Isu akhbar Tamil: Samy dicabar saman, jangan gertak sahaja PDF Cetak
Fri | May 19, 06 | 05:21:12 PM
Oleh Saidatul Amani
KUALA LUMPUR, 19 Mei (Hrkh) - Presiden Amsec, Haji Mahfuz Omar mencabar Menteri Kerja Raya, Dato' Seri S. Samy Vellu menyaman dua buah akhbar berbahasa Tamil Makkal Osai dan Malaysia Nanban atas tuduhan membuat laporan palsu dan bukan hanya setakat membuat ancaman terhadap akhbar tersebut.

Beliau yakin dua akhbar tersebut mempunyai bukti yang kukuh bahawa Samy Vellu telah mengeluarkan kenyataan menafikan sumbangan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap kaum India sepanjang pemerintahannya.
"Saya kira dalam konteks ini, akhbar Tamil berani untuk membuat laporan tepat yang dibuat oleh Samy dalam konvensyen di Johor. Samy pula jangan berdolak dalik mendakwa akhbar tersebut memutarbelitkan kenyataan, apa nak takut," katanya kepada Harakahdaily.

Samy dipetik sebagai berkata, Dr Mahathir menjanjikan 'itu dan ini' dalam Rancangan Malaysia Kelapan (RMK8) tetapi akhirnya memberitahu kaum India ‘Nehi’ (bermakna ‘tidak’ dalam bahasa Hindi).

Mahfuz yang juga AJK PAS Pusat berkata, inilah satu kesilapan dalam pembinaan kepimpinan negara di mana pimpinan bawahan tidak berani menegur mana-mana pemimpin yang lebih berkuasa.

Katanya, walaupun pemimpin ketika itu banyak melakukan kesilapan tetapi mereka tidak berani kerana perjuangan mereka itu hanyalah untuk kepentingan peribadi semata-mata bukan untuk bangsa, agama dan negara.
"Saya tidak salahkan Mahathir dan Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi atau mana-mana pemimpin tetapi salahnya kepimpinan yang berjuang untuk kepentingan diri," tegasnya.

Menurut beliau, sikap itu menyebabkan mereka seperti `kerbau dicucuk hidung' rakyat harus sedar akan kesilapan besar yang dilakukan oleh kepimpinan BN.

Beliau berkata, rakyat boleh membina kembali kepimpinan yang lebih perihatin dan bertanggungjawab kerana hanya rakyat sahaja yang boleh membuat `check and balance' dan pimpinan akan lebih takut untuk melakukan kesilapan.

Menurutnya, perkara seperti ini akan berlaku juga terhadap Abdullah jika beliau tidak lagi memegang kuasa, semua pimpinan Umno menyedari Abdullah telah membuat kesilapan tetapi tidak siapa yang berani menegur kesilapan tersebut.

Isu Yang Sama, Perspektif Berbeda
wtv8
Saluran Alternatif Anda
di http://wtv8.tv
Setiap Sabtu Jam 9 Malam
Siaran Ulangan Setiap Hari

Send instant messages to your online friends http://uk.messenger.yahoo.com

Send instant messages to your online friends http://uk.messenger.yahoo.com

Send instant messages to your online friends http://uk.messenger.yahoo.com

--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".

--------------------------------------------------------------------------

Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia  : http://www.abim.org.my
Jamaah Islah Malaysia          : http://www.jim.org.my
Radio Islam Kuliyyah           : http://www.kuliyyah.com
Palestinkini Info              : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera      : http://pk-sejahtera.org
Fiqh Siber                     : http://al-ahkam.net/
The Muslim Brotherhood         : http://ikhwanweb.com




SPONSORED LINKS
Divine inspiration Islam


YAHOO! GROUPS LINKS




Kirim email ke