|
Begitulah tajuk buku
yang dibekalkan kepada bakal pengantin yang mengikuti kursus perkahwinan anjuran
Jabatan Agama Islam. Buku tersebut adalah buku teks yang wajib dimiliki oleh
peserta. Di dalam buku tersebut terdapat silibus yang harus diikuti oleh para
peserta. Kegagalan menghadiri salah satu silibus yang ditetapkan akan membawa
implikasi iaitu tidak mendapat sijil yang diidam-idamkan yang menjadi salah satu
syarat wajib untuk memohon pernikahan di pejabat
agama.
Begitulah tujuan
kehadiran bakal pengantin ke kursus ini. Yang penting... ya sijilnya aja.
Ia harus diperolehi.
Manakala isinya? Bisa diberikan santai-santai
sahaja..
KAPPeL
2005, JK WJIM Pusat
dengan kerjasama WJIM KL telah menganjurkan Kursus Asas Pra Perkahwinan buat
julung-julung kalinya. Lebih 100 orang
peserta telah menghadiri program ini yang terdiri daripada golongan muda
terutama dari KARISMA sendiri. Ternyata peserta yang menghadiri program ini
merasakan BERBALOI menghadiri program ini walaupun program ini tidak
menganugerahkan sijil kursus sebagaimana yang dikeluarkan oleh JAWI yang
melayakkan seseorang utk memohon nikah.
Mengapa
KAPPeL
Seringkali yang menjadi persoalan adik-adik peserta dan rakan-rakan
mereka yang ingin datang ke program ini ialah ... dapat sijil mcm JAWI tu tak? Kalau tak... tak nak
la pergi... nak pakai duit lagi... nanti nak ikut kursus lagi sekali...
demikianlah komentar atau keluhan mereka ... al maklumlah... pengurusan
perkahwinan memang memerlukan belanja yang tinggi... peruntukan wang harus
dibuat perkiraan dan percaturan...
Taruhan
RM60...
Yuran KAPPeL tahun
ini RM60.. dapat sijil tapi tak boleh nak mohon nikah.. Yuran Kursus Pra
Perkahwinan biasa.. RM80.. dapat sijil
dan boleh terus guna untuk mohon nikah..
Apa
Ada Pada KAPPeL
Bagi yang pernah mengikuti KAPPeL dan juga yang pernah mengikuti kursus
perkahwinan anjuran JAWI, sudah pasti anda dapat membezakan kandungan dan cara
penyampaian dalam kursus atau program seumpama ini. Dengan kekuatan penceramah
seperti Ustaz Alias Othman, Pak Utih, Dr Hafidzah Mustakim dan kepelbagaian
pendekatan ceramah dan aktiviti seperti sesi perkongsian usia perkahwinan dengan
pasangan muda dan pasangan pertengahan, para peserta di bawa ke arah realiti
yang bakal dihadapi oleh pasangan yang baru berumahtangga dan juga peningkatan
usia perkahwinan yang mempunyai fasa-fasa yang tersendiri. Pengetahuan yang
realistik di samping pedoman yang berlandaskan prinsip Islam dalam memiliki
rumahtangga yang dilimpahi sakinah dan mawaddah dan dipayungi rahmah sebagaimana
yang tertera dalam surah Ar Rum AMAT perlu dihayati dan miliki oleh mereka yang
ingin melangkah ke gerbang perkahwinan.
Begitulah salah satu tajuk buku yang
dinukilkan oleh Cahyadi Takariawan yang juga penulis kepada
buku Di Jalan Dakwah Aku Menikah. Sudah pasti yang ingin mendirikan
rumahtangga inginkan rumahtangga yang bahagia hingga ke akhir hayat... bak kata
Dr Har kepada ana Perkahwinan itu perjudian dan kita harus memenanginya. Oleh
itu bagi mereka yang masih mentah dan perlukan satu suntikan pakej ilmu dalam
menghadapi kehidupan berumahtangga... maka insyaAllah anda akan dapat menemuinya
di dalam program KAPPeL anjuran Wanita JIM KL.
Ia
Muncul Setahun Sekali
Jangan lepaskan peluang ini kerana KAPPeL hanya muncul setahun sekali...
InsyaAllah anda pasti tidak akan mengeluh kerugian dengan ilmu pengetahuan yang
akan dihidangkan kepada anda di dalam program ini... .. insyaAllah hanya dengan
1 hari setengah menghadiri program seperti KAPPeL, pasangan-pasangan yang bakal
mendirikan rumahtangga akan memperolehi pelbagai ilmu dalam usaha pembentukan
rumah tangga yang bahagia dan harmoni di bawah lembayung rahmat dan barakah
Ilahi....
Modal utama untuk menjadi dinamisator
perubahan pada pasangan adalah keyakinan diri, kesiapan untuk berubah, karakter
yang kuat dan keteladanan. Ditambah dengan ketrampilan mengkomunikasikan ide
(yang ini pun bisa dilatihkan kemudian). Apabila ada kesiapan dalam diri anda
untuk menerima, saling berlomba dalam menunaikan kebajikan, siap berubah menuju
tuntutan ideal, maka anda telah memiliki semua persyaratan untuk membangun
rumahtangga yang harmonis (Di Jalan Dakwah Aku
Menikah)
---
Misah
JK Promosi
KAPPel 06
Moderator
Hidayahnet
Subscribe: [EMAIL PROTECTED]
Group Information
hidayahnet · eGroup For The Muslim Ummah
(Malay)
Assalamualaikum Wa Rahmatullahi Wa Barakatuh Hidayahnet is for Muslims to share their knowledge and discuss issues pertaining Muslim ummah. Postings either in Malay or English. We encourage participation from Malay-based communities such as from Malaysia, Indonesia, Singapore, Brunei and whoever can read Malay.
{Invite (mankind,O Muhammad) to the Way of your Lord (i.e. Islam) with wisdom (i.e. with the Divine Inspiration and the Qur'an) and fair preaching, and argue with them in a way that is better. Truly, your Lord knows best who has gone astray from His Path, and He is the Best Aware of those who are guided.}(Holy Quran-16:125)
Recommended sites: Angkatan Belia Islam Malaysia : http://www.abim.org.my Jamaah Islah Malaysia : http://www.jim.org.my Radio Islam Kuliyyah : http://www.kuliyyah.com Palestinkini Info : http://www.palestinkini.info Partai Keadilan Sejahtera : http://pk-sejahtera.org Fiqh Siber : http://al-ahkam.net/ The Muslim Brotherhood : http://ikhwanweb.com -------------------------------------------------------------------------- All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise. If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest". -------------------------------------------------------------------------- Recommended sites: Angkatan Belia Islam Malaysia : http://www.abim.org.my Jamaah Islah Malaysia : http://www.jim.org.my Radio Islam Kuliyyah : http://www.kuliyyah.com Palestinkini Info : http://www.palestinkini.info Partai Keadilan Sejahtera : http://pk-sejahtera.org Fiqh Siber : http://al-ahkam.net/ The Muslim Brotherhood : http://ikhwanweb.com YAHOO! GROUPS LINKS
|
