Daripada: "zeron" <[EMAIL PROTECTED]>
Subjek: BERNAMA: Penganjur Forum Tidak Mohon Permit - Fu Ah Kiow
19 Mei, 2006 18:53 PM
Penganjur Forum Tidak Mohon Permit - Fu Ah Kiow
PULAU PINANG, 19 Mei (Bernama) -- Penganjur forum umum bertajuk
"Perlembagaan Persekutuan: Perlindungan Untuk Semua" yang menimbulkan
kekecohan akibat demonstrasi orang ramai sebenarnya tidak mempunyai
permit polis untuk menganjurkan acara berkenaan.
Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri Datuk Fu Ah Kiow berkata,
laporan sebuah akhbar yang mendakwa penganjur forum itu mempunyai
permit polis adalah tidak tepat dan semua pihak termasuk media diminta
tidak membuat sebarang andaian dan spekulasi mengenainya.
"Sememangnya permit polis tidak diwajibkan bagi mana-mana pihak ingin
menganjurkan forum atau seminar tertutup namun adalah lebih baik pihak
yang ingin menganjurkan forum yang menyentuh isu-isu sensitif memohon
permit polis untuk keselamatan awam", kata beliau kepada pemberita di
sini Jumaat.
Beliau berkata, tindakan polis meminta penganjur forum itu
meringkaskan seminar mereka adalah tepat kerana orang awam yang
menyertai perbincangan forum berkenaan telah mula menimbulkan gangguan
selain daripada gangguan demonstrasi di luar premis.
"Polis telah menjalankan tugas yang baik demi menjaga keselamatan awam
dan jika polis tidak bertindak demikian, mereka akan dituduh tidak
menjalankan tugas pula," kata beliau.
Fu berkata, polis sentiasa memberi keutamaan kepada ketenteraman awam
dan sebenarnya kedua-dua pihak iaitu penganjur demonstrasi dan juga
forum itu tidak mempunyai permit polis.
Katanya, polis telahpun menyerahkan laporan hasil siasatan mengenai
kejadian terbabit kepada Timbalan Pendakwa raya (DPP) untuk tindakan
lanjut dan kerajaan tidak akan teragak-agak untuk mendakwa mereka yang
terbabit jika melanggar undang-undang negara.
"Kerajaan akan mengambil tindakan termasuk menyiasat sama ada terdapat
unsur-unsur hasutan dalam ceramah forum itu kerana seminar tidak boleh
mempunyai unsur-unsur hasutan," kata beliau.
Pada 14 Mei lepas, forum umum yang menyentuh tentang pertembungan
undang-undang sivil dan syariah, terpaksa dibatalkan separuh jalan
selepas lebih 500 orang mengadakan demonstrasi secara aman membantah
penganjurannya.
Kumpulan itu membantah penganjuran forum yang didakwa membincangkan
tentang Perkara 121 (A) Perlembagaan Persekutuan, yang merujuk kepada
peruntukan perlembagaan yang menghalang mahkamah sivil mencampuri
bidang kuasa mahkamah syariah.
Bagaimanapun, perhimpunan demonstrasi itu bersurai atas arahan polis
dan penganjur forum iaitu Aliran dan Article 11, yang dianggotai 14
pertubuhan bukan kerajaan (NGOs) termasuk Sisters in Islam (SIS),
Suara Rakyat Malaysia (SUARAM), Majlis Peguam dan All Women's Action
Society (AWAM) bersetuju untuk membatalkan forum berkenaan bagi
mengelakkan kejadian tidak diingini.
Forum itu ialah yang ketiga diadakan selepas Kuala Lumpur pada 12 Mac
lepas dan di Melaka pada 21 April lepas.
-- BERNAMA

Isu Yang Sama, Perspektif Berbeda
Setiap Sabtu, Jam 9 malam
(siaran ulangan: Setiap hari)
Hantarkan komen dan berita melalui
Anda ber-Yahoo!?
Kini dengan simpanan sebanyak 1GB
http://my.mail.yahoo.com/
--------------------------------------------------------------------------
All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".
--------------------------------------------------------------------------
Recommended sites:
Angkatan Belia Islam Malaysia : http://www.abim.org.my
Jamaah Islah Malaysia : http://www.jim.org.my
Radio Islam Kuliyyah : http://www.kuliyyah.com
Palestinkini Info : http://www.palestinkini.info
Partai Keadilan Sejahtera : http://pk-sejahtera.org
Fiqh Siber : http://al-ahkam.net/
The Muslim Brotherhood : http://ikhwanweb.com
SPONSORED LINKS
| Divine inspiration | Islam |
YAHOO! GROUPS LINKS
- Visit your group "hidayahnet" on the web.
- To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
- Your use of Yahoo! Groups is subject to the Yahoo! Terms of Service.