Utusan 4 Mei 2006Islam beri ketenangan kepada Nicholas SylvesterOleh: Siti Ainiza Kamsari
KETIKA umurnya 12 tahun, selepas selesai menjalani upacara Baptism
Confirmation (atau pengkristianan), Nicholas Sylvester dipilih oleh pihak gereja
sebagai Soldiers of Jesus Christ. Antara lain anugerah itu bermaksud Nicholas
layak untuk meninggalkan kehidupan yang biasa kepada kehidupan yang lebih
beragama dengan sepenuh masa melaksanakan pelbagai tuntutan dan ajaran
Kristian.
Jadi selain bersekolah, masa saya banyak dihabiskan dengan menghadiri
pelbagai upacara gereja, terutama sebagai anggota koir gereja dan melakukan
kerja-kerja kebajikan seperti mengunjungi para pesakit di hospital dan
menghulurkan apa juga bentuk bantuan yang pesakit perlukan, katanya ketika
ditemui baru-baru ini.
Dibesarkan berhampiran gereja terbesar di Sabah, Cathederal St. Mary, Kota
Kinabalu, dan bersekolah di sebuah sekolah Mubaligh Kristian, iaitu di Sekolah
Rendah Sacred Heart, tidak menghairankan jika anak sulung daripada enam
adik-beradik ini akan mempertahankan agama itu sehingga ke akhir hayatnya.
Sementelahan bapanya sendiri merupakan orang kuat gereja. Pada setiap hari
Ahad dalam upacara Mass, dari altar gereja bapanya menyeru setiap penganut
Kristian supaya memperteguhkan iman mereka terhadap Isa (Nabi Isa a.s.) yang
didogma sebagai tuhan.
Sama ada sebagai Anak Tuhan atau kesatuan dua tuhan dalam satu dan
mempercayai juga Holy of Spirit (Ruhul Kudus) adalah menjadi tanggungjawab kita
untuk mempercayai Trinity ini tanpa perlu bersoal jawab lagi, kata bapa
Nicholas.
Maka tentunya si bapa menaruh harapan tinggi agar usaha-usaha peneguhan
iman dan missionary Kristian dapat diteruskan oleh Nicholas. Namun dalam diri
Nicholas sendiri, titik-titik perubahan mula dilihat apabila Yayasan Sabah
menawarkan beliau biasiswa yang membolehkannya menyambung di peringkat sekolah
menengah di Sekolah Tinggi Batu Pahat, Johor.
Di situ, beliau terpaksa membiasakan diri walaupun hampir 90 peratus
pelajar yang menghuni asrama di sekolah itu terdiri daripada pelajar Melayu atau
lebih tepat pelajar Islam.
Namun, pegangan saya terhadap gereja masih lagi teguh ketika itu.
Kebetulan pula berdekatan dengan sekolah itu terdapat sebuah gereja. Walaupun ia
gereja beraliran Anglican berbanding saya yang bermazhab Roman Katolik, saya
tetap mengunjungi gereja itu sebagai satu tanggungjawab penganut Kristian,
katanya.
Bagaimanapun, menurut Nicholas, imannya seakan-akan mula goyah selepas
mengikuti satu upacara ibadat yang dinamakan Baptism of Fire di gereja itu.
Dengan menjalani upacara itu, diri seseorang itu akan diresapi oleh Ruhul
Kudus dengan tanda-tanda suhu badannya akan naik, terasa ada bahang panas dan
yang paling ketara secara tiba-tiba dia boleh bertutur dalam bahasa asing yang
sukar difahami oleh orang lain.
Ini dipanggil Language of Tongue. Jadi saya juga mengharapkan agar
diresapi oleh ruh tersebut tetapi saya menjadi orang yang terakhir dalam
kumpulan tersebut yang tidak diresapi. Tetapi oleh kerana seorang paderi
menunggu sambil membaca pelbagai ayat dan doa untuk saya, akhirnya saya terpaksa
menipu dengan mengeluarkan bahasa yang saya sendiri reka-reka. Akhirnya paderi
tersebut memegang bahu saya dan mengesahkan saya dimasuki oleh Ruhul Kudus
itu.
Sejak itu saya mula rasa cuak mengenai upacara itu dan kebenaran ajaran
Kristian tetapi saya terpaksa reserve terlebih dahulu perasaan saya dan tetap
menjalani kehidupan seperti biasa. Dalam pada itu saya sering memerhatikan
kehidupan penghuni asrama yang kebanyakannya terdiri daripada pelajar Islam.
Saya mula tertarik melihatkan mereka melaksanakan tanggungjawab sebagai umat
Islam terutama dalam mendirikan solat berjemaah setiap kali tiba waktu.
Adab pergaulan mereka yang begitu terjaga dan sopan hasil ajaran agama
yang mereka anuti itu sedikit sebanyak turut memberikan kesan dalam hati saya.
Tetapi saya hanya mampu memerhatikan, katanya.
Tamat tingkatan tiga, Nicholas kemudian kembali ke Kota Kinabalu untuk
menyambung pelajaran tingkatan empat di Sekolah Menengah La Salle yang juga
sebuah lagi sekolah mubaligh Kristian.
Apabila semakin dewasa, maka otak kita mula bekerja dengan lebih keras
lagi. Saya mula menilai agama saya dan ada perasaan ingin tahu yang membuak
mengenai agama Islam. Sehinggakan saya sanggup mengikuti kelas mata pelajaran
Agama Islam yang tentunya khas untuk pelajar-pelajar Islam sahaja.
Tidak cukup dengan itu saya mula bertanyakan mengenai Islam daripada
pelajar-pelajar tersebut. Walaupun tidak mendapat jawapan yang memuaskan hati,
ia tidak menjadi penghalang untuk saya terus mengenali Islam, katanya.
Nicholas semakin tertarik kepada Islam apabila melihatkan peribadi seorang
gurunya yang dikenali sebagai Cikgu Rashid.
Walaupun Cikgu Rashid tidak menjelaskan kepada saya mengenai Islam secara
fakta dan hujah namun kehidupan dan peribadi beliau yang begitu baik, patuh pada
ajaran Islam dan mempunyai pelbagai sikap yang positif menyebabkan saya semakin
nampak akan keindahan Islam itu sendiri, katanya.
Dalam keadaan itu, bersama iman yang masih cuba dipertahankan, Nicholas
kemudian mengikuti kursus Test of English as a Foreign Language (TOEFL) selepas
mendapat tawaran melanjutkan pelajaran ke Amerika Syarikat di sebuah sekolah
menengah asrama penuh terkemuka di Cheras, Kuala Lumpur.
Sebenarnya, sepanjang enam bulan mengikuti kursus tersebut saya seperti
merayakan musim berbulan madu. Ini kerana saya tidak mempunyai masalah langsung
dengan bahasa Inggeris. Ini menyebabkan juga saya berpeluang mengikuti pelbagai
program anjuran gereja dengan menyertai kumpulan Non Dominational Group yang
bersifat Engelical.
Sehinggalah pada suatu hari, saya bersama dengan beberapa orang kawan
sanggup ke Melaka mengikuti satu lagi upacara keagamaan yang dapat mengesahkan
keimanan kami terhadap Jesus, katanya.
Sebenarnya gereja di Melaka tersebut hanya sebuah rumah kedai tetapi di
dalamnya telah berkumpul beberapa orang paderi bagi menjalankan upacara
itu.
Secara tiba-tiba salah seorang rakan perempuan mereka mengalami kerasukan
yang teruk! Dia meronta-ronta, tidak sedarkan diri dan dari mulutnya keluar
suara lelaki yang begitu menakutkan dan keadaan bertukar menjadi kecoh.
Mereka cuba diyakinkan agar menerima bahawa budak itu berjaya dipulihkan
dengan berkat bantuan Jesus. Bagaimanapun, Nicholas tidak dapat menerima dakwaan
itu sekali gus menjadi noktah kepadanya untuk tidak lagi mempercayai ajaran
Kristian walaupun agama itu adalah darah dagingnya selama ini.
Pada 4 Januari 1985, Nicholas akhirnya menjejak kaki di bumi Amerika
Syarikat (AS). Kali ini beliau benar-benar menghirup udara kebebasan apabila
tiba di bumi asing itu. Ini kerana sembilan hari kemudian, iaitu 13 Januari 1985
menjadi tarikh bersejarah bagi Nicholas apabila tanpa menoleh ke belakang lagi
beliau melafazkan dua kalimah syahadat di Islamic Centre berhampiran Askansas
State University di bandar Jonesboro, Askansas.
Saya masih ingat lagi bagaimana saya menemui seorang berbangsa Arab, Qais
Syarbati, bagi tujuan membantu saya memeluk Islam. Lalu dibawanya saya ke pusat
Islam itu. Yang menariknya Qais sendiri berkahwin dengan seorang wanita Kristian
yang diyakini merupakan golongan Ahli Kitab, tambahnya.
Sejak itu, Nicholas yang mahu lebih dikenali sebagai Muhammad Abdullah
Nicholas Slyvester memulakan hidup baru sebagai individu Muslim yang taat dan
patuh kepada ajaran agama barunya.
Alhamdullillah saya mampu melakukan ibadat dengan baik, malah sebenarnya
sebelum menjejakkan kaki ke AS, saya sempat berkhatan dengan mendapat bantuan
seorang rakan Melayu yang kemudian mengajak saya untuk berkhatan di kampungnya
di Taiping, Perak, katanya.
Menurut Muhammad, beliau tidak akan memeluk Islam semata-mata kerana
kekurangan yang terdapat pada agama lamanya tanpa mengkaji dan mendalami agama
Islam itu sendiri.
Sepanjang di AS, duit saya banyak dihabiskan membeli buku-buku dan
kitab-kitab agama dalam pelbagai tajuk dan topik. Mungkin saya tidak ada harta
atau wang yang banyak tetapi buku-buku itu kini bagaikan harta yang paling
berharga buat saya, jelasnya.
Selepas meneliti dan membuat kajian terperinci, beliau tidak nampak agama
lain yang cukup lengkap selain Islam. Dalam Islam, katanya, sekalipun terdapat
mazhab-mazhab yang perlu menjadi ikutan oleh umatnya tetapi semua aliran mazhab
itu merupakan hasil usaha-usaha agung dari segi pertumbuhan dan pertambahan
khazanah ilmu bagi umat Islam.
Itulah harta yang paling berharga bagi umat Islam, iaitu khazanah ilmunya
yang sangat kaya dan berharga yang tidak lain untuk membimbing dan memudahkan
umat untuk tetap berpegang kepada Islam kerana mazhab itu sendiri berasal
daripada perkataan zahaba, iaitu jalan, katanya.
Tidak seperti mazhab-mazhab dalam Kristian yang bukan sahaja tidak
menunjukkan jalan, menurut Muhammad, kemunculan kumpulan denominasi Kristian itu
berpunca daripada kerana soal perbezaan politik dan rasa tidak puas hati
semata-mata.
Mazhab Lutheran, misalnya, dicetuskan oleh Martin Luther King, seorang
paderi yang merupakan profesor di Universiti Wittenberg. Luther King menyeru
pembukaan debat berkenaan penjualan indulgences di mana taubat seorang itu
diterima sekiranya dia melakukan sesuatu iaitu membeli letter of indulgences
untuk menebus dosanya. Penjualan ini digunakan secara berleluasa sewaktu Perang
Salib untuk menggalakkan orang Kristian menentang tentera Islam.
Apabila ditanya mengenai kepelbagaian wajah-wajah Islam yang boleh ditemui
di AS, Muhammad tidak menafikan betapa AS merupakan satu lagi melting pot yang
tidak sahaja tertumpu kepada soal bangsa, budaya dan bahasa malah Islam di
dalamnya juga terdapat dalam pelbagai warna.
Katanya, semua itu menjadikan Islam semakin indah dan beliau beruntung
kerana mempunyai pemahaman asas Islam yang kuat bagi membolehkannya menerima apa
juga kepelbagaian yang wujud selepas itu.
Pelajar-pelajar Islam di sana waktu itu didatangi oleh pelbagai lapisan
pemimpin Islam.
Jadi semua ini membuka kepada perbincangan dan perdebatan ilmu. Islam
membuka seluas-luas ruang untuk tujuan ilmu. Inilah yang membezakannya dengan
agama lain.
Sedangkan bagi penganut Kristian, mereka dan kitab Bible tidak ada
hubungan yang bebas berbanding umat Islam dengan al-Quran. Tidak semua ayat
dalam Bible dibenarkan untuk dibaca bagi mengelakkan kekeliruan di samping
ajarannya yang lebih kepada falsafah yang diciptakan oleh manusia semata-mata,
katanya yang mengerjakan ibadat haji pada tahun lalu.
Muhammad berkata, Nabi Muhammad s.a.w. ialah tokoh yang sangat tepat untuk
menjadi idola umat manusia.
Jika penganut Kristian berkahwin misalnya, siapa yang boleh mereka contohi
sebagai seorang suami atau bapa yang baik kepada keluarganya? Nabi Isa, baginda
tidak pernah berkahwin, jadi bagaimana ajaran itu dapat menganjurkan konsep
perkahwinan dan kekeluargaan sedangkan ia tidak pernah diinstitusikan dalam
agama itu.
Bukan bermaksud menjadi satu kelemahan kepada Nabi Isa yang tidak
berkahwin tetapi Nabi Muhammad adalah individu yang sangat mengagumkan dan sirah
hidupnya merupakan satu panduan dan pedoman yang memberikan kesejahteraan kepada
umat Islam sepanjang zaman, katanya.
Berkahwin dengan Halizahtun Mohd. Ali, 41, Muhammad dikurniakan sembilan
cahaya mata iaitu Maryam, 19, Fatimah, 17, Omar, 15, Abu Bakr, 13, Aseeyah, 10,
Khadeejah, 7, Uthman, 5, Ali, 3 dan Ayesha, 1.
Apa yang menarik tentang anak-anak saya ialah secara kebetulan karakter
mereka bertepatan dengan nama-nama besar dalam Islam itu. Kalau yang Abu Bakar
dengan lembut hatinya, yang Omar memang agak garang dan begitu juga Ali, lasak,
lincah dan tangkas, katanya sambil ketawa kecil.
Muhammad yang kini mengetuai Jawatankuasa Biro Dakwah Pertubuhan Jemaah
Islah Malaysia (JIM) membuktikan bahawa gerakan dakwah sememangnya menjadi darah
daging beliau.
Beliau bukan sahaja berkongsi pengalaman lampau namun yang lebih
meninggalkan kesan kepada pendengar ialah kebolehan Muhammad menyampaikan
penerangan mengenai Islam dengan begitu jelas dan tepat.
Muhammad menjadikan kelebihan bertutur dalam pelbagai bahasa terutama
Inggeris dan Melayu sebagai satu kelebihan dalam berdakwah.
Moderator
Hidayahnet
Subscribe: [EMAIL PROTECTED]
Group Information
hidayahnet · eGroup For The Muslim Ummah
(Malay)
Assalamualaikum Wa Rahmatullahi Wa Barakatuh Hidayahnet is for Muslims to share their knowledge and discuss issues pertaining Muslim ummah. Postings either in Malay or English. We encourage participation from Malay-based communities such as from Malaysia, Indonesia, Singapore, Brunei and whoever can read Malay.
{Invite (mankind,O Muhammad) to the Way of your Lord (i.e. Islam) with wisdom (i.e. with the Divine Inspiration and the Qur'an) and fair preaching, and argue with them in a way that is better. Truly, your Lord knows best who has gone astray from His Path, and He is the Best Aware of those who are guided.}(Holy Quran-16:125)
Recommended sites: Angkatan Belia Islam Malaysia : http://www.abim.org.my Jamaah Islah Malaysia : http://www.jim.org.my Radio Islam Kuliyyah : http://www.kuliyyah.com Palestinkini Info : http://www.palestinkini.info Partai Keadilan Sejahtera : http://pk-sejahtera.org Fiqh Siber : http://al-ahkam.net/ The Muslim Brotherhood : http://ikhwanweb.com -------------------------------------------------------------------------- All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise. If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest". -------------------------------------------------------------------------- Recommended sites: Angkatan Belia Islam Malaysia : http://www.abim.org.my Jamaah Islah Malaysia : http://www.jim.org.my Radio Islam Kuliyyah : http://www.kuliyyah.com Palestinkini Info : http://www.palestinkini.info Partai Keadilan Sejahtera : http://pk-sejahtera.org Fiqh Siber : http://al-ahkam.net/ The Muslim Brotherhood : http://ikhwanweb.com
SPONSORED LINKS
YAHOO! GROUPS LINKS
|
