Mulai saat ini, Alhamdulillah telah AKAD mulakan folder Eudora mails utk emails bernas DrHafidzi utk collection AKAD. Masa cuti semester nanti, AKAD akan buat pilihan drp KIV folder yang mengandungi emails Dr Hafidzi seawal early Jun 2004. Yang sblm tarikh tu kena selongkar dlm hard disc yang lain...
Perkara berikutnya.... Sebagaimana ikhwah akhowat tahu, Senthamaraii A/P Ramadas telah peluk Islam pada 17 April 2006 hari Isnin sebelum Azan Asr di masjid UKM oleh pegawai agama Pusat Islam/Masjid UKM. Nama Islamnya adalah Senthamaraii yang bermaksud Teratai Merah. Nama beliau di syurga ialah Safiah ('S'==> tersebut adalah Sod)
Safiah ni kira macam Abu Zharr Al-Ghifari... Sebaik shj Islam, dia nekad istiharkannya kpd dunia... Alhamdulillah dia tak kena balun dengan anggota keluarganya. Tapi abangnya House arrest dia hingga kini. sekarang tengah exam. bila hari dia exam, si hindu selvam abang dia ambil cuti, hantar ke exam, tunggu, dan bawa balik. sebelum ni hp dia diambil.
Tolong lah sama-sama kita solat hajat dan doakan agar ALLAH beri perlindungankpd Senthamaraii, diteguhkan imsn dia, dimudahkan urusan dia utk menjaga imannya dan lain-lain lagi yang antum mahu do`akan... she is a strong child yg AKAD sambut kelahiran semula. Senthamaraii dah 24 tahun. Dah daftar dengan JAIS. AKAD tak tahu macamana nak tolong kecuali berdoa dan solat hajat utk Senthamaraii.
Jazakumullah Jannahu Khairan Katheeera.
AKAD
============================================================================================================
At 08:00 PM 4/28/2006 -0700, hafidzi mohd noor wrote:
Assalamualaikum,
Dikongsikan bhg II dari sejarah perlaksanaan undang-undang Islam di tanah melayu
[2]. Di samping itu sebahagian dari Batu tersebut telah patah sebahagiannya dan bahagian yang patah itu hilang tidak dapat dikesan. [3]:
[4].
Satu perkara yang menarik lagi ialah apabila Kuala Brang dilihat dalam konteks serantau pada tarikh yang tertera pada Batu tersebut. Kuala Brang atau Foloan iaitu nama yang dirujuk dalam tulisan-tulisan dari cina berada di bawah jajahan takluk Majapahit pada pertengahan kurun ke 14 semasa era Patih Gajah Mada dengan gagasan Imperialisme Nusantaranya. Dasar Majapahit ke atas wilayah Islam dapat disimpulkan ke atas serangannya ke atas Kerajaan Islam Samudera Pasai dan juga ke atas Giri yang menjadi pusat penyiaran agama Islam di Jawa. Apakah Kuala Berang turut diserang Majapahit? Tiada petunjuk sejarah untuk menafi atau menyokongnya. Yang pasti ialah Kuala Brang adalah sebahagian dari jajahan takluk dan membayar ufti kepada Majapahit. Kuala Brang pada zaman silam adalah sebuah pelabuhan yang besar. Daerah Kampung Buluh, di mana Batu Bersurat ditemui, dalam Kuala Brang di masa dahulu ialah sebuah sungai yang terbentang luas seperti laut. Penemuan sauh besi besar disitu membuktikan perkara ini. Pengarang Cina, Chao Chu Fei yang menyusun catatan Ling Wai Tai dalam tahun 1178M, menyebut bahawa Foloan sebagai sebuah pelabuhan teragung atau Kerajaan Laut. Catatan itu juga menyebut mengenai hubungan dagang yang terjalin di antara Foloan dengan Indo-china dan Sri Vijaya. Pemerentah Foloan dilantik oleh Raja Sri Vijaya yang datang sebulan sekali ke Foloan untuk menyembah patung Buddha di situ[5].
Semua ini menimbulkan tanda tanya mengenai banyak perkara. Jika hukum Islam dilaksanakan pada awal kurun ke 14, bilakah sebenarnya agama Islam sampai ke situ? Siapakah yang membawa agama Islam di Kuala Brang. Mungkinkah ia disebarkan oleh pedagang Arab yang berulang alik ke Cina sejak kurun pertama hijrah lagi? Atau mungkinkah ia disebarkan oleh usaha dakwah dari utara samada Champa atau Tanah Besar Cina sendiri. Kesemua ini tiada jawapan sehingga petunjuk baru mengenai sejarah pengislaman Kuala Brang atau Terengganu ditemui.
Bukti sejarah dari Melaka dan Kuala Brang membawa kepada beberapa kesimpulan. Pertama pemerintahan Islam berdiri bersama dengan Undang-undang Syariat. Samada Undang-undang itu dilaksanakan sebahagian atau bercampur-campur dengan Undang-undang adat ia tetap membuktikan bahawa hukum-hakam syara merupakan aspek perundangan negeri yang penting. Kedua peruntukan-peruntukan Undang-undang Islam yang turut meliputi kesalahan jenayah menunjukkan Negeri-negeri di Tanah Melayu telah mencapai tahap kemajuan yang membanggakan apabila syariat di daulatkan lebih dari 500 tahun lalu. Kini setelah Tanah Melayu melalui fasa penjajahan, Undang-undang Syariat dipinggirkan dan diganti dengan Undang-undang Sivil yang diwarisi dari penjajah British. Ketiga perlaksanaan Undang-undang Islam berlaku dalam sebuah negeri kosmopolitan. Melaka adalah Pelabuhan utama dan Pusat perdagangan antarabangsa yang dikunjungi oleh pelbagai bangsa dan agama. Namun Undang-undang yang satu digunapakai untuk menjamin kesejahteraan rakyat dan pedagang asing. Kuala Brang juga dikenalpasti sebagai pelabuhan penting yang dikunjungi oleh pedagang asing dari Cina dan barat. Ini adalah hujah yang penting bagi menyokong perlaksanaan Undang-undang Syariat di negara-negara umat Islam di Asia Tenggara terutama Malaysia. Masyarakat majmuk dan kepelbagaian kaum samasekali bukan alasan untuk tidak melaksanakan Undang-undang Islam malah sebagai sebab yang cukup baik untuk melaksanakannya.
Penemuan Batu Bersurat Terengganu adalah satu anugerah yang sangat penting dalam pengkajian sejarah Nusantara kerana ia memberi motivasi ke arah menghidupkan semula peradaban dan perundangan Islam di rantau Alam Melayu. Penemuan ini juga memberi satu isyarat mungkinkah tempat-tempat lain juga telah dilaksanakan hukum syariat sebagaimana halnya di Kuala Brang pada awal kurun ke 14? Persoalan ini hanya bolih dijawab sekiranya ditemui pula tinggalan-tinggalan berupa inskripsi di masa akan datang.
[1] Menurut Prof Syed Muhammad Naquib al-Attas, tarikh yang terpahat pada Batu Bersurat itu ialah pada hari Jumaat awal Rejab tahun 702Hijrah atau bersamaan 22 Februari 1303. Lihat Syed Muhammad Naquib al-Attas. The correct date of the Terengganu Inscription. 1970. Muzium Negara, <?xml:namespace prefix == st1 ns == "urn:schemas-microsoft-com:office:smarttags" />Kuala Lumpur. Hlm. 23.; Ustaz Haji Muhammad Khair bin Haji Taib, seorang ahli falak melayu yang terkenal, menyatakan bahawa awal Rajab tahun 702 itu jatuh pada hari Selasa bersamaan 19 Februari 1303, ini bermakna hari Jumaat pertama bulan Rajab 702 bersamaan 22 Februari 1303. Lihat Haji Muhammad Saleh bin Haji Awang. Ibid. hlm. 71; Kajian-kajian awal tentang Batu Bersurat oleh penjajah Barat bolih dirujuk dalam Major H.S. Peterson. An early inscription from Terengganu. 1924. JMBRAS Vol II. Pt. 2; C.O. Blagden. A note on the Terengganu Inscription JMBRAS. 1924. Vol XXII. Pt. 3. C.O. Blagden telah mengusulkan beberapa tarikh yang mungkin iaitu 702 atau 708, 720 728 dan 780 789. Walaubagaimanapun tahun 702H adalah disepakati oleh sarjana terkemudian sebagai tarikh yang tepat.
[2] Batu Bersurat Terengganu pertama kali ditemui pada tahun 1887M ditebing sebuah sungai berhampiran Kampung Buloh, Kuala Brang. Batu itu kemudiannya dipindahkan ke Surau Tok Abdul Rashid dan dijadikan sebagai pelepik tempat orang membasuh kaki sebelum naik ke mesjid. Pada tahun 1902 seorang ahli perniagaan Sayid Husein ketika ia singgah untuk bersembahyang zuhur. Batu ini kemudian dibawa ke Kuala Terengganu dan dipersembahkan kepada Sultan Zainal Abidin III. Batu ini kemudiannya dibawa ke Singapura untuk bahan kajian dan kini menjadi eksibit tetap Muzium Negara, Kuala Lumpur. Lihat Dato Haji Muhammad Saleh bin Haji Awang. Sejarah Darul Iman hingga 1337H == 1918M. Utusan Publications and Distributors Sdn Bhd. 1983. hlm. 45 52.
Keluarga di benua jauh jika (mintakan bahagian)
Datang berikan. Keempat (derma*) orang berpiutang
Jangan mengambil tukul (buat pakai) emas
Jika ambil hilangkan emas. Keenam derma barang.
Lihat Dato Muhammad Haji Saleh. Ibid. hlm. 70 71.
[4] Dato Haji Muhammad Haji Saleh. Ibid. hlm. 60 61.
Dikutip oleh Haji Buyong Adil. Sejarah Terengganu 1982. Dewan Bahasa dan Pustaka. hlm. 6 9.
--------------------------------------------------------------------------
All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".
--------------------------------------------------------------------------
Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia : http://www.abim.org.my
Jamaah Islah Malaysia : http://www.jim.org.my
Radio Islam Kuliyyah : http://www.kuliyyah.com
Palestinkini Info : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera : http://pk-sejahtera.org
Fiqh Siber : http://al-ahkam.net/
The Muslim Brotherhood : http://ikhwanweb.com
SPONSORED LINKS
| Divine inspiration | Islam |
YAHOO! GROUPS LINKS
- Visit your group "hidayahnet" on the web.
- To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
- Your use of Yahoo! Groups is subject to the Yahoo! Terms of Service.
