Istilah asing di Putrajaya dicipta golongan 'buta budaya' PDF Cetak
Thu | May 18, 06 | 02:22:55 PM
Oleh Nabila Abdullah
KUALA LUMPUR 18 Mei (Hrkh) – Penggunaan istilah asing bagi menamakan jalan dan tempat di Putrajaya seolah-olah dicipta oleh golongan yang ‘buta budaya’ yang terlalu mengagungkan budaya asing, kata Ketua Eksekutif Yayasan Karyawan Malaysia, Dato' Hassan Ahmad.

Beliau yang juga bekas Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka berkata, penubuhan Putrajaya dengan nama jalan seperti Boulevard dan Precint  seolah-olah wilayah pentadbiran kerajaan itu bukan berada di Malaysia tetapi berada di New York.
"Kita benci budaya barat tetapi kita 'jilat' budaya barat dan cara mereka berfikir. Kalau ingin tentang budaya barat, kita haruslah jaga warisan budaya kita”, katanya .semasa dihubungi Harakahdaily hari ini

Meskipun menyokong penuh usaha kerajaan menukar semula istilah asing di Putrajaya kepada bahasa Melayu, bagaimanapun tetap menyatakan usaha itu merupakan satu lagi tindakan yang mengundang pembaziran, katanya.

Pembaziran yang dimaksudkan ialah dari segi penukaran papan tanda membabitkan nama tempat tersebut yang tentunya dalam usaha ini krontraktor akan menerima habuan berjuta ringgit, katanya.
“Perkara ini seharusnya tidak berlaku dari awal penubuhannya lagi kerana ia bertentangan dengan warisan Melayu.Ini menunjukkan Melayu tidak mampu mencipta budaya sendiri,"katanya.

Dalam isu yang sama budaya 'songsang' menggunakan nama asing bagi menamakan tempat sekitar Kuala Lumpur  turut diamalkan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) antaranya Star Hill, Midvalley dan Bangsar Valley.

Bagi mengelak soal pertentangan budaya, beliau berharap semua istilah asing yang digunakan di seluruh negara ditukar dan bukan hanya di Putrajaya sahaja, katanya./wann

Merintis Alam Penyiaran Maya
wtv8
Saluran Alternatif Anda
di htto://wtv8.tv
Setiap Sabtu Jam 9 Malam
Siaran Ulangan Setiap Hari

Send instant messages to your online friends http://uk.messenger.yahoo.com

--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".

--------------------------------------------------------------------------

Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia  : http://www.abim.org.my
Jamaah Islah Malaysia          : http://www.jim.org.my
Radio Islam Kuliyyah           : http://www.kuliyyah.com
Palestinkini Info              : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera      : http://pk-sejahtera.org
Fiqh Siber                     : http://al-ahkam.net/
The Muslim Brotherhood         : http://ikhwanweb.com




SPONSORED LINKS
Divine inspiration Islam


YAHOO! GROUPS LINKS




Kirim email ke