. Cuba kita renungkan kenapa jadi begitu dan apakah kita tidak bisa berbuat apa-apa?
. Apakah kita mendoakan anak anak kita, teman teman kita, agar kekal dalam beriman atau kembali beriman, atau diperkukuh iman mereka, atau kita mengata mereka, dan mengeluh apa nak jadi anak muda muda sekarang...seolah-olah telah hanyut (ingat, hiburan keterlaluan dimana-mana)
. Apakah kita tidak sedar bahawa keluhan, kerisauan merupakan doa yang sangat ampuh berbanding doa yang baik-baik
. Kenapa tidak kita bersikap berbeza sekarang. Tiap keburukan, tiap yang bathil kita lihat, kita tidak melihat dengan jijik dan kesal atas sikap mereka itu, tetapi kita kasihan dan sayangi mereka lantas kita doakan dengan sungguh-sungguh, seikhlasnya agar mereka diampunkan dosa oleh Allah, di Rahmati dan diKurniakan petunjuk dan Cahaya agar mereka sedar dan kembali Muslim
. Pernahkah kita menziarahi sauadar Islam kita yang ditimpa musibah, yang terlantar di Hospital, di rumah, dimana-mana, dan doakan keampunan dan kesembuhan mereka. Atau adakah kiat cuma menziarahi bos bos kita atau saudara terapat, itu pun sekadar membawa buah tangan dan menunjukkan simpati dan KESEDIHAN, atau bercerita hal-hal lain semasa ziarah itu. Pernah tak kita DOAKAN mereka
. Banyak lagi perkara yang kita boleh buat...fikirkanlah. BUKAN dengan berfikiran negatif tetapi dengan mengubah paradigma pendekatan kepada yang positif.
. Kita jangan risau tentang apa yang orang kafir telah dan sedang berusaha untuk mengkristian kan orang Melayu. Kita jangan risau tentang 250,000 orang Melayu yang dikatakan telah dikristiankan (dengar kat kuliah malam tadi), tapi kita doakan mereka kembali Islam atau yang lebih baik, menghalang yang lain menjadi bodoh dari tertipu dengan berdoa dan memohon dan berterima kasih kepada Allah secara berterusan kerana mengekalkan iman mereka. Kalau orang melayu nak jadi bodoh biarkan. Yalah, mengaku Nabi Isa Tuhan akan terampun dosa, mudahkan. Kalau orang kita nak percaya gitu, membodohkan diri...terpulang. Bagi saya, kualiti yang penting buka kuantiti.
. Kita ni terlalu banyak risau, terlalu banyak takut - takut sakit, takut aids, hiv dan macam macam takut lagi. Cuba kita ubah sikap ini
. Bila rasa macam tak sedap badan, mohon..Ya Allah ampunkan dosaku, dosa ibubapa ku, dosa anak-anakku, dosa sauadara2 Islam ku dan sembuhkan aku daripada segala penyakit zahir dan batin. Aku bersyukur atas segala nikmat yang telah Engkau kurniakan dan akan kurniakan kerana Engkau tidak pernah memungikiri janji, dan aku serahkan segala urusan ini kepada Engkau. Cuba rasakan efeknya. Buat berterusan .. kata orang tua2, kalau kita ulangi sesuatu 21 kali jadi sebati ia...so buatlah untuk 21 hari. sama dengan perkara2 lain.
. Mulakan segalanya dengan Bismillah dan mohon kepada Allah apa aje nak dgan tidak lupa berterima ksih dan berserah bulat kepadaNya. InsyaAllah takkan ada harta kena curi, kena rompak, sakit, kena sihir dan sebagainya. Tak percya? Dah cuba ke belum
. Saya dah mengamalkan semenjak umur 18 tahun hingga sekarang ni 56.
No problem...
Ikhlas dari saya
Macamana nak buat….kita sendiri tidak mahu memahami Ideologi islam itu sendiri yang bisa menyelesaikan semua permasalaahan umat manusia. .
From: [email protected] [mailto:[email protected]] On Behalf Of Mira W ahmad
Sent: Tuesday, April 25, 2006 3:27 PM
To: Ikhwanul Muslimun
Subject: Re: Bismillah [hidayahnet] HATI-HATI SAHABATKU
Assalamualaikum,
Terima kasih atas maklumat yg sangat penting ini, saya dapati
sungguh jauh gerakan Kristian terkehadapan kalau dibandingkan dengan pendakwah2 kita. Malah pendakwah2 Islam sangat sukar untuk menggerakkan kerja2 dakwah, berbagai tekanan dikenakan. Bukan itu sahaja, malah masyarakat Islam sibuk dengan salah menyalahkan, sibuk dengan bidaah membidaahkan, ralit mencari amalan salah segolongan muslim yang lain. Dalam kesibukan itu tak sedar kemungkaran berleluasa, tak sedar masyarakat terus jahil, masyarakat hilang jiwa dan roh Islam, jiwa rapoh tak hairan kerja-kerja pengkristianan ini jadi mudah, disokong dengan budaya hedoism yang menjadi-jadi. Bgm utk mengawasi gerakan ini, hanya sekadar memberitahu saja memang boleh tapi sejauh mana kekebalan Islam dalam tubuh remaja muslim melayu untuk menangkis serangan sebegini? ini yang dipersoalkan.
Wasalam.
[EMAIL PROTECTED], [EMAIL PROTECTED] wrote:From: "Ramli Bin Marhanang" [EMAIL PROTECTED]
To: [EMAIL PROTECTED]
Awasi gerakan ini
Malaysia tumpuan gerakan Kristian KUALA LUMPUR, Ahad - Pendakwah
Kristian menjadikan Malaysia di antara negara sasaran bagi satu
gerakan dakwah yang dipanggil '10/40 Window' yang ditujukan khusus
kepada umat Islam, menurut laporan sebuah majalah Amerika. Majalah
The Minaret terbitan Pusat Islam di California berkata, gerakan
dakwah itu menganggap negara Islam sebagai perbatasan terakhir untuk
kegiatan dakwah mereka dengan menggunakan pelbagai cara, termasuk
perhubungan mel elektronik (e-mel) melalui Internet.
Majalah itu yang menyiarkan suatu pendedahan terperinci mengenai
kegiatan dakwah Kristian berkenaan baru-baru ini berkata, Malaysia
dianggap sebagai sebuah negara Islam yang sukar ditembusi, tetapi
pendakwah Kristian yang berpusat di Gereja Pentecostal Holiness
Church di Amerika sudah dapat masuk ke Malaysia secara tidak
langsung. Majalah itu memetik seorang pendakwah gereja itu, Mike
Bowen dari Georgia sebagai berkata, dia dapat memasuki Malaysia
untuk berdakwah melalui kegiatan iktisasnya sebagai seorang pereka
lanskap. Bowen dan isterinya Cindy, kedua-duanya aktif dalam
kegiatan dakwah, tiba di Malaysia pada 1987 untuk gereja Pentecostal
Holiness dan berada di negara ini beberapa tahun sebelum kembali ke
Amerika. Mereka dijangka kembali semula ke Malaysia bulan ini kerana
Bowen sudah diterima untuk bekerja sebagai pereka lanksap oleh
sebuah syarikat di Petaling Jaya. Cindy dipetik sebagai
berkata: "Kami berdua tahu bahawa akhirnya Tuhan akan membawa kami
balik ke Malaysia untuk mengajar dan berdakwah kepada orang Melayu
yang belum pernah mendengar mengenai agama Kristian." Pasangan Mike
dan Cindy Bowen itu sudah membuat persiapan selama 10 tahun untuk
kegiatan dakwah mereka yang ditujukan kepada penduduk Islam di
Malaysia. Sejak lawatan pertamanya pada 1987, Bowen sudah mendapat
kelulusan sarjana muda dalam bidang Pendakwahan Evangelism
(pendakwahan Kristian) di Kolej Southwestern Assembly of God di
Waxahachee, Texas, manakala Cindy pula sudah menjalani kursus dalam
bidang pendidikan Kristian. Pasangan itu bangga kerana walaupun ada
sekatan terhadap pendakwah Kristian di kalangan orang Islam di
Malaysia, mereka dapat menggunakan pintu belakang yang disebut oleh
mereka sebagai 'creative access' atau jalan masuk secara
kreatif. "Memang susah betul dapat masuk ke Malaysia kerana ia
sebuah negara Islam tertutup. Tetapi Tuhan telah membuka pintu. Buat
sementara waktu kami tidak boleh pergi secara terbuka, tetapi
kemudian Mike mendapat kerja sebagai seorang perunding dengan
bertaraf penduduk tetap di sana menerusi sebuah syarikat lanskap".
Syarikat yang mengambil Bowen sebagai perunding turut dinamakan
dalam laporan itu sebagai 'Agrigreen Machine & Landscape' di
Petaling Jaya. Cindy mendakwa syarikat itu milik orang Islam, tetapi
ada orang bukan Islam dalam lembaga pengarahnya. Pemeriksaan oleh
Bernama mendapati tiada syarikat yang bernama Agrigreen Machine &
Landscape di Petaling Jaya atau Kuala Lumpur, tetapi ada sebuah
syarikat yang bernama Agrigreen Machinery di SS19, Petaling Jaya.
Apabila dihubungi, seorang pekerja di situ mengesahkan bahawa
Agrigreen Machinery ada mempunyai kaitan dengan sebuah syarikat lain
yang bernama Agrigreen Landscapes Sdn Bhd. Butir-butir lain yang
diperolehi termasuk Pengarah Urusan kedua-dua syarikat itu ialah
Aaron Rajan dan pengarah-pengarahnya terdiri daripada Looi Teong
Chye, Michael Yam, David Yong dan Aaron Rajan sendiri. Ini bermakna
tidak ada seorang pengarahpun yang beragama Islam dalam syarikat itu
seperti yang didakwa Bowen. Rajan apabila dihubungi oleh Bernama
tidak dapat berbual lama kerana menurutnya dia terpaksa menghadiri
satu mesyuarat dengan segera. Tetapi sebelum mengakhiri perbualan
pendek melalui telefon itu, Rajan mengesahkan bahawa Mike Bowen akan
datang ke Malaysia bulan ini untuk bekerja dengan syarikatnya.
Perkara ini juga disahkan oleh seorang pekerja syarikat itu yang
dihubungi sebelum itu. Menurut Bowen, di Malaysia beliau dan
isterinya merancang untuk mengasaskan dua buah Gereja Pentecostal
Holiness di Kuala Lumpur dengan melatih kakitangan gereja dan
membawa paderi-paderi dan pendakwah Kristian untuk bekerja secara
sulit di seberang laut. Katanya, oleh kerana negara-negara Islam dan
umat Islam dianggap sebagai 'Perbatasan Terakhir' (The Last
Frontiers) untuk kegiatan pendakwah Kristian, anggotanya seperti
pasangan Bowen itu dipanggil The Frontiers. The Frontiers ini
menggunakan pelbagai cara yang canggih untuk menyebar ajaran
Kristian di kalangan umat Islam dengan email menjadi cara paling
giat sekali digunakan.
Mengikut satu rancangan Internet yang dipanggil 'Email Assistance
Programme', satu daripada tugas pekerja rancangan ini ialah untuk
memberi bantuan kepada anggota Frontiers dalam pelbagai bidang
kecekapan. Mike dan Cindy Bowen sendiri menjalankan kegiatan email
mereka dengan menggemblengkan penyokong dan pengelola rancangan itu
di Internet. Satu daripada kegiatan mereka adalah penggalakan
pemberian 'doa' untuk orang Islam supaya hati mereka terbuka kepada
agama Kristian menerusi apa yang dipanggil 'pertalian doa' (prayer
chains). Sepucuk email yang diterima oleh seorang rakyat Malaysia
yang mempunyai hompej di Internet baru-baru ini menunjukkan kepekaan
pendekatan mereka terhadap masyarakat Islam. Mesej itu yang bukan
daripada Bowen berbunyi: "Hello, saya ingin berhubung dengan orang
Melayu Kristian di Internet. Saya dari sebuah kumpulan di Amerika
Syarikat yang berhasrat untuk berdoa untuk orang Malaysia. Kami mahu
berhubung dengan sesiapa yang tahu cara-cara khusus untuk kami
berdoa. Bolehkah beritahu saya sama ada cara ini sesuai dengan
negara dan kebudayaan anda. Jika ini menyinggung, saya minta maaf,
jika tidak, bolehkah kiranya anda letakkan permintaan ini di tapak
Internet anda dan galakkan sesiapa saja supaya menjawab." Menurut
majalah The Minaret, pendakwah Kristian sedang aktif di negara-
negara Islam pada masa ini dan di mana kegiatan mereka disekat,
mereka masuk umpamanya sebagai perunding dan peniaga. Ia juga
melaporkan bahawa pendakwah Kristian sekarang bergiat dalam Badan
Perisik Pusat Amerika (CIA). - Bernama
Love cheap thrills? Enjoy PC-to-Phone calls to 30+ countries for just 2¢/min with Yahoo! Messenger with Voice.
Love cheap thrills? Enjoy PC-to-Phone calls to 30+ countries for just 2¢/min with Yahoo! Messenger with Voice.
--------------------------------------------------------------------------
All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".
--------------------------------------------------------------------------
Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia : http://www.abim.org.my
Jamaah Islah Malaysia : http://www.jim.org.my
Radio Islam Kuliyyah : http://www.kuliyyah.com
Palestinkini Info : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera : http://pk-sejahtera.org
Fiqh Siber : http://al-ahkam.net/
The Muslim Brotherhood : http://ikhwanweb.com
SPONSORED LINKS
Divine inspiration Islam
YAHOO! GROUPS LINKS
- Visit your group "hidayahnet" on the web.
- To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
- Your use of Yahoo! Groups is subject to the Yahoo! Terms of Service .
--------------------------------------------------------------------------
All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".
--------------------------------------------------------------------------
Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia : http://www.abim.org.my
Jamaah Islah Malaysia : http://www.jim.org.my
Radio Islam Kuliyyah : http://www.kuliyyah.com
Palestinkini Info : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera : http://pk-sejahtera.org
Fiqh Siber : http://al-ahkam.net/
The Muslim Brotherhood : http://ikhwanweb.com
| Divine inspiration | Islam |
YAHOO! GROUPS LINKS
- Visit your group "hidayahnet" on the web.
- To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
- Your use of Yahoo! Groups is subject to the Yahoo! Terms of Service.
