Isu Shahrir: Perdana Menteri hipokrit PDF Cetak
Tue | May 09, 06 | 04:07:37 PM
Oleh Azamin Amin
KUALA LUMPUR, 9 Mei (Hrkh) - Kenyataan Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi bahawa selama ini kerajaan terbuka untuk sebarang kritikan adalah salah dan membuktikan sikap hipokrit beliau dan Barisan Nasional (BN) kepada rakyat dalam isu Dato' Shahrir Abdul Samad.
"Boleh mengkritik, tetapi wajib menyokong dasar kerajaan walaupun boleh merugikan rakyat dan ini adalah kemunafikan politik BN," demikian menurut Presiden Impak dan bekas Ahli Parlimen, Haji  Mahfuz Omar dalam sidang media pagi tadi.

Baru-baru ini, Dato' Shahrir meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Kelab Ahli Parlimen Barisan Nasional (BNBBC) kerana kebanyakan Ahli Parlimen BN tidak menyokong pendiriannya berhubung usul membahaskan tindakan Ahli Parlimen Jasin yang 'mengganggu' urusan Kastam.
"Ahli Parlimen sewajarnya diberi kebebasan untuk bersuara, boleh mengkritik serta bekerjasama dengan pembangkang demi kepentingan negara serta membela nasib rakyat dan bukannya mementingkan dasar parti," katanya lagi.
Beliau berkata bahawa Impak menyokong penuh ketelusan Dato' Shahrir mempertahankan prinsipnya dan dalam masa yang sama mencadangkan supaya meminda serta menghadkan kuasa Whip yang jelas menjejaskan kredibiliti dan integriti Parlimen.

Isu Yang Sama, Perspektif Berbeda
wtv8
Saluran Alternatif Anda
di http://wtv8.tv
Setiap Sabtu Jam 9 Malam
Siarian Ulangan Setiap Hari

Send instant messages to your online friends http://uk.messenger.yahoo.com

--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".

--------------------------------------------------------------------------

Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia  : http://www.abim.org.my
Jamaah Islah Malaysia          : http://www.jim.org.my
Radio Islam Kuliyyah           : http://www.kuliyyah.com
Palestinkini Info              : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera      : http://pk-sejahtera.org
Fiqh Siber                     : http://al-ahkam.net/
The Muslim Brotherhood         : http://ikhwanweb.com




YAHOO! GROUPS LINKS




Kirim email ke