Perjuangan HAMMAS adalah penerusan pelaksanaan manhaj taygyir berasaskan fikrah Imam al-Syahid Hassan al-Banna.
 
Penglibatan politik pilihanraya adalah sebahagian daripada siasah haraki dalam manhaj taygyir yang syumul.
 
Kejayaan diukur bukan kepada berjaya dalam plihanraya atau tidak tetapi diukur sejak langkah pertama menyusun langkah pertama gerakkan perubahan. Adakah ia menepati manhaj nabawi dalam siasah harakah Islamiah atau tidak.
 
Kejayaan bukan diukur pada kejelasan matlamat perjuangan semata-mata tetapi sejauhmana perjuangan itu mengikuti sunnah generasi yang sudah berjaya. Generasi al-Quran telah berjaya diubah aqidah dan neraca hidup mereka ; matlamat hidup dan caea berfikir untuk merealisasikan matlamat, telah diubah sikap dan tingkah laku mereka, telah diubah adat dan budaya mereka, telah diubah perasaan cinta mereka.. segala-galanya berubah daripada jahiliah kepada islam.
 
Telah diketahui bahawa sesuatu amalan tidak dikira iabadah kecuali jelas niat dan matlamatnya serta bertepatan pula caranya dengan kaedah syarak.
 
Perubahan teori dan praktik, aqidah dan suluk, kefahaman dan amalan sekaligus. Inilah perubahan yang telah dilakukan oleh rasulullah s.a.w., Yang diteruskan oleh Khulafa al-Rasyidin yang dihidupkan semula oleh imam al-Banna, Syaikh Yaasin dan semua mujahid ikhwan pada abad ini.
 
Tidak akan sempurna perubahan ini melainkan melalui proses pentarbiyahan. Tarbiah yang betul berlandaskan manhaj Rabbani, Rabbaniah Ta'lim dan tarbawi.
 
Masing-masing duah sibuk melihat kedalam dirinya dimanakah kedudukan jiwanya disisi Allah..ammarah, lawwamah atau mutmainnah.
 
Cintakan ibadat, manis dan lazat bermunajat, rindukan majlis-majlis akhirat atau jiwa yang masih liar.. Inilah intipati majlis Umar Abdul Aziz..yang merupakan murid kepada Ubaidillah r.a.
Wallahu a'lam.

[EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED] wrote:
Assalamualaikum wrm wbt.
 
Benar juga, tak salah nak disebut Hamas belajar dari Pas atau Pas belajar dari Hammas, tapi dalam kita menilai kedua Parti politik ini kita dapati memang Pas lebih berpengalaman dalam sepak terajang politik (pilihan raya). Itu yg dimaksudkan oleh sdr Mazlee. Pas pernah merasa menang dan pernah merasa kalah dan cukup masak dengan  penipuan dalam pilihan raya itu sendiri dan mereka arif tentang di mana silapnya Parti mereka.  Pengalaman itu kan sangat berharga?.  Memandangkan Hammas hanya baru bermula dan akan  menghadapi pilihan raya demi pilihan raya dengan taktik Parti Fatah yang belum diduga. Walaupun suasana tak sama antara Palestin dan Malaysia. (Itu fakta). Tapi tentang keistimewaan Hammas  juga tak kita nafikan sebagaimana  mereka membina kekuatan yang benar2 mantap sebelum mengambil keputusan memasuki pilihan raya. Mereka mempunyai hospital sendiri, sekolah sendiri dan badan kebajikan yang banyak yang boleh menambat hati rakyat. Tentu gerakan2 Islam ini sangat perlu bergandingan demi Mendaulahkan sebuah kerajaan Islam dan perlu bertukar maklumat demi ke arah kekukuhan Gerakan itu sendiri.
 
Wasalam.      
 

[EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED] wrote:
     Jujurnya tak salah jugak..takde apa masalah pun kalau kita nak cakap PAS perlu belajar dari HAMAS..Saya juga penyokong PAS. Tak salah merendah diri untuk belajar pada yang muda. Apalah sangat kita nak banggakan dengan kelebihan kita. Tuhan boleh bagi sekejap dan DIA boleh ambil balik pun sekejap je. MAkhluk tidak sempurna begitu juga individu mahupun parti. Jika kita mempertikaikan sebahagian kelemahan HAMAS, PAS juga ada lemahnya yang kita sendiri sebagai ahli tak perlu membohongi kelemahan yang kadang-kala kita tidak dapat elakkan. Yang utama adalag saling kukuh-mengukuhkan antara satu sama lain selagi mana dasar perjuangan dan juga cara perlaksanaan adalah di atas Quran & Sunnah. Juga kita patut fahami, kadang-kala kerosakan yang kecil terpaksa dilakukan untuk memerolehi manfaat yang besar kepada kemaslahatan ummah.
ALLAH MAHA BERKUASA, makhluk langsung tiada kuasa. 2 contoh antara PAS & HAMAS ni perlu kita ambil pelajaran, PAS dengan pengalamannya..HAMAS pula bagaimana? Kemahiran mungkin. Seperti pelajar/pekerja juga...ada yang berpengalaman tapi kemahiran di takuk lama. Ada yang berkemahiran lantas diasahkan maju masa ke masa menjadi satu pengalaman mahir. nah..tidak sama kan..
 
Saya bukanlah mempertahankan HAMAS atau PAS tapi terpanggil untuk kita menilai secara lebih mendalam. Tak salah kita merendah diri mengatakan, "Benar Tuan..saya jahil saya perlu banyak belajar..baiklah saya akan ambil pelajaran daripada kemenangan mereka." Bukankah sikap ini lebih positif daripada sifat positif,"PAS patu belajar dengan HAMAS?, HAMAS yang patut belajar daripada PAS."
 
HAMAS lebih mengahadapi makar yahudi yang lebih dahsyat daripada kita di M'sia...Kegigihan mereka mempertahankan agama&tanah air atas desakan suasana sekeliling lebih kuat.
 
Oleh demikian gabungan pengalaman (lazimnya orang tua-tua) dengan kemahiran (lazimnya rang muda-muda) adalah amat diperlukan dalam memperjuangkan agama ISLAM amnya di seluruh alam, khususnya di M'sia ini. Saya pohon maaf sekiranya terdapat perkataan-perkataan saya yang kurang sesuai. Saya sudi ditegur atas kekurangan saya dengan itu mudah-mudahan dapat saya perbaiki demi ISLAM yang tercinta.
 
 
 
ALLAHu'alam
 
 
 
 
 
 

Malik"@yahoo.com wrote:
HAMAS perlu belajar dari PAS
 
Maszlee Malik
 
 
Selepas diumumkan kemenangan HAMAS lewat pilihanraya 25 Januari 2006 yang lalu, banyak komen yang telah diutarakan oleh para Islamis di Malaysia. Antara lain, kata seorang aktivis PAS, yang merupakan rakan penulis: "PAS kena belajar dari HAMAS nih...". Logiknya menurut beliau, kejayaan HAMAS yang baru pertama kali menyertai pilihanraya dan memenanginya adalah satu keajaiban. Pasti HAMAS ada formulanya yang tersendiri. Penulis bersetuju 50% dan kurang bersetuju 50% yang lain. Penulis lebih suka mengatakan: "HAMAS perlu belajar dari PAS", mengapa?
 
HAMAS yang ditubuhkan pada tahun 1987 baru pertama kali menyertai pilihanraya umum (PRU). Berbanding dengan PAS, PAS telah menyertai pilihanraya umum semenjak hari pertama ia ditubuhkan. Hampir setengah abad lamanya pengalaman PAS di dalam menyertai pilihanraya. Bukankah seseorang yang telah berpengalaman itu lebih perlu dijadikan tauladan berbanding mereka yang baru belajar bertatih. Sepak terajang pilihanraya serta selok beloknya lebih difahami oleh mereka yang telah 11 kali terlibat dengan PRU berbanding dengan mereka yang baru berkenalan dengannya.
 
Kemenangan HAMAS adalah buat pertama kali. Berbanding dengan PAS, walaupun PAS hanya memenangi dua buah negeri sepanjangpenglibatannya di dalam PRU, namun itu juga kemenangan bukan? Apa yang lebih menarik lagi ialah kemenangan tersebut telah memberikan PAS pengalaman untuk memerintah sebuah negeri. Jika dilihat dari sudut positif, PAS merupakan parti Islam yang pertama dapat mempertahankan negeri yang diperintahnya lebih 15 tahun. Sudah tentu pengalaman 15 tahun memerintah, mengururskan dan mempertahankan negeri tersebut lebih berharga dan lebih bermanfaat untuk dipelajari. HAMAS yang baru sahaja memenangi PRU perlu mempelajari teknik memerintah, menguruskan dan juga memepertahankan Gaza dan Tebing Barat menurut pengalaman PAS.
 
HAMAS mungkin sekarang ini sedang menimba pengalaman kemenangan. Bagi PAS, bukan hanya pengalaman kemenangan, tetapi juga pengalaman mempertahankan kemenangan dan pengalaman menghadapi kekalahan. PAS pernah kehilangan Kelantan, dan menawannya semula pada tahun 1990. PAS pernah kehilangan Terengganu, dan menawannya semula pada tahun 1999, dan akhirnya kehilangannya sekali lagi. Kelemahan dan juga tipu daya mush di dalam menyebabkan kekalahan-kekalahan PAS juga merupakan pengalaman dan juga ilmu yang berharga untuk dijadikan panduan bagi HAMAS.
 
HAMAS mungkin mempunyai sokongan dari beberapa calon Kristian, malah mempunyai seorang menteri Kristian di dalam kabinet mereka. PAS pula telah berpengalaman membuat koalisi dengan non-muslim semenjak tahun 1986 lagi. Bermula dari CCC sehinggalah ke GERAK dan kemudiannya Barisan Alternatif, merupakan pengalaman koalisi politik yang amat berharga. Pahit manis dan juga liku-liku berkoalisi dengan non-muslim PAS juga merupakan pengalaman yang berguna buat HAMAS. Kesilapan yang pernah dilakukan, ataupun strategi berkompromi yang pernah digunakan oleh PAS juga banyak gunanya untuk HAMAS.
 
HAMAS juga sekarang ini sedang berhadapan dengan tekanan ekonomi dan juga ancaman luaran. Mungkin suasananya agak berbeza, namun PAS melalui kerajaan negeri Kelantan mereka juga sudah lali dengan sekatan dan diskriminasi. Mungkin agak berbeza sebuah negeri dengan sebuah negara, namun apa yang dilakukan oleh PAS untuk terus bangkit walaupun tekanan yang hebat dikenakan, adalah satu pelajaran yang menarik juga buat HAMAS.
 
Walau bagaimanapun, untuk menafikan pencapaian HAMAS dan juga pengalaman mereka juga adalah tidak wajar. Banyak juga pengalaman dan strategi HAMAS yang perlu PAS pelajari jika PAS ingin membuat kejutan seperti HAMAS. Kerja-kerja kebajikan HAMAS, sikap moderat HAMAS, pendekatan sederhana dan mudah diterima masyarakat Palestin, penonjolan imej dan juga displin ahli-ahli HAMAS   merupakan di antara perkara yang boleh PAS pelajari.
 
Jika benarlah wakil HAMAS, seperti yang telah disebut-sebutkan, akan datang ke Malaysia untuk bertemu dengan Pak Lah. Maka, wakil tersebut juga hendaklah mengambil peluang untuk bertemu dengan Menteri Besar Kelantan dan juga Presiden PAS untuk berkongsi pengalaman. Jika mereka bertemu Pak Lah di atas kapasiti kerajaan yang memerintah Palestin, maka apabila bertemu MB Kelantan dan juga tuan Presiden, dia hendaklah memakai topi "gerakan Islam". Sudah tentunya banyak sekali yang dapat dikongsikan bersama...
 
 


YAHOO! GROUPS LINKS






Do you Yahoo!?
Yahoo! Movies - Search movie info and celeb profiles and photos.

Do you Yahoo!?
Yahoo! Movies - Search movie info and celeb profiles and photos.


Love cheap thrills? Enjoy PC-to-Phone calls to 30+ countries for just 2¢/min with Yahoo! Messenger with Voice.

Love cheap thrills? Enjoy PC-to-Phone calls to 30+ countries for just 2¢/min with Yahoo! Messenger with Voice.


Yahoo! Cars NEW - sell your car and browse thousands of new and used cars online search now

Send instant messages to your online friends http://uk.messenger.yahoo.com

--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".

--------------------------------------------------------------------------

Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia  : http://www.abim.org.my
Jamaah Islah Malaysia          : http://www.jim.org.my
Radio Islam Kuliyyah           : http://www.kuliyyah.com
Palestinkini Info              : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera      : http://pk-sejahtera.org
Fiqh Siber                     : http://al-ahkam.net/
The Muslim Brotherhood         : http://ikhwanweb.com




SPONSORED LINKS
Divine inspiration Islam


YAHOO! GROUPS LINKS




Kirim email ke