cukup hebat kerana keberkesanannya yang nyata luar biasa.
Produk ini berasaskan madu dan campuran pelbagai bahan khasiat lain
spt ekstrak kurma, kismis, buah pala,minyak biji anggur dan ginko biloba.
Istimewanya, BIOhoney ini di adun oleh pengasas IMP, seorang guru Hafiz
Quran yang mempunyai kilang di Kuala Kangsar.
IMP? Maksudnya Islamic Manufacturing Practice. Ini bermakna BIOhoney
di proses mengikut Piawai IMP.
ISLAMIC MANUFACTURING PRACTICE (IMP) sudah lama diperkenalkan kepada
masyarakat dan sedang menunggu pengesahan dari pihak kerajaan.
Secara asasnya, IMP adalah:
* Menggunakan bahan dan sumber yang halal
* Menghasilkan produk yang halal lagi thoyibba
* Proses penyediaan produk mengikut syariat Islam
* Sangat mengutamakan kebersihan dan kesucian
* Berwudhuk dan berdoa sebelum melakukan pekerjaan
* Tidak merosakkan alam sekitar.
PRODUK Bio Honey ini dihasilkan menerusi proses Islamic Manufacturing
Practice (IMP) untuk memastikan kualiti, eflikasi dan keselamatan
produk terjamin. Penyediaan produk berasaskan IMP adalah perlu untuk
memenuhi tuntutan Allah dan Rasulullah, iaitu `halaalan thoyyiba'.
`Halaalan' menyentuh soal halal yang bererti tiada sebarang bahan yang
haram, malah sebarang kontaminasi tidak dibenarkan. `Thoyyiba' pula
bermaksud mendapat keberkatan. Apabila makanan itu masuk ke dalam
perut, ia menjadi darah daging. Apabila darah daging itu dihasilkan
daripada makanan yang halal lagi baik, maka berlakulah empat perubahan
besar pada diri seseorang, iaitu:
pemikirannya - cara berfikir dari maksiat kepada kebajikan.
perasaan dari maksiat ke arah kebajikan.
jiwa/ruh hidup hatinya dengan sentiasa inginkan kebajikan dan kebaikan.
budi pekerti dan akhlak dari tercela kepada kebaikan.
Semua orang mampu menghasilkan produk madu ini tidak kira ia Muslim
mahupun bukan Muslim. Cuma perbezaannya ialah tangan yang bersyahadah
tidak sama dengan tangan yang hanya bersih, tetapi tidak suci
Fungsi khasiatnya adalah spt berikut :
* Meningkatkan dan menyihatkan fizikal dan minda
* Meningkatkan kecerdikan
* Meningkatkan kerajinan belajar
* Menguatkan daya ingatan
* Menghilangkan kelesuan
* Meningkatkan semangat
* Merawat penyakit
* Awet muda
Bio Honey adalah pemanis semula jadi yang mengandungi anti-oksidan
serta sejumlah galian, vitamin dan asid amino. Kesemua bahan ini perlu
dalam memberikan tenaga dan menyumbang kepada oksigen yang akhirnya
menghilangkan rasa malas serta letih bagi kanak-kanak untuk belajar
di sekolah atau tujuan pendidikan lain.
Pada peringkat awal menggunakannya, kanak-kanak akan mengalami beberapa
perubahan berikut:
agak hype disebabkan kandungan kalori yang dihasilkan di dalam
produk ini agak tinggi.
minat terhadap sesuatu agak tinggi, misalnya belajar.
semakin aktif dan tidak sepasif seperti sebelum ini.
mudah untuk bangun pagi ke sekolah.
Antara bahan yang terdapat di dalam produk ini termasuklah ekstrak
kismis, madu, gingko biloba, ekstrak kurma madu, minyak biji anggur
dan badam.
Cara menggunakannya ialah:
minum satu sudu teh pada waktu pagi sebelum sarapan ketika perut
masih kosong. Makan selepas lima hingga 10 minit mengambil madu.
pada waktu malam, minum di antara jam enam hingga tujuh malam.
tidak sesuai untuk bayi di bawah umur setahun.
Bio Honey amat bermanfaat bukan saja apabila selesema atau demam,
malah memberi khasiat yang baik untuk tubuh. Kanak-kanak yang sedang
membesar akan memperlihatkan kecerdasan dan kreativiti mereka kepada
ibu bapa.
----------------------------
PELUANG PERNIAGAAN BERSAMA BIOHONEY
MNC menawarkan pilihan kaedah perniagaan cukup mudah kepada
ahli-ahlinya.
Setiap agen akan diberi laman web sendiri percuma bagi tujuan
promosi secara online dan bantuan promosi juga diberikan. Segalanya
mudah cuma di hujung jari anda sahaja. Anda akan menerima komisen
harian dan bulanan pada setiap belian diatas penajaan anda. Bayangkan,
walaupun anda sedang tidur tetapi anda memperolehi komisen tak
henti-henti selagi web anda dikunjungi ramai pelanggan dan terus
membuat belian melalui web anda. Kalau anda rajin pula promosi secara
offline ,ini lagi hebat dan pendapatan berganda jadinya. Online dapat
offline dapat .Anda juga boleh semak hiraki anda melalui website ini.
Segala urusan penghantaran pula akan di urus oleh pihak Syarikat MNC.
Anda tidak perlu membuat penerangan plan dan produk syarikat tetapi
pihak syarikat yang akan lakukan semuanya untuk anda.
Anda cuma duduk diam-diam saja. Tugas anda PROMOSI! PROMOSI! PROMOSI!
semuanya di depan komputer . Cukup masa terima komisen.
Produk yang berkat ini, insyallah senang dijual sb ia cukup luar
biasa untuk minda yang bermasalah, stress yang berpanjangan dan
anak-anak yang lemah dalam pelajaran, mereka akan bertindak luar biasa
selepas meminum produk halal berstatus IMP ini.
Amat disyorkan pada mereka:
yang kurang cerdik, malas belajar (terutama pada anak-anak)
kurang bersemangat, pelupa, berpenyakit dan sebagainya.
Rata-rata pengguna yang telah mencuba produk ini amat kagum
dengan kesan pemulihannya yg begitu ketara cepatnya.
Produk BIOhoney sudahlah terbukti Hebat, Business pula amat mudah.
Keahlian semakin hari semakin meningkat . Rebutlah peluang ini.
Anda sihat rezeki pun bertambah. Untuk daftar percuma dan mengetahui
lebih lanjut KLIK SINI
---------------------------------
Article ini di petik dlm message group ini sekadar tambahan pengetahuan
RAHSIA PEMAKANAN GENIUS-GENIUS ISLAM
Formula pemakanan genius-genius Islam silam yang menjadi rahsia keajaiban
daya intelek mereka. Formula ini terpendam di dalam kitab-kitab tradisional
dalam bahasa Arab. Tersembunyi dari pengetahuan orang Arab dan umat Islam
sendiri. Namun akhir-akhir ini ada usaha-usaha untuk mengetengahkan kembali
kepada umum. Sekarang semacam ada kecenderungan di kalangan ilmuan Islam
dan bukan Islam untuk mengkaji dan menguji keabsahan formula ini. Ini
didorong oleh penemuan-penemuan saintifik yang membuktikan kebenarannya,
khususnya terhadap susu, madu dan telur. Berikut adalah formula pemakanan
genius-genius Islam yang telah terbukti berupaya meningkatkan kepintaran
dan kekuatan daya ingatan :
1) MADU
Madu adalah makanan yang sangat berkhasiat. Al-Quran mengiktirafkannya
sebagai "shifa" iaitu penyembuh penyakit. Manisan madu digelar "Raja Ubat",
dapat menyembuh kebanyakkan penyakit. Ia adalah makanan untuk kesihatan
keseluruhannya. Ia mengandungi pelbagai jenis vitamin, mineral, protein,
antiseptik dan enzim yang meningkatkan ingatan dan kecerdasan mental
individu. Madu juga mengandungi pelbagai zat galian yang penting seperti
kalsium, sulfur, fosforus, zat besi, karbon, magnesium, potassium (kalium),
kuprum, silika, klorin, mangganese dan belerang untuk memupuk tenaga dan
kesihatan fizikal-mental. Rasullullah s.a.w bersabda, "Siapa ingin hafal,
hendaklah ia minum manisan madu". Madu didapati berkesan untuk merawati
penyakit-penyakit mental di mana ia boleh menghindarkan kepenatan kerja
otak seperti berfikir, membaca, merancang dan bermesyuarat.
CARA MINUM : 2 sudu teh pada waktu pagi dan malam.
PANTANG : Jangan makan tembikai semasa menggunakan madu. Sangat merbahaya!
2) KISMIS
Mengandungi zat besi yang amat diperlukan untuk membina darah bagi
memastikan bekalan oksigen yang mencukupi untuk disalurkan ke otak.
Kekurangan oksigen menyebabkan seseorang mudah mengantuk, pelupa, lembab
dan mengalami kelemahan dalam berfikir.
CARA MAKAN :
i)Menghadap Kiblat
ii)Baca "Bismillah" dan selawat ke atas nabi (3 kali)
iii)Baca doa penerang hati
iv)Makan secara kemam seperti makan gula-gula. Tidak berkesan jika dikunyah
seperti makan kacang.
v)Makan sebiji-biji sebanyak 21 biji setiap hari.
3) SUSU SEGAR
Susu berguna untk kesihatan otak, mempertajamkan ingatan, membekalkan
tenaga mental dan fizikal. Susu mengandungi tiga unsur semulajadi iaitu
keju, lemak dan air yang amat diperlukan untuk pertumbuhan badan dan otak.
Susu adalah makanan yang paling lengkap dan berkhasiat. Ia mengandungi enam
kelas makanan yang amat diperlukan oleh tubuh iaitu karbohidrat, lemak,
protein, semua jenis vitamin, mineral dan air. Ia berkhasiat untuk merawati
kesihatan umum dan merupakan penawar kelupaan yang berkesan. Rasullullah
s.a.w menerangkan susu boleh menguatkan belakang, menambahi akal,
memperbaiki penglihatan dan menghindari penyakit lupa. Susu yang terbaik
untuk ketajaman minda ialah susu kambing, biri-biri dan lembu yang segar.
Susu hidup lebih berkhasiat dari susu debu.
CARA MINUM :
i)Sekurang-kurangnya segelas pada sebelah pagi dan malam
ii)Baca "Bismillah" dan doa minum susu seperti yang dibaca oleh Rasullullah
s.a.w.
4) TELUR
Bermanfaat untuk menambah kekuatan otak, badan dan menjaga kesihatan
keseluruhannya. Ahli-ahli kesihatan mengakui ia merupakan makanan yang
lengkap dan berkhasiat. Ia mengandungi protein, mineral, vitamin, kalsium,
kuprum, magnesium, fosforus, kalium, sulfur, natrium, klorin, zat besi,
air, choline dan bahan ekstraktif. Sabda Nabi s.a.w, "Sesungguhnya seorang
nabi a.s mengadu kepada Allah (kerana dia) lemah badan. Maka Allah s.w.t
memerintahkannya supaya memakan telur". Telur terutama telur kuning,
berupaya mengatasi masalah kelemahan tenaga fizikal dan minda sekaligus.
Telur yang terbaik ialah telur ayam kampung dan yang masih baru.
5) HALIA
Ianya sangat mujarab untuk gejala kelupaan. Ia boleh dimakan mentah atau
dibuat halua. Halua ialah halia yang dijadikan manis-manisan dengan merebus
dan mencampurkannya dengan gula.
CARA MAKAN : Dimakan sedikit sahaja pada waktu pagi.
6) LIMAU OREN
Berkhasiat untuk mengemaskan urat-urat jantung dan menambah kekuatan
fikiran menurut hadis Nabi s.a.w. Limau-limau jenis lain juga elok untuk
diamalkan.
7) BUAH DELIMA
Untuk penerang hati. Sabda Nabi s.a.w, "Barangsiapa yang memakan buah
delima keseluruhannya, sesungguhnya Allah menerangkan hatinya selama 40
hari."
8) DAGING BURUNG MERPATI
Ianya banyak digunakan oleh bijak pandai Islam dan Melayu dahulukala. Ia
mengandungi protein, lemak, kalsium, fosforus dan kalori. Sangat efektif
untuk meningkatkan kecerdasan terutama kanak-kanak. Kaedah ini sangat
popular dan berkesan. Kanak-kanak yang diberi telur burung merpati didapati
dapat bercakap lebih awal dari kebiasaannya.
9) OTAK AYAM
Boleh dibuat sup dan dicampur dengan halia. Otak ayam yang segar juga boleh
dibuat penawar sementara bagi gigitan ular. Perlu diamalkan memakannya.
10) DAGING AYAM
Berbanding dengan semua jenis daging, ayam dianggap mengandungi kadar zat
pemakanan yang paling tinggi. Daging ayam betina dara terutamanya
berkhasiat meningkatkan prestasi otak dan membaiki darah. Abu Musa r.a
meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w memakan daging ayam betina.
11) DAGING BIRI-BIRI
Menambah darah, sesuai untuk orang aktif dan bekerja berat serta dapat
meningkatkan kekuatan hafazan.
12) HATI
Terutamanya hati ayam dan lembu. Mengandungi pelbagai jenis vitamin dan
bermanfaat untuk kesihatan mental dan fizikal.
13) KEKACANG
Beberapa jenis kacang seperti gajus, berangan, kacang soya, pistachio dan
lain-lain. Kacang pistachio dipercayai sangat efektif untuk meningkatkan
kecerdasan terutamanya kanak-kanak. Memakan kacang pistachio merupakan
amalan pemakanan seorang pelajar genius berbangsa Melayu yang tinggal di
Melaka. Kekacang mengandungi nilai protein yang tinggi.
14) BUAH BADAM
Untuk meningkatkan kecerdasan.
15) ZA'FARAN : KOMKOMA (CROCOS SATIVUS)
Sejenis bahan berambu merah. Dimakan sedikit sahaja. Dijual di kedai-kedai
runcit India dan sesetengah kedai runcit Melayu.
16) KEMENYAN PUTIH (kemenyan serani/luban/kundar)
Ditumbuk halus-halus dan dimakan dengan gula.
17) BUNGA KOBIS
Terdapat sejenis asid amino untuk tenaga mental.
18) BUNGA CENGKEH
Ditumbuk sehingga halus lalu dimakan sedikit sahaja.
19) LABU
Berfaedah menambahkan keupayaan fikiran dan akal. Sabda Nabi s.a.w.,
"Makanlah labu kerana ia mencerdaskan akal". Baginda juga berkata, "Jika
kamu membuat sup (atau kuah), dianjurkan memasukkan labu ke dalamnya kerana
ia menambahkan kemampuan fikiran dan akal.
20) BUAH KEDEKAI (MAJALAWI)
Menguatkan hafalan dan menguatkan kekuatan badan.
21) MINYAK SAPI
Dimakan terus atau dicampurkan dengan masakan dalam kuantiti yang kecil.
22) SAYUR-SAYURAN DAN BAUH-BUAHAN SEGAR
Juga membantu meningkatkan akal dan memori
--------------------------------------------------------------------------
All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".
--------------------------------------------------------------------------
Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia : http://www.abim.org.my
Jamaah Islah Malaysia : http://www.jim.org.my
Radio Islam Kuliyyah : http://www.kuliyyah.com
Palestinkini Info : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera : http://pk-sejahtera.org
Fiqh Siber : http://al-ahkam.net/
The Muslim Brotherhood : http://ikhwanweb.com
SPONSORED LINKS
| Divine inspiration | Islam |
YAHOO! GROUPS LINKS
- Visit your group "hidayahnet" on the web.
- To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
- Your use of Yahoo! Groups is subject to the Yahoo! Terms of Service.
