbangan dan bertanyakan khabar berita
keluarga ini. Amat menyedihkan, kerana dengan
pendapatan yang kurang dari RM 1000 sebulan, keluarga
ini dihimpit dengan pelbagai dugaan.

Anak sulung Puan Rose kini disahkan menghidap penyakit
Skoliosis Idiopatik Adolesen (tulang belakang
bengkok).

Beliau yang baru menyedari yang anak perempuan
kesayangannya itu menghidapi masalah di bahagian
tulang belakang begitu resah dan risau kerana kos bagi
pembedahan anaknya dianggarkan melebihi RM 18,000.00.

Menurut Ketua kaedah sistem instrumentasispinal untuk
rawatan penyakit Skoliosis Idiopatik Adolesen, Datuk
Prof Mohamad Abdul Razak, HUKM yang ditemui oleh Puan
Rose, penyakit Skoliosis Idiopatik Adolesen jika tidak
mendapat rawatan, boleh membawa kepada maut kerana ia
menganggu sistem pernafasan dan menyebabkan jantung
tidak dapat berfungsi.

Oleh itu Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan
bekerjasama dengan Dewan Pemuda PAS Pusat untuk
membantu keluarga ini bagi mengumpulkan dana bantuan
sebelum pertengahan bulan Mei ini.

Bagi mereka yang berhasrat untuk menghulurkan derma
bolehlah menyalurkan derma anda kepada:

Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, No Akaun Bank
Islam : 14023010000110

Segala Cek Berpalang atau Bank Draf hendaklah
ditujukan atas nama Dewan Pemuda PAS Wilayah
Persekutuan.

Sekiranya anda telah memasukkan wang ke dalam akaun
DPPWP, sila hubungi pihak kami untuk makluman dan
pengesahan di talian 019-3728844 (Ust Riduan).

Anda juga boleh menghantar derma anda terus kepada
pejabat Dewan Pemuda PAS Pusat di Taman Melewar kepada
En. Suhaimi Abdul Aziz  (017-3423283).

Sesungguhnya derma anda dapat menyelamatkan satu nyawa
dan menceriakan semula keluarga yang dilanda duka ini.



    
  
  Adat Bersendikan Hukum , Hukum Bersendikan Kitab Allah
  Syarak Mengata , Adat Menurut
  
  Sila layari Blog PAS N.Sembilan di http://pasns.blogspot.com
  




__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Tired of spam?  Yahoo! Mail has the best spam protection around
http://mail.yahoo.com




--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".

--------------------------------------------------------------------------

Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia  : http://www.abim.org.my
Jamaah Islah Malaysia          : http://www.jim.org.my
Radio Islam Kuliyyah           : http://www.kuliyyah.com
Palestinkini Info              : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera      : http://pk-sejahtera.org
Fiqh Siber                     : http://al-ahkam.net/
The Muslim Brotherhood         : http://ikhwanweb.com




SPONSORED LINKS
Divine inspiration Islam


YAHOO! GROUPS LINKS




Kirim email ke