| Sensitiviti umat Islam pada agama rendah - Mohamad Sabu | | |
Mon | May 22, 06 | 06:12:18 PM Oleh Bashir Ishak
ARAU, 22 Mei (Hrkh) - Sikap pemimpin negara terutamanya Umno menyebabkan kemuliaan Islam dan umatnya di negara ini berada pada tahap yang cukup rendah ketika ini.
Naib Presiden
PAS, Haji Mohamad Sabu berkata, keadaan begini telah membuka ruang yang luas kepada musuh Islam dan golongan yang bersekongkol dengan mereka untuk mudah menghina Islam dan cuba
untuk memesongkan pemikiran umat Islam di negara ini.
"Orang sudah tak peduli Islam dan umat Islam. Pelbagai cabaran dihadapi umat Islam. Contohnya sudah ada pihak yang berani mempertikaikan azan menggunakan pembesar suara," katanya dalam ceramah di Markas MTD Sanglang di Kampung Rama, Sanglang dekat sini baru-baru ini.
Mohamad melihat keadaan ini berpunca daripada pemimpin negara yang diterajui oleh Umno ini tidak memikirkan tentang agama, sebaliknya hanya sibuk mencari kekayaan individu.
"Mereka tidak memikirkan jangka masa panjang apa yang akan jadi kepada Islam pada masa depan. Zaman dulu orang buta huruf tetapi tak ramai yang murtad, zaman ini orang celik huruf, ustaz ramai, golongan agama ramai tetapi murtad
menjadi-jadi," jelasnya.
Mohamad mengaskan bahawa dalam keadaan umat Islam yang mencecah hampir 62 peratus di negara ini, namun sensitiviti mereka terhadap agama adalah tersangat lemah.
Baginya, pemerintah telah memberikan ruang yang luas untuk golongan seperti Sisters In Islam, Suruhanjaya Antara Agama(IFC), Kumpulan Artikel 11 dan sebagainya untuk bergerak mengelirukan umat Islam di negara ini.
"Ancaman kumpulan ini bukanlah hanya kepada PAS atau Umno, sebaliknya terhadap Islam dan seluruh umat Islam. Sudah sampai masanya pemimpin duduk berbincang cara hadapi ancaman ini dan seterusnya kepada bangsa Melayu itu sendiri," katanya lagi.
Turut berceramah dalam majlis tersebut ialah Pesuruhjaya PAS Perlis yang juga Adun Sanglang, Ustaz Hashim Jasin.
Dalam majlis yang dianjurkan oleh Dewan Pemuda PAS Perlis tersbut telah dilancarkan "Tabung
Air Mata Palestin" bagi membantu rakyat Palestin dan pemerintahan kerajaan Hamas di sana. - mks.
Merintis Alam Penyiaran Maya
wtv8
Saluran Alternatif Anda
di http://wtv8.tv
Setiap Sabtu Jam 9 Malam
Siaran Ulangan Setiap Hari
Send instant messages to your online friends http://uk.messenger.yahoo.com
--------------------------------------------------------------------------
All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".
--------------------------------------------------------------------------
Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia : http://www.abim.org.my
Jamaah Islah Malaysia : http://www.jim.org.my
Radio Islam Kuliyyah : http://www.kuliyyah.com
Palestinkini Info : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera : http://pk-sejahtera.org
Fiqh Siber : http://al-ahkam.net/
The Muslim Brotherhood : http://ikhwanweb.com
SPONSORED LINKS
YAHOO! GROUPS LINKS