Nasib Melayu makin terpinggir dalam pemerintahan Umno PDF Cetak
Sun | May 14, 06 | 02:55:27 PM
Oleh Salman Hussin
JOHOR BAHRU, 14 Mei (Hrkh) - Walaupun sudah  lebih setengah abad memerintah negara ini tetapi Umno masih gagal meningkatkan penguasaan 30 peratus kekayaan negara kepada orang Melayu dan ini jelas membuktikan kegagalan Umno membela nasib orang melayu.

Justeru apakah orang Melayu masih mahu terus menaruh harapan dan kepercayaan terhadap janji-janji kosong yang ditabur pemimpin-pemimpin Umno selama ini, kata Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Haji Mahfuz Omar.

Dalam keadaan negara ini diperintah sepenuhnya oleh orang Melayu sejak merdeka dan kuasa politik juga berada di tangan orang Melayu tetapi Umno telah gagal menggunakan kuasa ini untuk meningkatkan ekuiti bangsa melayu sendiri.
"Apakah janji pemimpin-pemimpin Umno untuk mencapai 30 peratus ekuiti Melayu pada 2020 nanti akan menjadi kenyataan atau janji-janji ini hanya sekadar retorik bagi meraih sokongan orang Melayu bagi membolehkan mereka terus berkuasa," katanya semasa berceramah di Taman Dahlia Tampoi, baru-baru ini.

Katanya lagi, janji pemimpin Umno seolah-olah memberi makna bahawa dalam tempoh 14 tahun (2006 – 2020) ini, rakyat perlu terus mengekalkan Umno dan Barisan Nasional berkuasa jika mahu mencapai ekuiti 30 peratus ini.
"Pemimpin Umno menabur janji ini bagi meletakkan orang Melayu terus berada dalam keadaan menaruh harapan sedangkan selama ini terbukti mereka telah gagal membela nasib orang Melayu."

"Menjelang 2020 nanti berkemungkinan ekonomi orang Melayu sudah runtuh dan tiada apa lagi yang boleh dilakukan, jika ini berlaku maka sekali lagi pemimpin Umno akan mengajak orang Melayu membina semula ekonomi sedangkan kekayaan negara sudah pun habis dan sekali lagi orang Melayu akan tertipu dengan janji manis pemimpin Umno,"jelasnya.

Kesan kegagalan Umno memanfaatkan mandat yang diberikan rakyat juga menyebabkan institusi raja-raja Melayu yang menjadi payung rakyat berlindung selama ini menjadi sangat tercemar dan orang melayu yang berlindung di bawah payung raja-raja Melayu sebelum ini sudah tidak terbela dan mereka merempat
di negara sendiri, tegasnya lagi.

Sehubungan itu beliau mengajak orang Melayu merenung sejenak dan memikirkan apa akan terjadi terhadap nasib masa depan bangsa Melayu dan Islam di negara ini jika Umno terus dibiarkan memerintah negara ini.

“Umno sudah tidak mampu untuk membela nasib orang Melayu dan agama Islam maka sudah sampai masanya bagi orang melayu meninggalkan Umno kerana Umno itu sendiri pun sedang menuju saat dan ketika untuk hancur,"katanya.


Tonton wtv8 di http://wtv8.tv
Setiap Sabtu Jam 9 Malam
Siaran Ulangan Setiap Hari
Hantar Berita dan Komen ke
[EMAIL PROTECTED]

Send instant messages to your online friends http://uk.messenger.yahoo.com

--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".

--------------------------------------------------------------------------

Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia  : http://www.abim.org.my
Jamaah Islah Malaysia          : http://www.jim.org.my
Radio Islam Kuliyyah           : http://www.kuliyyah.com
Palestinkini Info              : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera      : http://pk-sejahtera.org
Fiqh Siber                     : http://al-ahkam.net/
The Muslim Brotherhood         : http://ikhwanweb.com




SPONSORED LINKS
Divine inspiration Islam


YAHOO! GROUPS LINKS




Kirim email ke