Tidak benar wanita Islam sering ditindas - Dr Lo' Lo' PDF Cetak
Mon | May 08, 06 | 01:23:03 PM
Oleh Azamin Amin
KUALA LUMPUR, 8 Mei (Hrkh) - Dakwaan sebahagian kumpulan, dan badan bukan kerajaan (NGO) hak asasi wanita bahawa wanita Islam seringkali ditindas dan didiskriminasikan dalam kehidupan seharian adalah tidak benar.

Menurut Timbalan Ketua Muslimat PAS, Dr Lo' Lo' Mohd Ghazali, adalah tidak benar tanggapan sedemikian kerana kebanyakan wanita Islam dengan rela hati melaksanakan tuntutan agama dan membataskan diri daripada melibatkan diri kepada suasana yang mengundang fitnah seperti pergaulan bebas dan mengunjungi tempat hiburan seperti disko dan sebagainya.

"Mungkin kerana rasa tidak bebas,terganggu dan terhalang untuk melakukan kerja-kerja yang salah di sisi agama, mereka (kumpulan hak asasi wanita) kata bermacam hal," beliau berkata demikian ketika ditemui di Majlis Sambutan 10 tahun Pusat Perubatan Kohilal di Taman Melawati baru-baru ini.

Katanya lagi, hakikat sebenarnya tiada manusia bebas sepenuhnya dan semua terikat dengan batasan tertentu dan juga undang-undang.

Mengenai langkah dan usaha dalam menangani pelbagai salah anggap ini, beliau berkata bahawa Muslimat PAS sering mengadakan dakwah, taklimat, seminar dan forum di peringkat akar umbi termasuk hadir sama dalam program yang dianjurkan oleh persatuan atau kumpulan hak asasi untuk menjawab kekeliruan mereka.
"Walaupun tidak dinafikan kadang-kadang sukar bagi Muslimat PAS untuk menumpukan dan melipat-gandakan aktiviti dan program sepenuh masa memandangkan tanggungjawab Muslimat PAS sebagai ibu,isteri dan wanita berkerjaya perlu juga diutamakan."
"Namun di sebalik serba kekurangan dan kepayahan, Muslimat PAS tetap berusaha memartabatkan, memperjuangkan hak wanita dan menangkis pandangan serong terhadap wanita Islam di negara ini,"jelasnya.

Isu Yang Sama, Perspektif Berbeda
wtv8
Salurang Alternatif Anda
di http: wtv8.tv
Setiap Sabtu Jam 9 Malam
Siaran Ulangan Setiap Hari

Send instant messages to your online friends http://uk.messenger.yahoo.com

--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".

--------------------------------------------------------------------------

Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia  : http://www.abim.org.my
Jamaah Islah Malaysia          : http://www.jim.org.my
Radio Islam Kuliyyah           : http://www.kuliyyah.com
Palestinkini Info              : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera      : http://pk-sejahtera.org
Fiqh Siber                     : http://al-ahkam.net/
The Muslim Brotherhood         : http://ikhwanweb.com




YAHOO! GROUPS LINKS




Kirim email ke