Media proUmno sembunyikan suasana sebenar negara PDF Cetak
Fri | May 05, 06 | 08:03:42 PM
Oleh Wajdi Mayusoh
KOTA BHARU, 5 Mei (Hrkh) – Suasana dalam negara ini sebenarnya berada di dalam keadaan tidak selesa, apabila keperluan asas rakyat seperti gula semakin sukar diperolehi dan gejala sosial tambah menular sekarang.

Bagaimanapun malangnya suasana itu tidak didedahkan media proUmno, biar pun hakikat sebenar rakyat terutamanya golongan marhean sedang berdepan dengan suasana gawat. 

Naib Presiden PAs, Dato' Husam Musa berkata, sudah terdapat banyak tanda-tanda yang ada sekarang menunjukkan masyarakat hidup dalam suasana tidak selesa.
“Lihat saja remaja kita hari ini terlibat dengan kes-kes jenayah dilaporkan berlaku hampir setiap hari. Malah lebih mendebarkan gejala murtad sudah mencapai jumlah 250,000 orang seperti pernah didedahkan Mufti Perak, Dato’ Harussani Zakaria."

“Bukan itu sahaja, kita lihat bagaimana longgarnya penguatkuasaan sehingga pendatang asing boleh tinggal dalam negara dengan bilangan yang cukup besar," katanya ketika merasmikan mesyuarat agung PAS Kota Bharu, baru-baru ini.

Oleh itu Husam berkata, kemelut yang berlaku itu tidak tidak dapat diselesaikan kecuali rakyat dan pemerintah kembali semula kepada agama. Beliau berkata, PAS turut mengambil peluang dengan mengemukakan formula berdasarkan kepada agama bagi menyelesaikan masalah tersebut.

Sementara itu Yang Dipertua PAS Kota Bharu, Dato’ Wan Abdul Rahim Wan Abdullah berkata, jentera parti di semua peringkat sudah membuat persediaan bagi menghadapi pilihan raya yang dijangka berlaku setahun setengah lagi.
“Keteguhan dan kesatuan yang cukup kuat di kalangan ahli-ahli parti di semua peringkat perlu sentiasa dikekalkan. Jangan pula disebabkan sedikit perselisihan boleh meretakkan kesatuan dalam parti,” ujarnya.

Isu Yang Sama, Perspektif Berbeda
wtv8
Saluran Alternatif Anda
di http://wtv8.tv
Setiap Sabtu Jam 9 Malam
Siaran Ulangan Setiap Hari


Switch an email account to Yahoo! Mail, you could win FIFA World Cup tickets.

--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".

--------------------------------------------------------------------------

Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia  : http://www.abim.org.my
Jamaah Islah Malaysia          : http://www.jim.org.my
Radio Islam Kuliyyah           : http://www.kuliyyah.com
Palestinkini Info              : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera      : http://pk-sejahtera.org
Fiqh Siber                     : http://al-ahkam.net/
The Muslim Brotherhood         : http://ikhwanweb.com




SPONSORED LINKS
Divine inspiration Islam


YAHOO! GROUPS LINKS




Kirim email ke