Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Aku bersaksi bahawa tiada
Tuhan yang disembah selain Allah yang Esa, tiada sekutu bagiNya dan aku
bersaksi bahawa Nabi Muhammmad saw itu hamba dan pesuruhNya. Selawat
berserta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad saw yang memiliki akhlaq
terpuji dan menjadi ikutan selamanya. Juga buat orang2 yang beramal soleh
dan kesekalian dari kita.
Bismillahir Rahmanir Raheem…
Malam tadi, ketika membelek² suratkhabar hari Ahad (kami di laut ni terima
suratkhabar lewat sehari selalunya), saya terpandang satu bahagian yang
cukup menggelikan hati. Iaitu laporan mengenai Anugerah Industri Muzik
(AIM) yang berlangsung baru² ini. Bila tarikh sebenar berlangsung saya
tidak perasan pula kerana saya tidak membaca laporan penuhnya - tidak
berminat!
Cukup setakat melihat gambar² artis yang menghadiri anugerah tersebut.
Wow!, bisik hati saya. Dahsyat juga industri muzik Malaysia ini. Jika
hendak dibilang berapa jenis anugerah yang ada, rasanya tak cukup dengan
sekadar menggunakan jari² di tangan sahaja. Terpaksa gunakan jari kaki
pula. Anugerah Bintang Popularlah, Anugerah Skrinlah adan entah apa²
anugerah lagi agaknya.
Tetapi jika hendak dikira dari segi kualiti memang hancur. Hendak dikira
dari segi pasaran pula, memang susah nak laku. Setiap hari yang boleh
didengar ialah tuduhan terhadap cetak rompak sebagai punca. Sedangkan punca
sebenar iaitu kualiti yang memalukan tidak pula disebut. Percayalah, jika
seseorang artis itu berkualiti tentu orang akan mencari albumnya yang asli.
Seperti Mawi contohnya.
Tetapi Mawi pula dikutuk dan dihina. Sampaikan dipanggil badut pula. Badut
pun badutlah Mawi. Janji album laku ratusan ribu. Yang tak badut tu album
entah terjual melebihi sepuluh ribu entah tidak. Bukan sengaja nak
menyokong Mawi, tetapi rasanya artis seperti Mawi yang sanggup merakamkan
sebuah album yang memuatkan himpuan doa harian, berzanji, selawat dan
nasyid, patut disokong.
Baiklah. Kita tinggalkan kisah Mawi. Saya bukan hendak mempromosikan album
Mawi. Apa ingin saya katakan di sini adalah tentang industri muzik tanah
air dan anugerah yang wujud. Nampaknya kesemua anugerah ini membazir.
Kerana dari dulu hingga kini belum mampu menaikkan kualiti artis kita.
Jangankan hendak setaraf dengan Hollywood, dengan Indonesia pun bagaikan
mustahil.
Tetapi ops... ketika membelek² akhbar malam tadi saya mula perasan. Memang
sebenarnya artis kita sudah setaraf dengan artis² Hollywood. Malah mungkin
jauh lebih hebat lagi. Bukan dari segi nyanyian atau lakonan atau apa²
aspek seni, tetapi dari segi berpakaian. Menyelak helaian demi helaian,
beberapa kali juga hati saya menjerit 'wow!'
Mana tidak, di muka hadapan gambar artis perempuan menayangkan dadanya
sehingga ternampak lurah yang didendami. Buka muka dua, pun begitu. Ishk...
Saya ini lelaki. Muda, kuat dan sihat zahir batin. Yang lemah dan sakit
adalah iman saya. Sudah berkahwin pula. Jadi bohonglah kalau saya katakan
tidak berasa apa² melihat gambar² separuh bogel artis² kita itu.
Hm... Saya betul² tidak faham. Entah apa faedahnya agaknya artis² perempuan
ini menayangkan apa yang sepatutnya hanya ditonton dan dinikmati oleh suami
mereka. Kalau hendak dikatakan kerana hendak menarik peminat, yang si
pelaku ni sebenarnya bukanlah dari golongan yang terlalu popular. Lebih
popular pula Mawi yang tidak seksi sebegitu (Mawi lagiiiii.....).
Paling hebat di antara gambar² yang saya lihat adalah penyanyi dari
Sarawak, Dayang Nurfaizah. Sudahlah tidak bertudung, bajunya tidak
berlengan, ditambah pula aksesori di kepala yang saya tidak tahu apa
namanya tetapi biasa dipakai oleh perempuan² hindu. Dalam hati saya
tertanya. Adakah dia ini pakai sekadar untuk suka² kerana merasakan fesyen
itu sesuai dengannya atau memang dia sudah memeluk hindu?
Wana'uzubillah... Janganlah sampai memeluk hindu. Hina sangat rasanya.
Semoga Allah menyelamatkan iman mereka, kita semua dan seluruh keturunan
kita. Amin. Tetapi jika sekalipun pemakaian itu adalah sekadar suka², haram
tetap haram. Bukankah sebagai mukmin kita dilarang mengikut perbuatan
sesuatu kaum kerana jika kita berbuat demikian, maka kita akan tergolong
dalam kaum tersebut?
Astaghfirullah... Dan si Dayang ini adalah artis yang boleh dikatakan
popular. Katakanlah ada beberapa perempuan di luar sana yang tertarik
dengan pemakaian Dayang di malam itu, mula meniru pula. Kemudian ditiru
pula oleh teman² mereka dan seterusnya. Apa sudah jadi? Berapa ramaikah
nanti di kalangan wanita² kita yang akan tergolong dalam 'golongan mereka'?
Suatu ketika dahulu artis Ziana Zain pernah bertindik hidung. Sama ada
ditindik atau jenis sepit, tidak dapat saya pastikan. Yang saya pasti,
ramai di kalangan remaja di zaman itu turut sama menindik hidung mereka.
Malang sekali apabila ditegur, mereka berkata "Aku tak ikut orang hindulah.
Aku ikut artis ni..." Astaghfirullah... Dah? Artis itu ikut siapa?
Menjadi artis tidaklah semudah ABC. Banyak kesan dan akibat. Yang lebih
pahit lagi, kesemua kesan dan akibat ini bukan melibatkan diri kita
sendiri sebaliknya sebahagian besar masyarakat. Makin popular kita, makin
besarlah kesannya. Bukankah lebih baik dilaungkan "Belia Benci Dadah" dari
berpakaian seperti orang tak bermaruah? Sekurang²nya jika diikuti, bukanlah
perkara yang sia².
Itu belum lagi dikira dengan gossip liar dari wartawan. Hinggakan pergi
memancing pun boleh jadi isu. Ops... Maaf... Syukurlah Allah tidak
menunaikan permintaan saya untuk menjadi penyanyi suatu ketika dahulu. Dan
syukurlah kumpulan muzik yang saya asaskan lebur bersama datangnya sinar
hidayah Ilahi. Jika tidak, entah² saya pun salah seorang yang bertindik
hidung kot? Wallahu'alam...
Hidup perlu ada misi dan visi. Terpilih sebagai seorang yang popular dan
diminati ramai mungkin salah satu nikmat atau kelebihan yang Allah
kurniakan. Jadi apalah salahnya jika nikmat dan kelebihan itu dipulangkan
semula kepada Allah dengan cara mengajak peminat² ke arah memahami dan
mengamalkan Islam? Tidak semestinya seorang artis itu perlu seksi dan
berakhlak hina. Bukan?
Apa yang penting, saya ingin mengingatkan semua terutamanya diri saya
sendiri betapa perlunya kita memantau siapakah yang diminati oleh anak²
kita. Bukan setakat melihat jenis muzik semata² (ie, Black Metal), tetapi
juga perwatakan dan disiplin artis tersebut perlu diambil kira. Kerana
bukan mudah untuk mengasingkan mereka dari dunia hiburan di zaman sebegini.
Jadi apalah salahnya meluangkan sedikit masa untuk memandu mereka menilai
seseorang artis yang layak mereka minati. Dan ingatlah, muslimah bukan
setakat perlu berpakaian sopan, tetapi perlu juga bertudung dengan sempurna
menutup rambut, leher dan dada mereka...
Sekian buat kali. Segala yang baik datang dari Allah dan yang tidak baik
adalah akibat kejahilan saya sendiri.
Wabillahitaufiq walhidayah.
Wassalamualaikum warahmatullah…
-Abu Naqibah-
Komen dan kritikan membina dialu2kan. Email saya di [EMAIL PROTECTED]
atau lawati http://abunaqibah.blogspot.com/
--------------------------------------------------------------------------
All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".
--------------------------------------------------------------------------
Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia : http://www.abim.org.my
Jamaah Islah Malaysia : http://www.jim.org.my
Radio Islam Kuliyyah : http://www.kuliyyah.com
Palestinkini Info : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera : http://pk-sejahtera.org
Fiqh Siber : http://al-ahkam.net/
The Muslim Brotherhood : http://ikhwanweb.com
SPONSORED LINKS
| Divine inspiration | Islam |
YAHOO! GROUPS LINKS
- Visit your group "hidayahnet" on the web.
- To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
- Your use of Yahoo! Groups is subject to the Yahoo! Terms of Service.
