| Banyak bidaah pada pengkebumian jenazah orang besar | | |
Oleh Saidatul Amami
Menutup aurat diwajibkan ke atas wanita Islam yang sudah akil baligh dan hukuman itu jelas tidak ada tolak ansur. Apa yang penulis lihat dan perhatikan, wanita Islam hanya mematuhi hukuman al-Quran dalam suasana tertentu khususnya melibatkan urusan rasmi kerajaan.
Penulis yakin pada hari Ahad, 23 April ramai umat Islam yang menghadap TV untuk mengikuti siaran langsung pengurusan jenazah Allahyarham Tun Ghaffar. Semua rangkaian TV hanya menyiarkan bacaan al-Quran dan tidak ada satu pun rancangan berbentuk hiburan.
Di semua stesen TV pengacara wanita bertudung litup ayu dan manis sekali apabila menatap wajah-wajah begini. Bagi pengacara lelaki pula bersongkok dan berbaju Melayu. Kalau setiap hari begini kan bagus tentu martabat umat Islam dapat terus ditingkatkan.
Malangnya, pengacara wanita yang bertudung litup itu hanya dapat ditonton setiap kali ada pembesar negara yang meninggal dunia.
Saya bimbang ia akan membawa ke arah sikap hipokrit pihak yang berautoriti di stesen-stesen TV.
Bercakap pasal Islam nombor satu tapi nak melaksanakan Islam `jauh panggang dari api'. Apabila pembesar negara meninggal dunia pandai pula mengarahkan semua stafnya menutup aurat. Sampai ada seorang pengacara TV3 yang selalu mengacarakan rancangan setiap malam Sabtu, penulis tak kenal kerana pada hari Ahad pengacara tersebut memakai tudung serta baju kurung (serba putih).
Siapakah yang mengarahkan mereka memakai pakaian yang menutup aurat? Apakah kehendak mereka sendiri atau arahan daripada pengurus besar syarikat TV berkenaan? Kalau benar arahan daripada pengurus besar, daripada mana mereka dapat peraturan yang hanya mengikut masa tertentu?
Pelik tetapi benar. Inilah hakikat yang harus dihadapi oleh generasiku beragama Islam hidup bernaungkan takhta Barisan Nasional yang kononnya menjunjung ajaran
Islam. Islam hanya digunakan pada waktu tertentu. Islam hanya digunapakai apabila ada kematian di kalangan pembesar negara.
Islam hanya dijunjung dalam majlis-majlis rasmi. Lebih daripada itu mereka beranggapan `apa ada pada Islam'? Menyusahkan, semua tak kena...tak membangun hidup ini kalau setiap detik, setiap saat berpandukan Islam tidak akan berjaya. Inilah antara dakwaan sesetengah orang Melayu yang bangganya mengaku beragama Islam. Apakah benar begitu?
Tepuk dada tanya iman. Masing-masing ada iman, tapi tak tahulah sejauhmana keimanan seseorang itu kerana keimanan hanya boleh diukur dengan ketebalan keyakinan kita kepada ketelusan kitab suci al-Quran nul Karim.
Memetik kata-kata sahabat penulis, "Tenang hati saya apabila melihat wajah muslimat yang bertudung lengkap."
Penulis setuju sebab kalau pakai tudung tak payah nak fikir potong rambut gaya macam mana. Tak
susah nak mewarnakan rambut, merah ke, perang ke, hijau ke nak tutup rambut yang dah banyak berwarna putih.
Tak perlu keluar modal banyak untuk membeli getah rambut yang berjenama atau 'booking' salun untuk dikunjungi setiap hujung minggu.
Bagi wanita Islam yang bertudung mereka hanya perlu mengeluarkan belanja membeli tudung paling murah RM10 dan paling mahal kalau yang cantik dan bergaya sikit dalam RM80 sehelai. Itupun yang berbatu delima dan bidang 60 inci.
Ketika melihat acara pengkebumian Tun Ghaffar dan sebelum ini isteri Perdana Menteri, timbul persoalan di hati penulis apakah perlu kubur disiram dengan air mawar dan ditabur bunga yang begitu banyak? Tidakkah itu membazir namanya.
Adat orang Melayu apabila ada kematian sudah pasti mengadakan tahlil selama tiga hari, tujuh hari, 40 hari, 100 hari dan 1000 hari. Lagi tragis bertahlil di atas kubur. Konon nak tunjuk
sayang betul dengan arwah bapa, emak, isteri, suami tapi ada ke perkara tersebut dalam ajaran Islam? Yang saya tahu buatlah banyak -banyak kebajikan dan doa anak-anak yang soleh amat diperlukan.
Rasa malu dan geram pun ada masa menonton pengkebumian Tun Ghaffar Baba. Kak Rosmah Mansor (isteri Timbalan Perdana Menteri) kenapa sibuk nak duduk di sebelah suaminya. Dahlah tak pandai bertudung dengan sempurna, sibuk dengan kipasnya pakai baju ketat pulak.
Hai! pak-pak imam, ada imam yang bertaraf Dato' tapi sayang tak ada autoriti untuk menegur kemungkaran khususnya pada hari itu. Autoriti mereka hanya membaca tahlil, menjadi imam, mandikan mayat, talkin dan perkara yang ada kaitan dengan agama Islam.
Tugas menegur kemungkaran khususnya di kalangan pemimpin BN mesti setelah mendapat `green light' daripada pimpinan tertinggi Umno. Lain la kalau mereka bersedia untuk dicatas betulkan segala kemungkaran
yang berlingkar di kalangan pimpinan negara.
Sayang seribu kali sayang, mereka lebih sayangkan pangkat, kuasa dan kekayaan daripada menghadapi risiko kena pecat. PM Abdullah ni pun satu hal, cakap pasal Islam berdegar-degar. Setiap kali berucap tak lepas daripada mengeluarkan hadis dan maksud al-Quran. Bagus, penulis yakin ramai rakyat dan pimpinan di kalangan mereka respect dengan kepakaran beliau.
Malangnya, beliau hanya pandai bercakap tentang hukum Islam tapi nak laksanakan hukuman tersebut, ha! banyak rintangan. Paling utama rintangan dari dalam diri sendiri. Apa taknya anak sendiri pun tak reti nak bertudung. Inikan pula nak arahkan wanita Islam lain bertudung. Jauh panggang dari api! Kemudian tabur bunga banyak-banyak di kuburan.
Pak syeikh berkopiah besar di kepala pun satu hal. Sama-sama siram air mawar dan menabur bunga. Tak larang orang perempuan yang sama-sama 'menyibuk' di tepi
lubang kubur. Bukanlah sudah jelas orang perempuan ditegah menyertai pengkebumian jenazah.
Tok guru yang saya ikuti pengajiannya di masjid yang kebetulan sekarang ini membicarakan bab pengurusan jenazah berkata, menyempurnakan mayat adalah ibadat. Sembahyang mayat dapat pahala sebesar satu kaul, katanya. Satu kaul itu besarnya sama seperti Jabal Qubeis dekat Masjidilharam.
Mengkebumi dan mengiringi jenazah juga satu ibadat dan dapat pahala satu kaul. Tetapi saya bimbang kalau ada unsur maksiat dalam menyempurnakan ibadat ini, bukan dapat pahala satu kaul tetapi dapat bala berlipat ganda pula.
Islam adalah agama yang sempurna. Umat Islam akan tenteram, aman, tenang jika hidup hanya berpandukan al-Quran dan Sunnah. Segala panahan arjuna dapat ditepis dengan mudah jika hidup berpandukan al-Quran.
Tapi seramai mana orang Melayu yang mengaku beragama Islam berpegang teguh
pada ketelusan kandungan al-Quran? Selama mana pula kita yang berada di bawah naungan Islam, akan terus tertindas dan ditindas oleh orang Islam sendiri? - lanh
Isu Yang Sama, Perpektif Berbeda
wtv8
Saluran Alternatif Anda
di http://wtv8.tv
Setiap Sabtu Jam 9 Malam
Siaran Ulangan Setiap Hari
Win tickets to the 2006 FIFA World Cup Germany with Yahoo! Messenger.
--------------------------------------------------------------------------
All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".
--------------------------------------------------------------------------
Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia : http://www.abim.org.my
Jamaah Islah Malaysia : http://www.jim.org.my
Radio Islam Kuliyyah : http://www.kuliyyah.com
Palestinkini Info : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera : http://pk-sejahtera.org
Fiqh Siber : http://al-ahkam.net/
The Muslim Brotherhood : http://ikhwanweb.com
SPONSORED LINKS
| Divine inspiration | Islam |
YAHOO! GROUPS LINKS
- Visit your group "hidayahnet" on the web.
- To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
- Your use of Yahoo! Groups is subject to the Yahoo! Terms of Service.
