Roslan SMS <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
Kerajaan dunia pertama tapi Menterinya dari dunia ketiga
ROSLAN SMSTelah terbukti hanya BN sahaja yang boleh melaksanakan janji-janji pembangunan, demikianlah antara ucapan Presiden MCA, Ong Ka Ting ketika majlis perjumpaan dengan wakil-wakil Persatuan-persatuan Cina tempatan di Kota Bharu, Kelantan baru-baru ini.
Kata Ka Ting masyarakat Cina Kelantan perlu mengkaji apakah pencapaian kerajaan PAS selama lebih 10 tahun ia memerintah (sebenarnya PAS telah memerintah hampir 16 tahun 1999 ke 2006)
Kata Ka Ting lagi PAS ternyata tidak mampu membawa pembangunan walaupun telah lebih sedekad memerintah.
Gambar PERAKAN
Benarkah sedemkian? Teruk sangatkah kerajaan PAS itu?
Saya kira rakyat Kelantan samada keturunan Cina ataupun Melayu, lebih bijak membuat kajian dan analisa dan meeka tidak memerlukan orang luar seperti Ka Ting untuk mengajar mereka bagaimana cara-caranya berpolitik.
Cuba kita teliti beberapa angka dan pencapaian berikut supaya dapat kita menilai tuduhan Ka Ting itu:
TAHAP KEMISKINAN DI KELANTAN
1990: 29.5% (tahun PAS mengambil-alih pemerintahan dari Umno/BN)
1999: 18.7% (9 tahun Kelantan di bawah PAS)
2002: 12.4% (Kelantan masih bawah PAS)
(Kalau kita baca Sunday Times baru-baru ini di Kedah, Daerah Sik sahaja dilaporkan 30% penduduknya terdiri daripada rakyat miskin dengan separuh dari isirumah penduduk Sik berpendapatan kurang dari RM750.00 sebulan! Kedah dulu, kini dan entah sampai bila berada dalam genggaman BN)
PEMBALAKAN DI KELANTAN
1980 -1990:
611 850 hektar hutan dibalak. Hasilnya RM341 juta ataupun RM567 se hektar
(Tempoh 11 tahun ini Kelantan berada di bawah Umno/BN)
1991 â 2005:
423 296 hektar hutan dibalak. Hasilnya RM941.7 juta ataupun RM2 225 se hektar
(Tempoh 15 tahun ini Kelantan berada di bawah PAS)
(Di bawah PAS hutan yang dibalak kurang, tetapi hasil yang diperolehi besar, bagaimana?)
BEKALAN AIR
(Bagi tahun 2002)
Air di Kelantan:
Tarifnya RM0.31 sen se meter padu. Kos operasi RM 34 juta. Hasil RM 46 juta. Keuntungan 26%
Air di Selangor (Negeri Maju)
Tarifnya RM0.72 sen se meter padu. Kos operasi RM1.3 billion. Hasil RM861 juta.
Keuntungan -104%
(Tarif air di Kelantan adalah antara yang terendah di seluruh Malaysia)
Seterusnya dari segi pentadbiran kerajaan PAS cuba menghayati pentadbiran Islam sebagai modelnya. Penghayatan spiritual bagi menangani masalah sosial ditekankan oleh Menteri Besarnya (sila lihat wawancara bersama Faisal Tehrani: Siasah) dan ternayata pendekatan ini gaal ataupun tidak diberi perhatian oleh negeri-negeri lain.
Ka Ting cuba menggambarkan kononnya betapa tidak cekap dan tidak mahirnya kerajaan PAS Kelantan mentadbir negeri tersebut sehinga menjejaskan kehidupan rakyatnya. Kata beliau terbukti hanya kerajaan negeri yang partinya diwakili diperingkat Persekutuan sahaja mampu mentadbir dengan baik, betulkah kenyataan itu?
Kenyataan ini saya kira tidak padan jika datangnya dari seorang Menteri yang mewakili kerajaan yang cuba menonjolkan imej dunia pertama. Di dunia pertama keputusan rakyatnya dihormati dan tidak terdapat diskriminasi atau sabotaj ekonomi sesama kerajaan dalam satu persekutuan sebagaimana menjadi amalan dan kelaziman di negara kita.
Kasihan Malaysia, PM nya konon mahu tonjolkan imej negara dunia pertama, tetapi para menteri dan pemimpinnya beku dengan wajah dan pemikiran dunia ketiga.sila ke Blog Roslan SMSIkuti siaran Web TV Alternatif: WTV8
To help you stay safe and secure online, we've developed the all new Yahoo! Security Centre.
--------------------------------------------------------------------------
All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".
--------------------------------------------------------------------------
Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia : http://www.abim.org.my
Jamaah Islah Malaysia : http://www.jim.org.my
Radio Islam Kuliyyah : http://www.kuliyyah.com
Palestinkini Info : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera : http://pk-sejahtera.org
Fiqh Siber : http://al-ahkam.net/
The Muslim Brotherhood : http://ikhwanweb.com
SPONSORED LINKS
| Divine inspiration | Islam |
YAHOO! GROUPS LINKS
- Visit your group "hidayahnet" on the web.
- To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
- Your use of Yahoo! Groups is subject to the Yahoo! Terms of Service.
